Tuesday 30 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #13 : Insadong



Insadong merupakan salah satu lokasi barangan kraft buatan Korea dan souvenir. Ada banyak barangan tradisi boleh jumpa di sini macam Hanbok (baju tradisional Korea), ukiran, patung, pinggan mangkuk dan lain-lain.

Ada galeri 4 tingkat dan ada juga lot-lot kedai kecil.

Restoran pun banyak.

Setiap Ahad dari 10am-10pm, jalan-jalan berhampiran akan ditutup dan dijadikan lokasi pertunjukkan budaya. Tapi bila kami sampai pukul 8pm, kebanyakkan kedai telah ditutup. Mungkin tak ramai orang dan suasana yang sangat sejuk.

Kami datang lagi pada waktu siang dan suasananya berbeza. Orang ramai tapi aman. Tiada hiruk pikuk. 

Pengunjung pula ramai golongan berusia dan lebih bersopan santun.

Kalau nak beli souvenir, boleh je beli disini sebab tokey kedai lebih sopan santun dan bisa berkompromi untuk memberi diskaun dan boleh pilih dengan aman. Pilihan barangan juga pelbagai dan lebih unik rekaan dan kualitinya. Jangan lupa cuba makan di gerai-gerai kecil yang ada ….pandai-pandai pilih ya…

Recommended!









Getting there : By Subway
Exit 6 – Anguk Station Line 3. Walk straight 100m & turn left.
Exit 3 – Jonggak Station Line 1. Walk 300m straight, turn left. then 100m straight & veer left into Insa-dong alleyway.

Monday 29 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #12 : Gwanghamun Square



Gwanghamun ni terletak berhampiran dengan Gyeongbokgung Palace. Walking distance je…

Ada statue King Sejong dan Yi Sun Sin.

Sekadar melihat…





Getting there : By subway
 Gwanghwamun Station – Line 5, exit 2

Sunday 28 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #11 : Gyeongbokgung Palace



Seoul ada banyak warisan zaman silam yang boleh dilawat. Ada 5 istana besar yang masih dikekalkan di kota Seoul ni. Dan lokasi setiap satunya berdekatan je pun…boleh je jalan kaki kalau nak…hehehe

Kami pilih untuk melihat Gyeongbokgung Palace kerana ia dikatakan istana yang paling besar dan cantik antara kelimanya .

Gyeongbokgung Palace @ Palace of Shining Happiness ini juga dikenali sebagai “Northern Palace” kerana lokasinya yang terletak jauh ke utara berbanding Changdeokgung (Eastern Palace) dan Gyeongheegung (Western Palace). Istana ini telah pun musnah dalam kebakaran besar ketika pendudukan tentera Jepun (1592-1598) dan telah di bina semula oleh Heungseondaewongun semasa pemerintahan King Gojong. Ada 7700 bilik dan dikelilingi taman dan tasik yang luas. Ada banyak pintu gate di sekeliling istana. Boleh masuk ke dalam istana melalui mana-mana gate bergantung dari mana lokasi anda.

Semasa kami ke sana, pemandangannya tak berapa cantik pun sebab pokok togel, rumput kering atau bertutup dengan jerami berkait dan tasiknya beku….

Usah mengharapkan suasana zaman silam di sini sebab struktur binaan istana telah pun banyak kali dibina semula dan diubahsuai hingga nampak macam “fake”…ala-ala rumah contoh je…

Walaubagaimanapun, pintu gate yang besar tu masih nampak tulen….

Jika ke sini sila susun waktu anda agar dapat menyaksikan change guard ceremony yang berwarna warni…

Boleh juga ke National Palace museum yang terletak di selatan istana (masuk ikut Heungnyemun Gate) dan National Folk Museum yang terletak di timur istana (dalam kawasan Hyangwonjeong).

Jika dapat berkunjung semula ke Seoul, kami mesti akan singgah juga ke mana-mana istana untuk menikmati pemandangan yang pasti berbeza mengikut musim…










Admission Fees
Adults (ages 19-64) 3,000 won / Group 2,400 won (10 or more people)
Youths (ages 7-18) 1,500 won / Group 1,200 won (10 or more people)
Age 6 and under – FREE.

Opening Hours
March to October 09:00-18:00 / November to February 09:00-17:00.
Closed on Tuesday

Getting there: By Subway
Exit 5 – Gyeongbokgung Station Line 3

Saturday 27 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #10 : War Memorial Museum



Tidak merancang untuk kesini tapi disebabkan ianya walking distance dari itaewon maka kami mencuba nasib.

Wow! Berbaloi.

Di kawasan luar ada banyak kenderaan dan senjata tinggalan perang yang real (telah digunakan dalam perang) dan statue yang unik. Dalam bangunan ada banyak tinggalan perang dan senjata yang pelbagai rupa dan kegunaan. Yang pelik2 pun ada….

Bangunan memorial ni sangat besar dan ada 3 tingkat….banyak yang boleh di pelajari….anda boleh masuk kedalam semua kenderaan perang seperti kapal, tank, kapalterbang, jet, dan pegang sendiri senjata yang digunakan…agak ngeri…..bagaimana tentera boleh hidup lama dalam kenderaan yang sempit begitu…?

Tahukah anda Korea tidak berhenti perang sejak beratus tahun lalu? Campur tangan luar (ada Negara yang tak tahu pun kewujudannya di peta dunia)bukan membantu tapi lebih memudaratkan hingga tak henti berperang lepas satu satu sampai berpecah keluarga…satu ke selatan satu ke utara. Dan tahukah anda bahawa korea dikatakan lokasi perang terbaik kerana banyak bukit bukau dan gunung….pelikkan? Kasihan rakyatnya….anak kecil dipisahkan dari keluarga….malah ada juga anak kecil terpaksa ikut perang…Sedih! 

Mula-mula ada yang supply senjata…tapi kini korea ada senjata sendiri….

Hebatnya  selepas berhenti berperang pada 1953, Korea Selatan membangun begitu pesat hanya dalam tempoh kurang dari 50 tahun. Wow!

Generasi veteran/perang  yang masih hidup agak kasar orangnya kerana factor kehidupan yang mereka lalui….sadis!

Berbaloi! Banyak ilmu baru disini….









Gotcha...jom pi perang!

tolonglah jangan pergi....huhuhu

Admission Fee : Free

Operation Hours: 9 am – 6 pm and closed on Monday

Getting there: By subway
Samgakji Station and Exit #12