Friday 2 September 2011

Part 2 : Pengalaman menggunakan Kasturi Syifa'

Klik Part 1 : Pertama kali menggunakan Kasturi Syifa'

1. Ketika pulang beraya, perjalanan yang ditempuh sejauh lebih dari 1000 km tanpa mengira cuaca dan waktu.
Daddy menyapu minyak Kasturi Syifa' di kening. Al-Hamdulillah, pemanduan non stop berjaya ditempuh tanpa rasa mengantuk.

2. Kebiasaannya Daddy tidak dapat lena tidur jika terlalu letih. Kali ini tidurnya nyenyak seperti bayi setelah disapukan minyak Kasturi diseluruh sendi badan.

3. Anak saudara yang sangat degil dan tidak mendengar kata, Al-Hamdulillah dengan izin-NYA mendengar pujukan dan tenang setelah disapukan minyak Kasturi Syifa' di seluruh sendi dan menghidu wangian sedalam-dalamnya...

4. Ketika Aidilfitri pertama, abang telah ditimpa ujian Allah dimana perlu melakukan pembedahan kecemasan kerana masalah apendiks dan luka dalaman. Beliau merasa kesakitan yang amat sangat dan meronta2 walaupun telah diberi ubat tahan sakit. Sebagai adik yang tak sanggup melihat keadaan itu, saya cuba menenangkan abang dengan menyapu minyak Kasturi Syifa di seluruh sendi, kepala dan bahagian yang terasa sakit sambil mengurut, memicit dan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Al-Hamdulillah, kurang dari 10 minit, abang kelihatan tenang dan dapat melelapkan mata bagi menahan kesakitan...
Selepas pembedahan dan sedar, beliau sekali lagi mengaduh kesakitan (dgn skala max 10) dan panik. Sekali lagi dengan izin-NYA, saya menggunakan minyak Kasturi Syifa' dan berjaya menenangkan beliau untuk cuba melupakan kesakitan.. 

5. Saya memberikan sebotol minyak Kasturi Syifa' kepada kakak ipar untuk dicuba kerana baru-baru ini mendapat gangguan makhluk2 ghaib. Beliau sekeluarga juga kerap sakit2. Keesokkannya beliau datang bersama keluarga dan memaklumkan bahawa badannya dan anak2 terasa panas selepas menyapu minyak tersebut mulai rasa demam. Saya meminta beliau berjumpa doktor untuk mengambil ubat demam dan teruskan ikhtiar menggunakan minyak Kasturi Syifa' dan ayat-ayat Al-Quran serta bertawakal kepada Allah. Pantauan akan dibuat dari semasa ke semasa....

6. Saya juga telah menggunakan minyak Kasturi Syifa yang telah dicampurkan dengan air yang telah dibacakan ayat-ayat A-Quran untuk memagar rumah, Insya-Allah.


No comments: