Sunday 4 March 2012

Sambal Tumis Serai


Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 1 jam

Bahan A
4 biji bawang besar (M)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
6 biji buah keras
3 batang serai
1 sudu makan belacan bakar
1 bungkus cili kisar (700g)
+1/4 cawan minyak

Bahan B
1/2 sudu makan pes asam jawa+1/4 cawan air
1 biji gula kabung (170g)
Garam secukup rasa

Cara
1. Kisar bahan A dan tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan bahan B.
3. Tumis garing dengan api perlahan lebih kurang 40minit hingga 1 jam hingga menjadi pekat

Tips:
1. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk
2. Boleh masukkan asam sedikit sedikit supaya tak menjadi masam
3. Boleh digunakan untuk membuat sambal udang, bilis, telur, mee goreng, dll
4. Ambil beberapa sudu dan campurkan dengan air panas mengikut kecairan kuah dikehendaki. Panaskan semula dan campurkan udang, bilis telur, etc. Kacau sebati hingga bahan mentah masak.
5. Jika mahu sambal bilis rangup, gaulkan bilis goreng dengan sambal sejuk (suhu bilik)
6. Boleh gantikan serai dengan udang kering(1/2 cawan), bilis (1/2 cawan), daun limau (8helai), untuk mendapatkan rencah sambal dan aroma yang pelbagai

No comments: