Wednesday 31 December 2014

Write new book

Awal muharam dulu dah start tulis buku baru
Tapi like hot hot chicken shit
Kali cuba sekali lagi
Berusaha!



posted from Bloggeroid

Friday 26 December 2014

Sup Ekor Meletop Staranisecafe

Source: staranisecafe
Preparation: 1.5 hours

Bahan A
500g ekor lembu
500g daging lembu
2 biji ubi kentang-belah kecil
1 batang lobak merah-belah serong

Bahan B
5 biji bawang kecil-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
3 inci halia-ketuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbu jintan putih
1 sudu kecil lada hitam-ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 bunjut adabi
1 kiub pati lembu
Garam secukupnya
1.5 liter air
1/4 cawan minyak

Bahan Hiasan
Daun sup
Bawang goreng

Cara
1. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
2. Bancuh serbuk jintan dengan sedikit air. Campur dlm bahan tumis. Kacau sebentar.
3. Masukkan daging dan ekor lembu.Gaulkan dan biar mendidih.
4. Masukkan bahan didihan dalam periuk tekanan berserta bunjut sup, kentang,karot,pati lembu,halia, lada hitam,air dan garam secukupnya.
5. Masak dlm periuk tekanan selama 1 jam sehingga daging lembut dan hampir tanggal dari tulang.
6. Hidang dgn taburan hiasan dan pedaskan dengan sambal kicap.


Sambal kicap
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap manis ABC

Cara: semua bahan dikisar halus
posted from Bloggeroid

Monday 22 December 2014

Hari Kantin di Taska Myya

Selasa@11pm- received Watsup from principle. "Friday is Hari Kantin. Bring healthy food for sale and duit belanja RM5. Barang jualan mesti bawah RM1 dan dipek siap2"

Amboi amboi principle....
Awat tak mesej hari khamis je...:-P

M: Myya, tc nak buat hari kantin...myya kena jual barang...bole shopping jugak...Myya nak jual apa?
m: Apa apa pun takpa...tapi Myya nak jual spesel je...cepat habis jual boleh Myya shopping pulak..
M: Cuba bagi contoh apa yang spesel tu...
m: Apa apa pun boleh...mak tolong la pikir....

Adui...request sesedap rasa kan...

Hmmm...pikir punya pikir...
Tanya kawan2...ada sorang je bg idea bernas...yg lain ingat nak jual kat pasar malam....mende ntah...
Teringat kat sekolah dulu ada booth paling laku...bukan jual makanan...
Best jugak tu...

Maka inilah barang jualannya...


Yang spesel tu...sticker dan pensel...
Jualan murah akhir tahun
More than 70% diskaun
Bukan nak buat untung pun...
Nak bagi budak syok je

Petang tu masa jemput myya...
Amboi...senyum je...
"Semua habis mak....kawan2 berebut beli barang Myya...terima kasih mak...teacher pun suka..."
Lega i...
"Myya kaya mak..bole buat belanja pi legoland...Myya bayar semua..."
Amboi...macam untung ribu2...
"Nanti Myya nak jual lagi"

Senyuman mu yang paling berharga nak..

Ni teacher kirim satu gambar..

Kencang bisness...kelas anak mak!
posted from Bloggeroid

Saturday 13 December 2014

Nasi putih panas dengan ayam goreng kunyit

Sendiri bikin sendiri makan..yummeh!



Tambah kicap sikit..
Tambah sambal belacan siam sikit..
Memang bertambah tambah banyak makan !
posted from Bloggeroid

Ayam Goreng Kunyit

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
500g isi ayam (potong bite size)
1/2 sudu makan (penuh)serbuk kunyit
1/2 sudu makan (penuh) serbuk cili
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji bawang holland (hiris kasar)
3 baji bawang putih (cincang)
5 cili padi (ketuk)
1 cawan kacang panjang (patah 2 inci)
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos nampla


Cara
1.Gaul Bahan A. Panaskan 1/2 cawan minyak. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
2. Guna kuali dan minyak yg sama goreng semua Bahan B hingga separuh layu.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul sebati. Tambah garam secukupnya.
4. Hidang dengan nasi putih panas bersama sambal belacan.
posted from Bloggeroid

Monday 8 December 2014

Kalau rindu buat apa?

"Myya...hari ni rindu mak tak?"
"Rindu la.."
"Rindu banyak ke sikit?"
"Mestilah rindu banyak sangat"

Dah berbunga bunga hati mak
Meleret mak senyum sambil pimpin tangan Myya..

"Kalau rindu buat apa" (dalam hati dah syok nak dpt satu ciuman)
"Buat pening kepala je..." (muka selamba)

Eh....*krikk krikk krikk..*

"Hmmm...sampai hati" (muka sedih)
"Iyalah mak...myya rindu banyak sangat sampai sakit kepala teringatkan mak"
"Oh...ye ke..."(hati berbunga kembali)

Tapi...tapi....
Sampai sudah peluk takde cium pun takde
Dia buat dhek je....
Alahai anak emak....:-):-):-)
posted from Bloggeroid

Sunday 7 December 2014

Ketam Lembut Telur Masin

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
8 ekor ketam lembut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung

Bahan B
2 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih cincang
5 biji cili padi hiris
2 helai daun limau purut hiris
4 biji telur masin rebus (ambil 4 telur merah dan 2 telur putih) hancurkan
1/4 cawan susu cair

Cara
1.Bahan A digaulkan dan digoreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, cili padi, daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Masukan susu dan didihkan hingga pekat.
5. Masukkan ketam dan gaul sebati
posted from Bloggeroid

Tuesday 25 November 2014

12 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW


Cara Nabi jaga kesihatan diri



Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Makan cara sihat ikut sunnah nabi



KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. 

Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.
Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. 

Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. 

Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Source : Islamituindah.my

Saturday 15 November 2014

Nasi Mandy Daging dan Salad Staranisecafe

Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 4-6



Resepi nasi mandy
Bahan yang sama seperti nasi mandhi rusa cuma kali ni semua bahan rempah di sangrai dan dikisar menjadi serbuk. Guna daging lembu pula.

Resepi salad nasi mandy
1/2 cawan tomato- potong dadu
1/2 cawan salery - potong dadu
1/4 cawan bawang besar - hiris halus
5 biji cili padi - hiris
2 sudu makan mayonis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Gaul semua bahan. Simpan dalam peti sejuk. Hidang bila sedia nak makan.


posted from Bloggeroid

Wednesday 5 November 2014

Jeruk Buah Asam Boi



Bahan
2 biji apple-potong kecil
2 biji buah lai- potong kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
5 biji cili padi -hiris
6 biji asam boi

Cara
Gaulkan semua bahan
Rasa dan tambah apa yg patut
Sejukkan
Habiskan dalam 2 hari

Tips
Boleh guna buah lain i.e. Mangga,umbra,apa2 buah yang keras dan rapuh. Kena habiskan dlm dua hari utk kerapuhan buah.

Kalau guna buah lembut i.e. Tembikai kena makan segera.

Simpan lama buah akan berair dan lembik sebab telah dicampur garam.
posted from Bloggeroid

Monday 13 October 2014

Kari Sardin Staranisecafe

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
2 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
3 cili padi (ketuk)
5 sudu makan minyak

Bahan B
1/2 paket kecil serbuk kari ikan allagapas
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan air

Bahan C
1 tin besar sardin (asingkan sos)
1 biji kentang (potong baji)
5 biji tomato ceri (belah)
1 keping asam keping
3 sudu makan sos sardin (dalam tin)
2 cawan air/ secukupnya (ikut kepekatan)
Garam secukupnya

Cara
1. Tumis bahan A hingga wangi
2. campurkan bahan B. Tumis hingga garing dan pecah minyak menggunakan api perlahan. (terbit minyak dan adunan jadi macam berketul2). Kacau selalu.
3. Masukkan air secukupnya, kentang, sos sardin dan asam keping. Didihkan hingga kentang empuk.
4. Masukkan garam, sardin dan tomato. Didihkan sebentar. Jangan kacau sangat nanti sardin hancur.
5. Hidang. Makan dengan lempeng atau nasi panas. Yummeh!
posted from Bloggeroid

Lempeng Susu

Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
1/2 cawan tepung
2 sudu makan susu tepung vanila
1 cawan air/secukupnya
Garam secukupnya

Cara
1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Adunan tidak terlalu cair.
2. Lengser minyak dalam kuali yang telah dipanaskan. Tuang 1/2 adunan dan pusing kuali untuk dapat bentuk bulat.
3. Bila tepi2 dah garing, terbalikkan dan sambung masak hingga sedikit garing.



Boleh dapat dua keping besar untuk 2 orang.
posted from Bloggeroid

Sunday 12 October 2014

Kerabu Mangga Mudah

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan
1 biji mangga (sagat)
4 cili padi (hiris)
2 biji bawang merah (hiris)
Garam secukupnya.

Cara
Gaul semua bahan dan hidang
posted from Bloggeroid

Kerapu Goreng dengan Sambal Pedas ala Thai

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
1 ekor kerapu (dikelar)
1 sudu kecik serbuk kunyit

Bahan B
1 batang serai (ketuk)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (hiris)
1 biji bunga kantan (cincang)
2 helai daun limau (carik)
5 biji cili padi (ketuk)
5 biji tomato ceri (belah)
1 inci halia (hiris)
3 sudu makan minyak

Bahan C
5 sudu makan sambal tumis
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
Garam secukupnya

Cara
1. Goreng ikan dalam minyak yang banyak sebentar (jangan sampai terlalu garing)
2. Tumis bahan B hingga wangi
3. Masukkan bahan C. Goreng sebentar hingga pecah minyak.
4. Tuang kuah atas ikan.
5. Hidang
posted from Bloggeroid

Udang Goreng Nestum Staranisecafe

Source: staranisecafe@blogspot.com



Bahan A
10 ekor udang XL
1 sudu kecil lada putih
Secubit garam

Bahan B
4 ulas bawang putih (cincang)
2 helai daun limau (carik)
4 biji cili padi hiris
2 sudu makan butter

Bahan C
1/2 cawan nestum
2 sudu makan susu tepung (saya guna susu tepung vanila)
1 sudu kecil gula (jika susu tidak manis)
Secubit garam

Cara
1. Gaul Bahan A dan goreng
2. Tumis Bahan B hingga wangi
3. Gaul Bahan C dan campur dalam tumisan. Gaul sebati sekejap je. Jangan sampai hangit.
4. Masukkan udang dan gaul.
5.Hidang
posted from Bloggeroid

Thursday 2 October 2014

Kek Pisang Gebu by Myya

Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
2 biji pisang berangan
2 biji telur
1/4 cawan gula
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil ovallette/quick75
1 sudu kecil garam

Bahan B
1 1/3 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar santan serbuk

Cara
1. Kisar Bahan A hingga kembang/berubah putih
2. Ayak Bahan B
3. Tuang Bahan A kedalam bahan B. Gaul sebati secara kaup balik
4. Kukus 45 minit.



Tips: Boleh marblekan atau tambah kacang atau buah kering...tapi salut dulu buah/kacang dengan tepung sebelum campur dalam adunan
posted from Bloggeroidm

Saturday 23 August 2014

#malaysia berkabung 22082014


Kesedihan
Bila mendengar melihat
Satu demi satu
Jenazah mangsa mangsa
Tragedi mh17
Kembali
Untuk disemadikan
Alfatihah

posted from Bloggeroid

Tuesday 22 July 2014

MH17 dalam ingatan selamanya

Belum lagi reda kesedihan kehilangan MH370
Kini MH17 pula yang pergi dengan tragisnya

Pelbagai halangan dan rintangan perlu dilalui Malaysia
Bagi menyelesaikan isu MH17
Semuanya gara perang
Kenapa manusia suka berperang?
Tak bolehkah hidup aman damai saling membantu...
Ya Allah bimbinglah kami..

Tiada siapa mahu mengaku menembak MH17
Itu sudah pasti
Tapi kebenaran pasti datang
Dengan bukti yang ada...
Tapi satu persoalan timbul..
Apakah tindakan yang akan diambil kepada penjenayah
Semua sudah tahu suspek adalah kuasa besar
ingin cetuskan perang lebih besar?
Atau sekadar mengutuk..
Lihat sahaja apa yang berlaku di GAZA..
Sudah terang lagi bersuluh
Namun apakah tindakan kita/dunia...
Hmmmm....
Hanya boleh membantu sekadar mampu..
Kutuk...Boikot...Sumbangan...Doa....