Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Panggilan Pulau Aman

 Day 3: 10 April 2012 : Pulau Aman

Sampai dari Pulau Jerejak, hari masih awal…

"Ntah hape2 la Pulau Jerejak tu…awal lagi ni, mak nak pi mana2 tak?," aku merungut sket
"Hang la gatai nak buang duit pi sana…semua orang cakap tak best!," nenek cun menyahut
"Lain orang lain rasanya…kalau tak cuba sendiri mana tau?," aku menjawab sopan
"Ha! Dah pi ni seronok sangatlah..," ish..nenek cun naik hangin pulak dah!

Hmmmm…bertabahlah melayan karenah orang tua…

"Ada pulau lain tak boleh pi?," che abang cuba 'coolkan' situasi
"Kat Pulau Aman boleh cari remis," nenek cun beri pendapat.
"Boleh makan mee udang atas restoran terapung!," kakak Mida menyampuk
"Jom balik!," Fahmi pulak tiba2 bersuara...

Aku dengar je boleh cari remis…terus gedik nak pi….aku suka cari remis! Sorry Fahmi! Suara panggilan pula dah bergema...hehehe

Google lebih kurang…maka terus gerak ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan….

Kami sampai pukul 2.30pm..malangnya bot dah berlepas dan trip berikutnya pukul 4.00 petang.

Jadual dari Jeti batu Musang: 10am,1.00pm, 4.00pm, 7.00pm
Jadual dari Jeti Pulau Aman : 8.00am, 12.00noon, 3.00pm, 6.00pm

Hajat tak kesampaian.....esok datang lagi!
 
Day 4: 10 April 2012 : Pulau Aman

Nenek Cun sekarang ni selalu dapat tempahan buat karipap untuk di jual. Karipap Nenek Cun memang marvelous dan bersaiz gergasi. Saya suka! Saya suka!

Tak pernah aku jumpa karipap sesedap ni dimana2 seumur hidup! Serius! Rapuh..rangup..inti cukup rasa..puas makan! Sebijik dah kenyang sebab nenek buat saiz gergasi...lebih kurang saiz tapak tangan aku...6 inci kot...

Lepas lunch dengan air tangan nenek cun yang mervelicious..kami gerak ke Pulau Aman.

Perjalanan ke Jeti Batu Musang,Batu Kawan cuma ambil masa lebih kurang 1 jam. Sangat senang je nak kesana. Dari Penang naik Jambatan, ambil jalan ke KL, masuk simpang ke Bukit tambun seterusnya Batu Kawan dan follow sign board ke Jeti Pulau Aman.

Kami parking di kawasan yang disediakan dengan rate RM2. Agak sunyi. Takde orang. Kami naik bot pukul 4.00pm dengan 4 orang pelajar sekolah dan 3 lagi penduduk kampong. Perjalanan ke sana cuma ambil masa 10-15 minit je. Tambang bot  RM6 sekepala untuk pergi balik..

"Seronoknya...naik bot lagi! Tapi Myya nak tidur la mak.." Alahai kesian tuan puteri ni...Itulah..tidur lambat lagi...

Pulau Aman ialah pintu masuk untuk mengecapi ketenteraman dan kedamaian. Seluas 288 ekar dan terletak 2.5 batu nautika dari tanah besar kawasan pantai daerah Seberang Perai Selatan. Lebihkurang 250 orang penduduk menetap disini. Terdapat calet dengan harga sanagat murah untuk bermalam. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah menangkap ikan, sukan air dan jelajah hutan.
Kalau nak tempah chalet boleh call Hamidah/Sarina : 019-5681250. Rate antara RM70 - RM300 mengikut saiz chalet dan jumlah orang.

Sampai je kami menyelusuri lorong kecil yang dikelilingi rumah kayu. Memang tenang!
 

Seterusnya kami pekena mee goreng udang dan nasi goreng udang di Restoran Terapung. Niat nak makan udang ketak/mantis tapi tak ada tangkapan la pulak. Yang ada Cuma belangkas…

Nasi goreng dan mee udang tu biasa2 je...Katanya ramai chinese yang suka datang so tastenya sesuai untuk merekalah. Tapi air limau asam tu memang marvelicious. Ada campuran limau kasturi, hirisan lemon dan asam boi a.k.a asam ko

Lepas dah teduh sikit aku dah gedik ajak Myya pergi cari remis…Tapi hampeh…apa pun tarak….

Myya excited nak tengok remis....Aduyai...bukan musim kot!

Kemudian nak pi cari emas dekat Telaga Emas….sekerat jalan je patah balik…Myya dah ajak baling batu kat tepi pantai tadi…hahahahaha…layan je! Sebenarnya boleh sewa basikal disini dengan rate RM10 sehari kalau tak silap....

Pukul 6.30pm kami naik bot balik.

Seronok ke? Ntahlah sebab tak jelajah pun pulau ni…lagi pun hanya kami bertiga pelancong yang datang…takde lah meriah sangat….dan hanya ada masa lebih kurang 1 ½ jam…lenggang kangkung dengan anak comel…kemudian terkejar ke jeti takut bot tinggal…hahahaha…sekali bot tunggu orang…30 minit jugak la kami menunggu…

Bagi yang gemar dengan cabaran boleh datang awal pagi untuk jelajah seluruh Pulau ni..

Tapi rasanya nak datang lagi lah…..aman tau!

Thursday, 19 April 2012

Panggilan Pulau Pinang : Bukit Bendera

Day 3: 9 April 2012 : Bukit Bendera,Pulau Pinang

Petangnya kami pekena Mee Mamak Rashid dekat Pejabat Pos Jelutong. Ni aktiviti wajib setiap kali balik Penang. Memang terangkatlah makan disini. Sedap dan murah. Mamak Rashid ni dah lama berniaga dengan gerai roda tiga je. Pelanggan punyalah ramai dari pelbagai kaum. Mamak ni biasanya akan goreng mee sikit2 cukup untuk 2 -3 pinggan supaya rasanya tak lari. Kami makan mee goreng, mihun goreng, mee rebus.

Dah ketat perut, hantar Nenek Cun balik.

Terus gerak ke Bukit Bendera. Teringin nak merasa naik keretapi baru kat sana. Kakak Mida ikut, Nenek Cun malas, tapi Fahmi kena tinggal sebab dia tu suka sangat kalut nak ajak balik bila pi mana pun!Tak kuasa aku nak layan!

Parking di belakang stesen sangat luas dan percuma. Cuma kena berjalan lebih kurang 100 meter untuk ke kaunter.

Kami ambil family package (2 dewasa 2 kanak-kanak) dengan harga RM18 je.

Kakak Mida yang kecik molek terpaksa mengaku budak darjah lima...hahahaha jimat duit tiket! jangan marah aaa...heheheeh. Myya memang excited kalau dapat cuba benda baru..senyum je!

Wow! Memang dah berubah.

Keretapinya dah cantik dan laju!

Sebenarnya dah banyak kali datang kesini. Hiking dah 2 kali..melalui kereta kabel dah berkali-kali.. Tapi masih nak datang lagi!

Keretapi lama naik bukit dengan cara "pull cable". Terhegeh2 nak naik . Tapi keretapi baru pakai kabel elektrik...memang laju! Sekejap je dah sampai atas bukit tu....

Tapi kawasan atas bukit maintain sama. Tak berapa sejuk tapi tak berapa panas juga...sedap je rasa..
Antara view yang boleh lihat..
Kami naik tram khas dengan bayaran RM30 untuk pusing 4km. Hihi...sekali sekala... Tong pos tu dah lebih 100 tahun masih kukuh bertahan...Masa nak posing tu aku cakap kat Myya.."Jom pos kad hari raya untuk nenek!" Dia angguk2 sambil pura2 masukkan surat...Sekali balik dia tanya kat Nenek Cun "Suka tak Kad hari Raya Myya hantar tu?" Hahahahaha Nenek Cun main jawab dengan muka pelik "Mestilah suka..." hahahahaha aku tak explain pun...
Kami masuk juga Mini Bird Park ni dengan harga RM5 sekepala...Burung kat dalam ni punyalah jinak...di suanya kepala minta dibelai...Ada macam2 jenis kakaktoa yang cantik dan berwarna warni!
Plan nak masuk "Owl Art Museum" tapi dah tutup la pulak...kami singgah food court  yang baru dan luas...Pekena ais kacang spesel dan cendol..Marvelicious! Dalam RM3.50 je semangkuk. Mesti cuba!

 Keretapi beroperasi dari pukul 6.30am-9.30am. Sebab keadaan dah gelap, pukul 7.30pm kami dah beratur nak turun. Tapi peliknya masih ada ramai yang naik lagi..Nak tengok apa gelap2 ni...?

Wednesday, 18 April 2012

Panggilan Pulau Jerejak

Day 2: 8 April 2012 : Pulau Jerejak

Plan hari ni nak keluar awal pagi. Tapi lajak jugak sebab menunggu tuan puteri Myya yang baru lena Subuh. Kami dukung je dia masuk kereta dengan tak mandi pagi…tapi sedap bau masam Myya ni …hahaha 

Kami dapat panggilan telefon dari Pulau Jerejak minta kami naik bot pukul 2.00pm sebab check in pukul 3.00pm. Tapi kami minta dia siapkan bilik lebih awal sebab kami nak masuk awal…kalau tak boleh pun kami lepak je lah sampai pukul 3pm. Apa susah kan…

Sebelum ke pulau Jerejak kami pekena breakfast di Nasi Kandar Kg Melayu, Air Itam.
Huish! Memamg best! Terangkat wa cakap lu. Memang taruk ganja gamaknya. Sampai sekarang aku dok teringat-ingat. Hahaha…dasar gila nasi kandar!

Kami bungkus nasi dan roti canai buat habuan di Pulau Jerejak nanti. Malas nak patah balik pulau cari makan nanti.

Panggilan pulau hari ni disertai oleh Nenek Cun, Fahmi Aiman dan Kakak Mida yang dok merungut bosan tak dak orang bawak dia berjalan…hahaha kesiannn…

Sedikit sejarah Pulau Jerejak.. sumber wikipedia

“Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.

Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.

Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.

Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I. 

Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993. “


Sampai di Jeti Pulau Jerejak dekat dengan Queensbay kena daftar dulu kat meja kecik yang dijaga awek montel. Memandangkan kami dah tempah 2 bilik maka tambang bot adalah percuma. 1 bilik ditempah melalui voucher Groupon bernilai RM140/pernight dan 1 bilik lagi ditempah berasingan semalam dengan harga RM170/pernight. Kalau tak tempah bilik sekadar nak bersiar2 boleh beli tiket di meja kaunter dengan rate RM30-RM60 ikut umur dan hari. Boleh rujuk dalam website www.jerejakresort.com.. Boleh parking kereta di kawasan yang disediakan dengan percuma.

Kami naik bot pukul 1.00pm dan sampai ke Pulau Jerejak pukul 1.15pm. Bukan main seronok Myya dapat naik bot beramai-ramai. Kali ni bot agak besar..jadi tak berapa mencabar sangat…
 
View yang boleh dilihat sepanjang perjalanan
Dah sampai!
Kami terus check in dan hanya satu bilik dah siap. Dapat bilik di Blok Belantara. Sebelah Cafe je. Bilik satu lagi owner tak keluar lagi…Kami dapat welcome drinks fresh orange..

Persepsi pertama: Indah khabar dari rupa! Entah di mana taraf internationalnya. Bagi aku dari segi layanan hanya 2 bintang je. Tapi mungkin lebih banyak bintang jika duduk di bilik VIP atas bukit tu!

Dengan voucher Groupon kami dapat breakfast free dan out door games.

Pukul 3.30pm, che abang bersama kakak Mida dan Fahmi berkumpul beramai2 dengan beberapa lagi group pelawat di lobi untuk outdoor activity.

Jom masuk hutan!
Antara aktiviti yang boleh cuba : Suspension bridge to flying fox, wall climbing, jungle trekking, archery.
Atas titi gantung a.k.a suspension bridge

Che Abang gagah mencuba flying fox & wall climbing

Myya yang hanya tidur 4 jam tersangatlah excited dan aktif. Sampai je dah sibuk nak mandi pool dengan Fahmi. Sebab cuaca yang masih bahang aku suruh je dia mandi kat dalam bilik. Nasib baik dia ok je…

Lebih kurang 4.30pm, Mida dan Fahmi balik. Tak  best katanya…

30 minit kemudian che abang pulak balik…Memang tak best katanya…hahahaha

Sebab badan dah peluh2 terus di ajak Myya dan Fahmi mandi kolam.
Aktiviti yang dinantikan kanak-kanak riang

Kami wanita cantik hanya lepak di bilik sambil melanatak roti canai…huhuhu

Bila cuaca dah redup, aku ajak lepak kat pantai…hmmmm…sunyi sebab tak dak orang….
Antara kehijauan dan kedamaian Jerejak

Okeylah…nak rileks…layan perasaan kejap…
Banyak pokok

Dah malam ingat nak ambil angin malam sekali layan pulak Anugerah Berita Harian tu…sempat lelap lagi dengan Myya…sekali habis dah pukul 11 lebih…

Keluar bilik…alamak…gelapnya…tak bukak lampu pun….

So kami lepak je dekat Café. Tiba2 staff cakap dah tutup tapi seorang lagi cakap open 24hours..che abang yang sibuk  sangat nak minum pun orderlah….tapi alahai…alahai….tak berbaloi langsung dengan rate harga yang mahal….

Balik bilik terkebil2 paksa diri tidur….bosannya takde aktiviti malam!

Esoknya kami bangun awal untuk breakfast. Tapi geng bilik satu lagi tak siap. Tunggu punya tunggu pukul 9.30am baru nak makan. Sekali tengok….alahai…alahai…sedihnya pilihan menu. Nasi dan lauk tak bertambah dan dikemaskini…berselerak makanan dalam tray….dah macam kena makan saki baki je…
Jadi kami makan je apa yang ada buat alas perut….Al-Hamdulillah!

Kemudian kami lepak tepi pantai hirup udara pagi. Myya merengek sebab mengantuk lagi…Fahmi dah merajuk2 sebab tak layan nak mandi kolam…Kakak Mida dan Nenek Cun melepek bosan….Che Abang melayan fb…alahai…alahai…
Berjalan-jalan di waktu pagi
Disini ada disediakan basikal untuk disewa…aku dah excited nak explore Pulau Jerejak untuk tengok tinggalan penjara lama…sekali Nenek Cun bersuara “Huh! Tak payah lah pergi tempat2 tu semua..tak elok!” Alahai…alahai…sila patuh cakap orang tua!

Untuk pengetahuan, anda perlu masuk ke hutan untuk melihat tinggalan penjara yang berada di bahagian barat pulau…jika anda gemarkan aktiviti lasak dan bumi yang hijau..sila lakukan semua aktiviti penjelajahan pulau jerejak ini!

Pukul 11.00am, Che Abang, Myya, Fahmi dah berendam dalam pool…Kami wanita cantik kemas beg…takdelah apa sangat nak kemas setakat bawa baju sehelai dua je pun…melepek dalam bilik sambil minum kopi je pun…

Pukul 12.15 kami check out…oh..oh…dah ada bot menunggu di jeti…bekejar2 orang ke jeti takut kena tinggal…tapi kami masih tenang sebab naik transport khas….hahahaha
Sempoi tak? Asal usul Kancil je ni...

Tiba masa bot nak jalan, Che Abang pulak buat drama tertinggal smartphonenya dalam kereta khas..dah kena tunggu dia pulak pergi ambil handphone dan balik semula dengan lenggang kangkung tanpa muka bersalah…huh!

Sampai di seberang, hari masih awal…

Tuesday, 17 April 2012

Panggilan Pulau Pinang : Bermula!

Day 1: 7 April 2012 : KL – Pulau Pinang

Perjalanan bermula pukul 2.00pm. Santai-santai dulu sebelum gerak. Tak suka pening kepala kelam kabut…hehehe. Brunch homemade pizza roti arab. Lagi pun Myya memang bangun lambat. So biar dia jaga dulu baru gerak.

Singgah RnR Ulu Bernam untuk alas perut yang nakal berbunyi.

Dengan pemanduan yang lancar hingga cecah 140km sejam membolehkan kami sampai di Pulau Pinang pukul 6.45pm.

Padang Brown – makan pasembur
 Dah lama mengidam nak makan pasembur. Maka kami anak beranak menuju ke Padang Brown @ Padang Broom di Jalan Perak. Di sini memang ada astaka makan yang famous sejak dulu. Macam-macam jenis makanan boleh cari.
Astaka di bahagi kepada dua bahagian secara linear. Satu bahagian gerai jualan kaum Cina yang beroperasi waktu siang dan sebahagian lagi gerai jualan kaum Melayu/Mamak yang beroperasi waktu malam. Memang meriah lah!

Malam ni kami pekena pasembur (RM6), dua mangkuk sup kambing dan roti benggali (RM5), laksa (RM2), mee goreng mamak (RM3), nasi goreng ayam, ais kacang spesel, air kelapa shake spesel, milo ais, teh tarik. Memang best.

Padang Kota Lama
 
Dah ketat perut pergi exercise pulak di Padang Kota Lama. Kat sini pun meriah jugak. Layan Myya dan Fahmi main. Che Abang dan Nenek Cun buat urutan kaki (1 jam = RM20). Urutan di buat oleh pelajar yang menuntut jurusan refleksologi dari MARA. Che abang kata puas hati!

Balik rumah che abang memang nyenyak ah! Tapi Myya pulak tak nak tidur. Excited main kat rumah nenek sebab ada si kucing tua Si Sweety. Dekat Subuh baru masuk tidur.

Monday, 16 April 2012

Panggilan Pulau : Itenerary


Cuti di Pulau Pinang, Pulau Jerejak, Pulau Aman

Day 1: 7 April 2012
KL – Pulau Pinang
Padang Brown – makan pasembur
Padang Kota Lama

Day 2: 8 April 2012
Pulau Jerejak

Day 3: 9 April 2012
Pulau Jerejak
Pulau Aman
Makan Mee Mamak Rasheed @Pejabat Pos Jelutong
Bukit Bendera

Day 4: 10 April 2012
Little India – Tamilarasi – shopping rempah ratus
Pulau Aman
Queensbay Mall
Nasi Kandar Beratur

Day 5: 11 April 2012
Penang – KL
Pau Yik Mun

Sunday, 15 January 2012

Jelajah Utara Day 7-8

1 Jul 2011
Hanya lepak di Penang.
Pagi sampai tengahari asyik hujan je….
Pukul 4pm baru keluar rumah….Jalan2 di Komtar, Prangin Mall.
Malam pi jalan pulak di Pasar Malam Batu Feringghi. Macam-macam ada… Pasar malam ni memang panjang…penat lah jugak berjalan sambil dukung anak….
Paling menarik ada satu hamba Allah ni menulis khat nama2 orang dimana ia akan berbentuk burung yang berwarna warni….memang cantik…ramai juga yang tempah…kalau tak silap 1 nama RM20. Dia melukis menggunakan pensel macam crayon dank kertas lukisan biasa je….bertenggek atas kerusi kecil je…customer boleh pergi jalan2 dulu sementara dia siapkan tugas…tapi rata2 menunggu melihat hasil karya yang hebat tu…gila focus!
Dah lapar kami pi makan seafood di Hammer Bay, Queensbay Mall. Ada banyak kedai disini…masa masuk je aka nada orang yang dating jemput…..tapi denganr cerita kedai paling kanan di pintu masuk paling sedap masakannya….tapi malangnya servis agak lambat malam tu….kami makan dengan hati yang panas!

2 Jul 2011
Lepak2 rumah mak.
Noon bertolak balik KL