Showing posts with label Asas Resepi. Show all posts
Showing posts with label Asas Resepi. Show all posts

Tuesday, 23 February 2016

Daging Jeruk



1. Daging di hiris nipis
2. Lemon/limau nipis di perah jus
3. Garam
4. Daging di susun dalam bekas..ditabur garam dan siram jus limau
5. Ulang lapisan hingga habis. Pastikan setiap daging kena garam dan jus limau.
6. Simpan dalam peti sejuk bahagian bawah Selama 12 jam
7. Lagi lama simpan lagi sedap dan daging makin lembut
posted from Bloggeroid

Saturday, 23 March 2013

Marinate sauce

source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 3 min


Bahan
3 sudu makan pes bawang putih
3 sudu makan gula perang
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes sesame
1 sudu makan lada hitam (tumbuk)
1/4 cawan kicap pekat manis
1/4 cawan kicap cair masin

Cara
°Campur dan gaulkan semua bahan
°Simpan dalm bekas kedap udara dalam peti sejuk


posted from Bloggeroid

Thursday, 12 July 2012

Sambal Belacan Udang Kering


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 10 minit
serve: 5-10 orang

Bahan
1/2 cawan cili padi
5 cabai hidup merah/hijau
1/4 cawan udang kering - rendam
3 inci belacan bakar
2 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu kecil madu epal
2 sudu besar sos nampla
1/2 cawan air

Cara
Kisar kasar atau tumbuk.

Nota:
1. Bahan2 diatas sekadar panduan, boleh dilebih atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing
2. Madu epal boleh digantikan dengan limau nipis/lemon

Saturday, 26 May 2012

4 Alarms Mayo

Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve: 4
Preparation Time: 10 minit

1/2 cawan mayonis
1/2 sudu kecil serbuk cayyenne pepper
1/2 sudu kecil serbuk paprika
1/2 sudu kecil chilli flakes
4 biji cili padi - cincang halus

- Campurkan sebati semua bahan

Tuesday, 24 April 2012

Crispy Dried Shrimp in Chilli Oil


Udang kering Rangup dalam minyak cili
Pedas berapi
Sedap
Segera
Boleh terus makan

Beli dari Kedai Cosway
RM6.90

Sunday, 4 March 2012

Sambal Tumis Serai


Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 1 jam

Bahan A
4 biji bawang besar (M)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
6 biji buah keras
3 batang serai
1 sudu makan belacan bakar
1 bungkus cili kisar (700g)
+1/4 cawan minyak

Bahan B
1/2 sudu makan pes asam jawa+1/4 cawan air
1 biji gula kabung (170g)
Garam secukup rasa

Cara
1. Kisar bahan A dan tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan bahan B.
3. Tumis garing dengan api perlahan lebih kurang 40minit hingga 1 jam hingga menjadi pekat

Tips:
1. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk
2. Boleh masukkan asam sedikit sedikit supaya tak menjadi masam
3. Boleh digunakan untuk membuat sambal udang, bilis, telur, mee goreng, dll
4. Ambil beberapa sudu dan campurkan dengan air panas mengikut kecairan kuah dikehendaki. Panaskan semula dan campurkan udang, bilis telur, etc. Kacau sebati hingga bahan mentah masak.
5. Jika mahu sambal bilis rangup, gaulkan bilis goreng dengan sambal sejuk (suhu bilik)
6. Boleh gantikan serai dengan udang kering(1/2 cawan), bilis (1/2 cawan), daun limau (8helai), untuk mendapatkan rencah sambal dan aroma yang pelbagai

Saturday, 21 January 2012

Air Rebusan Udang


Air rebusan udang ni sangat berguna sebagai perasa semulajadi terbaik untuk masakan berkuah terutama mee,mihun dan lain-lain.

Penyediaannya sangat mudah...
  • Kulit udang
  • Air secukupnya
  • Rebus kulit udang hingga mendidih. Kisar halus. Tapis airnya. Sejuk bekukan hingga tiba masa untuk digunakan.

Tuesday, 3 January 2012

Tempoyak Durian Kampung

Tempoyak ni di buat masa balik kampung hari tu.
Hasil tangan omak...main campak je semua bahan....
Sebesen yang dapat di bahagikan kepada anak-anak...
Terima kasih omak!


Resepi mudah sangat...
  • Isi durian (1 besen kecil) 
  • Garam (1/3 cawan)
  • Gula (1 cawan)
  • Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Lebih elok diasingkan untuk sekali masak dalam bekas keci dan simpan di tempat sejuk beku. Jika disimpan di bahagian sejuk biasa tu boleh tahan dalam sebulan je sebelum ia menjadi sedikit masam.
Tempoyak merupakan isi durian yang ditapai. Ada juga yang mencampurkan dengan gula + garam dan ada juga yang dibiar plain. Tempoyak boleh divariasikan dalam pelbagai jenis masakan kampung dan sedap dimakan bersama nasi panas.

Sunday, 25 December 2011

Cili Padi Sarawak

Kecil-kecil cili padi...
Ramai yang kata ia pedas berapi...
Tapi bagi aku tak sepedas cili api melaka...
Walaubagaimanapun aku sangat suka cili ni...
Tak perlu potong....tabur je dalam masakan...
Memang best!
Rangup!


Sunday, 9 October 2011

Giling Rempah Sendiri?

 
Ihsan : Google
REMPAH GARAM MASALA...


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh biji sajira (optional)
1/2 camca teh lada hitam
4 cm kulit kayu manis, dipatah2
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Cuci semua rempah2 diatas, keringkan dan jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak semua sekali hingga harum. Masukkan dalam alat pengisar kering dan kisar hingga halus. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  • SAJIRA - Sejenis rempah bentuk seperti jintan tapi bewarna hitam, rasa seakan2 daun pudina. Agak sukar juga nak dapat, tapi boleh cuba cari dikedai2 india menjual rempah ratus...

REMPAH KARI KURMA....

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan putih@halus
1 camca teh lada putih biji
2 batang kayu manis, patah2kan
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1/2 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit, keringkan dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus. Tambah, serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI DAGING/AYAM.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1 batang kayu manis, dipatah2
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
10 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Cuci semua rempah diatas kecuali serbuk kunyit. Kemudian jemur hingga kering. Goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar hingga halus. Tambah serbuk kunyit, gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..

REMPAH KARI IKAN/UDANG/SEAFOOD.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis@kasar
1/2 camca teh jintan putih@halus
1/2 camca teh lada hitam
15 tangkai cili kering
3/4 camca teh serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)

  • Cuci semua rempah2 diatas kecuali serbuk kunyit. Jemur hingga kering, goreng tanpa minyak hingga harum. Kemudian kisar halus. Tambah serbuk kunyit dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian..


Sumber: tiffinbiru.com


Note: Ilmu untuk kemudian hari