Wednesday 30 January 2013

Disiplin secara diplomasi


Bagi membantu mendidik anak ke arah lebih berkesan, ibu, bapa serta penjaga harus mengetahui tidak elok mengungkap perkataan ‘jangan’ secara kerap kerana ia boleh menghalang perkembangan kendiri anak.

Namun masih terdapat beberapa keadaan perkataan itu dibolehkan, misalnya apabila anak membahayakan diri mereka, membahayakan orang lain serta bertindak merosakkan barang atau harta benda secara sengaja.
Kanak-kanak juga seharusnya dilatih menurut kata, bukannya dimarahi atau dihukum. 
Mendisiplinkan anak secara diplomasi bertujuan membantu si anak memperbaiki dirinya sendiri dengan lebih berkesan.
Renungkan panduan berikut, barangkali ia boleh membantu anda dalam proses mendidik anak:
 
·  Ibu bapa tidak seharusnya memukul anak dari lutut ke atas bahagian badannya.
·  Apabila hendak memukul, jangan gunakan tangan atau anggota tubuh. Malah, menampar anak menggunakan tangan boleh membuatkan anak bertambah degil dan nakal serta tidak boleh dikawal.
·  Apabila memukul anak, hanya rotan di bahagian telapak kakinya.
·  Berikan anak pelukan setiap hari kerana anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kecerdasan daya ingatan lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk.
·  Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ini akan membuatkan anak lebih
yakin pada diri apabila berhadapan dengan persekitaran luaran.
·  Berikan galakan setiap kali anak berbuat kebaikan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Ia boleh menjadi pendorong baginya untuk terus melakukan perkara baik.
·  Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan kerana mereka masih lagi kanak-kanak sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
·  Dalam proses membesar dan mendidik anak-anak, anda tidak seharusnya mengeluh di hadapan mereka. Keluhan akan membuatkan anak berasa diri mereka sebagai beban kepada ibu bapa.
·  Apabila anak berhadapan dengan kesukaran, tenangkan mereka setiap kali mereka memerlukannya.
·  Luangkan masa bersama anak di luar rumah dan peganglah tangan anak apabila berjalan bersama mereka. Mereka tentu akan merasakan kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan ibu bapa.
·  Hargailah permainan kesayangan anak kerana mereka juga akan menghargai barangan kesayangan ibu dan bapa.

Sebolehnya, elakkan daripada membuang barangan kesayangan mereka walaupun ia sudah rosak. Sebaiknya, minta kebenaran terlebih dulu sebelum berbuat demikian.

·  Untuk mengeratkan hubungan, jangan sesekali membiarkan anak tidur tanpa ciuman selamat malam.
·  Jangan membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan merasakan kerja pejabat lebih penting daripada keluarga kerana ibu atau bapa lebih menumpukan perhatian pada perkara terbabit berbanding diri mereka.
·  Terimalah kenyataan kadangkala diri kita ini bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa. Masing-masing masih cuba untuk mempelajari sesuatu yang baru dan cuba sempurnakan keadaan itu sebaik mungkin.
·  Apabila anak menangis pula, ia bertujuan melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala ia sekadar untuk menarik perhatian.

Bagaimanapun, berilah perhatian kepada mereka kerana mungkin dalam masa 20 tahun dari sekarang, akan tiba giliran ibu bapa pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.

Malah, anak pula sibuk dengan urusan kerja dan keluarga masing-masing.

Artikel ini disiarkan Harian Metro pada : 2013/01/29

Belum terlambat...

"Selagi bernyawa.....segalanya belum terlambat....yang penting adalah 
kita mulakan tindakan......"

Monday 21 January 2013

Myya ke Sekolah: Summary

Day 1 : Myya seronok sakan nak ke sekolah...siap suruh mak balik cepat. Balik petangnya dah lancar nyanyi lagu "Kereta Merah". Tapi cepat2 minta balik sebab lapar nak makan nasi yang mak masak....

Day 2 : Myya ponteng sebab mengantuk ya amat. Penat angkat air katanya. Ayah kasi chance lepak rumah sebab Ayah MC hari tu cabut gigi.

Day 3: Myya menangis sungguh2. Tak nak pergi sekolah. Tapi Ayah tinggalkan jugak walaupun ada drama air mata dan bergantung di leher...Tapi balik petang tu ceria je...siap cakap nak pergi sekolah banyak-banyak...masih tak mahu makan di sekolah dengan alasan nak makan sama2 dengan mak dan ayah...alahai....

Day 4: Myya buat drama lagi. Kali ni Mak pula buat keras hati tinggalkan Myya sebab mak kena gi hospital la sayang.....Tapi pukul 1.30pm dah datang ambil...seronok bukan main dia ye....

Day 5: Myya ponteng sebab Mak MC sakit mata....Myya seronok bercerita Teacher bagi banyak sticker dan lekat di kad Blue Sun

Day 6: Myya buat drama. Ayah buat keras hati jugak....Balik petang seronok je cerita dah boleh mandi di sekolah... Myya juga bawa balik lukisan "abstract" dan dapat sticker Terrific! Ajak balik cepat sebab katanya dah nak jatuh pengsan sebab lapar...Siap marah mak sebab tak bekalkan roti dan milo kotak...huhuhu...mak upah makan aiskrim 2 cup....

Day 7: Myya buat drama ringan. Berpaut di leher Ayah tapi tak nangis....Balik petang tu minta Mak belanja minum Milo Ais....Makan tak nak sebab dah kenyang makan 2 keping roti yang mak bekalkan....

Day 8: Dah tak ada drama...Myya ke sekolah dengan senyuman dan lambaian bye lagi....Balik petang minta nak makan roti canai...tapi marah Mak sebab bekalkan 2 keping roti je...kononnya dia nak 4 keping...Masa tengah lepak minum milo ais terserempak dengan kawan baru tapi tak tahu nama...hehehehe

Day 9: Pagi2 bangun bersiap tapi merengek tak nak ke sekolah...Ayah hantar je...siap ajak sembang dengan kawan baru barulah nak masuk kelas....sekali nama kawan baru pun sama nama...hehehe...Petang balik seronok bercerita dengan mak yang sekolah best.

Day 10: Pergi sekolah ok je...tak nangis...tapi masih ada aksi manja....Balik sekolah terus pesan nak ke sekolah esok....hehehehe...esok cuti la sayang....hehehe...Teacher panggil Myya si Roti Putih....sebab dia masih tak nak makan menu yang disediakan...cuma makan 3 keping roti putih yang mak bekalkan dan air kotak Milo....

Hari ni: Ayah hantar ke sekolah. Elok je...cuma Myya minta hantar sampai ke pintu....dia naik sendiri tangga dan masuk kelas......Syabas!!!

Wednesday 16 January 2013

Nikmat Allah yang manakah mahu di dustakan..


Hampir 18 hari rumah aku di landa krisis air….
Paip air kontang
Sumber air minuman dan makanan dibeli di kedai
Sumber air basuhan dari tangki Syabas.
Pada awal permulaan krisis…hati selalu panas….
Air tak cukup bilamana lori tangki syabas tak hantar air…
Tangki statik yang diletakkan kontang…
Tiada jadual diberikan…ikut suka hati bila lori nak datang….
Ada yang sampai 1 pagi….ada yang sampai waktu tengahari….
Yang bekerja kena angkut air berkali2 waktu dinihari…
Waktu siang jangan haraplah kan….
Mana mungkin boleh terima ketiadaan keperluan utama ni?
Sekolah anak terpaksa di tunda seminggu….
Hati bertambah panas sebab cuti dah diambil…persiapan dah di buat…
Kudrat di kerah mengangkat air berkali-kali..
Terpaksalah….tong air dirumah tak sebesar mana…
Tak ada space nak letak tong besar…
Alternatifnya kami punggah baju dalam storage box plastic buat tangki….

Masuk hari kelima….
Alah tegal biasa….
Hati semakin redha….
Hati tambah sayu melihat kudrat yang perlu dikerah oleh family yang besar…
Berganda2 kudrat diperlukan….
Perahan kudrat kami sekeluarga tak seberapa….
Masih mampu mandi, makan, minum sebaiknya…
Segalanya mencukupi sebenarnya….

Oh hati…
Bila redha dengan dugaan Allah ni….
Segalanya menjadi mudah dan tenang….
Baru sekuman nikmat di cabut….
Masih banyak lagi nikmat yang lain ada….
Ya Allah…ampunkan dosa kami….

Alhamdulillah…
15 Jan 2013…bekalan air paip kembali normal…
Nikmat air terasa begitu berharga sekali…
Bertambah rasa kepuasannya….

Terima kasih ya Allah
Mana mungkin ada nikmat Allah yang boleh di dustakan…
Tiada dugaan yang diberi jika hambanya tidak mampu menanggungnya…
Hati kena redha….
Oh! Adil sungguh caturan mu ya Rabbi…

Tuesday 15 January 2013

Merlin

" In the land of myth and time of magic, the destiny of a great Kingdom rests on the shoulder of a young warlock......Merlin."


Wah suka benar aku nonton cerita ni....Ternanti-nanti setiap siri.....
Dari Season 1 sampai 5..
Tapi.....dah habis la......
End of story!
Arthur mati...
Merlin aka Emrys pulak hidup hingga dunia moden....
Lepas tu habis gitu je.....
Sedih betul tengok Merlin nangis bila Arthur Pendragon mati...
Tapi Naga Tua tu dah cakap akan ada Arthur lain yang akan wujud di dunia ni...
Dan Merlin pulak telah di takdirkan untuk menyelamatkan Arthur demi keamanan sejagat...
Siapa Arthur yang perlu Merlin selamatkan?
Yang nyata bukan Arthur Pendragon!
Maka hiduplah Merlin selamanya membantu Arthur yang dilahirkan dari semasa ke semasa...
Eh!Betul ke....
Ntah! Spekulasi aku je tu...hehehehehe
 

Thursday 10 January 2013

Pemanggang Ajaib Chefal

Gadjet kesayangan ku...
Produk Cosway....
Harga dalam RM150 camtu....
Telah berjasa lebih 3 tahun....

Boleh diterbalikkan dan masak di kedua2 bahagian muka tanpa perlu buka...
Permukaan nonstik di kedua muka... 
Pegangan kuat bermagnet....
Boleh panggang...
Boleh stim....
Boleh Bakar....
Boleh segalanya....

Yang penting tahu resepi!



Tuesday 8 January 2013

Myya ke Sekolah: Hari Kedua



Myya menangis….
Tak nak ke sekolah…..
Sebab apa?
Mengantuk ya amat….
Aduyai anak ku…..

Myya ke Sekolah: Hari Pertama



7 Jan 2012

Pukul 6.30 pagi Myya dah bangun...
Bersiap ke seokalah tanpa banyak karenah.....

Pukul 7.15am
Myya dah sampai ke sekolah...
Antara yang terawal....

Myya senyum je....
Tiada riak ketakutan.....
Kami bawa dia tour ke kelas....
Masih senyum riang.....

Pukul 8.00am
Dah ramai anak2 yang datang....
Mak bapak pun penuh....
Aku menjangkakan akan ada taklimat yang diberikan...
Untuk perkenalkan siapa cikgu kelasnya...
Jadual kelasnya......
Menu makanannya......
Tapi itu semua tiada......
Cikgu sibuk memujuk anak yang menangis.....
Ada 2 orang je pun yang menangis....
Tapi tak perlulah semua cikgu menghurung memujuk.....
Mak dia kan ada! pftsssss!
Kononnya nanti berjangkit tangisan tu ke anak yang lain....
Ye...lah...psikologi budak .....
Yang aku komplen ni....semua cikgu menghurungnya....
Perlukah......
Dan ada jugak mak budak yang berlagak cikgu.....
Memberi arahan kepada anak lagak guru besar joyah!
Terkujat-kujat budak tu semua dengar pitching tinggi tu!
Double pfttsssss.....
Eh!Maaf melalut pulak.......

Tapi Myya cool.....
Aku ajak dia duduk di kelas...
Myya pilih bangku purple....
Suka katanya.....

Aku minta cikgu bawakan kawan sekelas.....
Dan Myya selamba je menegur minta budak tu lap hingusnya....
Tapi dia bercakap berhemah je......
Aku perhati je dari jauh....
Melihat gelagat Myya yang pandai bawa diri...

Eh...kenapa lihat dari jauh?
Sebabnya.....

m: Mak....Myya ok...mak pergi la kerja....
M: Takpelah...mak teman Myya kejap 
m: Nanti mak lambat pergi kerja.....
M: Mak dah lambat pun.....
m: Mak tak takut bos ke?
M: mak dah cakap kat bos....
m: Mak pergi la....Myya ok.....

Aku emo ok!
Myya halau aku balik!
memanglah semalam aku dah pesan dengan dia yang aku kena kerja dan tak boleh teman dia lama sebab tak  dapat cuti hari ni...
Tapi aku tak jangkalah kan kejap benar aku boleh di situ...

So aku perhati je dari jauh......

8.30am
Cikgu panggil semua anak berkumpul...
Memanggil nama anak untuk kehadiran dan susunan kelas....
Aku tengok Myya selamba je mengaku bila dengar nama seakan namanya di panggil....
Angkat tangan dan bangun ke depan sambil angguk2 mengaku....
Aduyai....anak aku....im proud!
Walaupun salah nama....tapi dia berani.....
Kemudian....baca doa...menyanyi...bersenam.....
Aku masih menunggu kalau2 dia cari......
Tapi dia tak menoleh pun...
Terus pandang ke depan......

8.45am
Aku nak beransur.....
Myya dah boleh berdikari....
Sampai ke pintu.....
Ada mak budak menegur.....

MB: Eh...awal nak balik....
A: Saya kerja...(sambil terpinga2 sebab macam kena sergah...)
MB: Tunggulah dulu...kesian anak....nanti dia tengok mak budak lain boleh tunggu...mak dia tak ada pulak....
A: Oh! Ye lah....(sambil masuk semula...)

8.50am
Aku tengok MB tadi sibuk panggil anaknya....
Anaknya dah bergenang air mata tapi masih tak keluar barisan....
Myya masih tak menoleh.....
Masih tak mencari aku.....
Hmmmm.......
Perlahan-lahan aku melangkah keluar....
MB budak tadi angkat2 kening.....
Aku senyum je.....
Sambil berdoa kepada Allah...
Agar Myya dan anak2 itu semua selamat.....

5.35pm
Aku pecut dari ofis......
Terus ke pintu kelas....
Tak sabar jumpa Myya.....
Bunyi riuh rendah anak bermain....
Cikgu memanggil2 di pintu nama Myya.....
Eh! Kat depan pintu je ralit main..
Cepat-cepat dia mengaku.....
Cikgu cakap dia tak mandi...air tak ada....
Aku angguk ok....
Aku tak lepas pandang Myya.....
Minta cepat2 dia salam cikgu.....
Dan bawa dia pulang......

Dalam kereta....
Aku banyak bertanya......
Myya jawab seronok sangat....
Tapi agak menggigil.....sambil cakap lapar dan penat.....
Hmmmm...nampak gayanya..dia tak makan di sana....

Di rumah.....
Myya makan nasi, roti coklat, keropok sebungkus, susu 2 botol....
Amboi! lapar betul.....

Sunday 6 January 2013

Telur Ikan Goreng Kari



Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation Time: 30 minit
Serve: 3 person

Bahan A
300g telur ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil garam

Bahan B
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (saiz M) – hiris dan potong bulat
3 ulas bawang putih- cincang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk kari + air – jadikan pes
4 cili padi-ketuk
3 sudu makan minyak masak

Bahan C
Air secukupnya

Cara
1.       Gaul dan perap bahan A 15 minit. Kemudian rebus dengan sedikit air dalam 5 minit. Bila telur dah nampak keras, toskan.
2.       Tumis daun kari, bawang besar hiris, bawang putih, cili padi hingga wangi.
3.       Masukkan sos tiram, pes kari. Tumis lagi sebentar. Tambah air jika perlu.
4.        Masukkan telur ikan. Gaul.
5.       Masukkan bawang besar dipotong bulat. Gaul sekejap. Hidang.