Showing posts with label Menu Mee/Pasta. Show all posts
Showing posts with label Menu Mee/Pasta. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

Chicken Ginger Kuey Teow



Yummeh!

Resepi sama macam Ginger Beef Kuey Teow..
Cuma tambah daun bawang hiris panjang dan taugeh...
posted from Bloggeroid

Tuesday, 12 November 2013

Mee Hailam Staranisecafe


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
4 ulas bawang putih
1 sudu makan cili giling
5 cili padi -ketuk
8 sudu makan kicap manis ABC
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap namla
1/2 cawan isi ayam
1/2 cawan udang/sotong
1/2 cawan fish cake/ball
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
6 cawan air rebusan ayam/daging
3 biji telur
1 bungkus mee kuning (500g)
sawi
karot
tomato
cili hiris
bawang goreng

Cara
1. Tumis bawang, cili hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, fish cake, udang. Gaulkan seminit.
3. Masukkan air rebusan, kicap dan sos. Didihkan. Tambah kicap dan sos jika perlu. Kuah perlu bertukar warna hitam.
4. Masukkan sayur dan minyak bijan.
5. Bancuh tepung dengan sedikit air dan masukkan dlm kuah. Tambah bancuhan tepung ikut kepekatan disukai.
6. Masukan telur sebiji 2 dan biar masak (jangan kacau). Ketepikan kuah.
7. Untuk hidang. Mee dimasak berasingan untuk setiap pinggan atau terus masukkan dlm kuah hingga mee masak. Terus hidang. Tabur cili hiris dan bawang goreng.

posted from Bloggeroid

Saturday, 5 October 2013

Ginger Beef Kueh Teow


source: staranisecafe.blogspot
com

Bahan
1 bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih- tumbuk
2 inci halia- hiris batang mancis
2 sudu makan sambal tumis
1 sudu makan kicap abc
Kicap masin secukupnya
1/2 cawan daging - hiris nipis
Sedikit sayur campur
1/2 paket kueh teow - rendam dan bilas
2 sudu makan minyak

Cara
1. Tumis semua bahan kecuali kue teow hingga wangi
2. Masukkan kueh teow. Gaulkan hingga kue teow lembut
posted from Bloggeroid

Monday, 8 July 2013

Asam Laksa



source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 3-4 person

Bahan A
3 ekor ikan selar (saiz L)
1 keping asam gelugor
- rebus kemudian asingkan isi dgn tulang
- sebahagian isi dilecek kasar dan sebahagian lagi dalam ketulan besar
- air rebusan ditapis dan guna semula untuk buat kuah

Bahan B
5 biji bawang merah (saiz M)
3 ulas bawang putih
3 sudu makan cili giling/secukupnya ikut pedas dikehendaki
2 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 kuntum bunga kantan
1 sudu makan serbuk belacan bakar
1/2 cawan nenas
2 liter air termasuk air rebusan ikan/secukupnya ikut kepekatan dikehendaki

Bahan C
2 keping asam gelugor
1 sudu makan pes asam jawa/secukupnya ikut kemasaman dikehendaki
2 tangkai daun kesum
garam

Bahan D
Laksa beras- rendam,rebus,tos dengan air sejuk
Timun-hiris
Bunga kantan-hiris
Bawang besar - hiris
Cili padi-hiris
Nenas-hiris
Daun pudina
Limau kasturi-belah
Telur rebus-belah
Petis

Cara
1.Bahan B dikisar dan rebus hingga mendidih
2. Masukkan Bahan C. Adjust ramuan ikut rasa dikehendaki
3. Masukkan isi ikan. Didihkan dengan api perlahan dalam 20-30 minit. Tambah air jika perlu.
4. Hidangkan
posted from Bloggeroid

Monday, 8 April 2013

Kuey Teow Goreng Staraniscafe



source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 20 min
serve: 4

Bahan
2 keping fish cake - hiris
1 ketul dada ayam-hiris
1 biji telur
3 keping cendawan-hiris
2 sudu makan cili giling
3 sudu makan marinate sauce (refer my asas resepi)
500g kuey teow-rendam lembut,tos
1 biji cili merah- hiris
3 sudu makan minyak

Cara
Goreng fishcake,ayam,cendawan.
Masukkan cili giling dan sos marinate.Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan kuey teow. Gaul sekata.
Pecahkan telur ditepi dalam kuali. Biar masak. Hancurkan. Gaul sekata dengan kuey teow.
Hidang dan taburkan cili hiris.
posted from Bloggeroid

Saturday, 24 March 2012

Mee Goreng Serai


source: staranisecafe
Preparation time: 15 minit
Serve : 5

Bahan
500g mee kuning - toskan
1 biji bawang - hiris
4 ulas bawang putih - hiris/tumbuk
4 sudu makan penuh sambal serai
1/4 ekor ayam panggang (M) - potong kecil
2 sudu makan kicap pekat ABC
Sayur - lobak/sawi/kubis/ etc
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak
Air (jika perlu)
Daun bawang/cili merah/bawang goreng

Cara
1. Tumis bawang hingga layu. Masukkan sambal dan kicap.
2. Gaulkan ayam dan sayur.
3. Gaulkan mee. Jika mahu sedikit basah boleh tambah air secukupnya.
4. Tabur hirisan daun bawang/cili/bawang goreng

Sunday, 22 January 2012

Mihun Goreng Putih Thai Style


Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve: 3
Preparation time : 30 minit

Bahan A 
1/2 biji bawang besar-tumbuk
4 ulas bawang putih-tumbuk
5 biji cili padi- belah serong
12 ekor udang
2 fish cake - hiris
3 sudu makan minyak

Bahan B
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 cawan air rebusan kulit udang
4 helai daun limau purut -carik kasar
Kicap nampla secukupnya

Bahan C
1/2 bungkus bihun - rendam sebentar
1 biji tomato - potong baji
1/2 cawan kubis - hiris nipis
1/2 batang carrot - hiris batang mancis
Air panas -(jika perlu) secukupnya

Bahan D- hiasan
1 biji telur - goreng nipis dan hiris
Bawang goreng
Cili padi (hiris)+kicap - untuk tambah pedas
Cili hidup merah-hiris nipis serong

Cara
1. Tumis bahan A hingga wangi
2. Masukkan Bahan B. Didihkan.
3. Masukkan Bahan C. Kacau dan masak hingga mihun lembut secukupnya. Jika perlu tambah air panas. Lebih sedap jika dimasak basah.
4. Taburkan bahan hiasan

Note: Air rebusan kulit udang = kulit udang direbus > blend > tapis