Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Friday, 7 December 2012

Tips naik MRT/LRT Singapore

Mula-mula dulu rasa was-was juga sebab dengar banyak cerita yang bermacam-macam . Tapi bila dah dapat naik sekali...terus keluar.."WOW! SENANG GILER!!!!" dan mula lah berharap Malaysia juga akan ada sistem seperti ini suatu hari nanti. Insya Allah.


Sistem MRT/LRT si Singapore sangat tersusun dan menepati masa. Semuanya beroperasi underground dan stesen/hentiannya dalam bangunan tertutup. Setiap stesen interchange juga akan dihubungan melalui laluan yang tertutup, juga dalam bangunan. Contoh terdekat seperti di stesen KLCC.

Setiap kawasan telah ada laluan MRT/LRT yang akan di tanda dengan warna dan di sebut sebagai LINE. Ada LINE MERAH, LINE HIJAU,LINE UNGU dan LINE KUNING. 

Jika anda ingin ke destinasi yang tidak di lalui oleh Line yang anda naiki, anda boleh tukar Line di Interchange station iaitu di tempat pertembungan LINE.

Contohnya.

  • Anda berada di Mustafa Centre dan ingin pergi ke Sentosa Island.
Caranya: Naik MRT di LINE PURPLE sahaja. Stesen Ferrer Park - Stesen Harbourfront

  • Anda berada di Orchard Road dan mahu ke Jurong Bird Park
Caranya: Stesen Orchard terletak di Line Merah dan uuStesen Boon Lay (terdekat dengan Jurong Bird Park) terletak di Line Hijau. Bagi menukar Line anda perlu melakukannya di Interchange Station.

Disini terdapat banyak Interchange Stesen yang boleh anda guna. Di Line Merah ada stesen City Hall dan Raffles Park. Di Line Ungu ada Stesen dhoby Ghout dan Outram Park. Di Line Kuning ada stesen Bishan dan Bouna Vista.

Anda boleh pilih banyak laluan sebenarnya, cuma bezanya dari segi masa dan kos. Antaranya :
  1. Stesen Orchard (Line Merah) - Stesen City Hall atau Raffles Place (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
  2. Stesen Orchad (Line Merah) - Stesen Bishan (Interchage Line Kuning) - Stesen Bouna Vista (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
  3. Stesen Orchard (Line Merah) - Stesen Dhoby Ghaut (Interchange Line Ungu) - Stesen Outram Park (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
Di sini boleh nampak laluan no 1 lebih jimat tenaga, masa dan kos.

Memang senang sangat. Cara beli tiket dan rupa MRT/LRT tu lebih kurang di Malaysia jugak. Cuma kalau di Singapura lebih mudah anda bergerak jika beli kad EZ LINK yang valid selama 5 tahun dan minima kena amount kena ada dalam kad hanya $GD3. Kad tu sama seperti Touch n Go. Boleh di beli dimana2 kedai 24 jam dan top di stesen MRT/LRT.

Jika anda beli tiket secara manual (hanya di mesin tiket), anda perlu pulangkan semula tiket tu di mana-mana mesin tiket dalam tempoh sebulan. Dan setiap tiket manual yang dipulangkan akan mendapat semula $GD1. Sebabnya anda telah di charge extra $GD1 semasa beli dan bila tiket dipulangkan maka dikembalikanlah bayaran extra tu.Kiranya beli tiket manual harganya lebih mahal gitu.

Sebenarnya ini salah satu cara yang diguna pakai untuk mendidik pengguna MRT guna kad EZ LINK. Apa tidaknya, mesin tiket hanya ada 1-3 biji di setiap stesen dan harga tiket manual pun lebih mahal. Bila nak beli tiket kena beratur panjang buang masa. Bila nak pulang tiket pun kena beratur panjang buang masa lagi. Petugas kaunter pun lyan acuh tak acuh je kalau anda pemegang tiket manual.

Adalah diingatkan kebiasaanya petugas di kaunter tidak jual tiket atau top up kerana mesin layan diri telah di sediakan. Mereka hanya akan bantu jika kad ada masalah je atau pecah nilai wang.


Thursday, 6 December 2012

Singapore Tripper Pass

Kalau anda inginkan penjimatan sewaktu melawat Singapura, anda boleh beli Tripper Pass ni yang valid selama 48 jam atau pun 36 jam. Penjimatan yang akan anda dapat melebihi 50%. Ada lebih kurang 20 place of interest yang boleh dilawati. 

Apa yang perlu di buat, sila rancang perjalanan anda. Aku berjaya guna Pass ni selama 4 hari dan lawat semua tempat yang ada supaya dapat penjimatan yang berbaloi. Walau bagaimana pun, di nasihatkan jika anda ingin bersantai, pilih destinasi yang berpatutan sahaja.







Wednesday, 5 December 2012

Kota Singa: Koleksi Tiket

Sepanjang berjimba di sini, kami lihat tiket yang diberikan sangat cantik dan terasa sayang nak di buang!
Aku susun mengikut yang terbaik!

No 1: Jurong Bird Park
No 2: Night Safari
No 3: Zoo
No 4 : Flyer
No 5: Song of the Sea
No 6: Cable Car
No 7 : USS
No 8: Luge & Sky Ride

Tuesday, 4 December 2012

Apa yang Aku Belajar di Singapura?



  • Isi Disembarkation/Embarkation form dan pastikan slipnya di simpan dalam passport. Jangan hilangkan! 
  •  Sistem pengangkutan amat teratur dan menepati masa. Anda boleh mengelilingi Singapura dengan pengangkutan awam je. Gerenti sampai.
  • Cari hotel yang berdekatan dengan MRT/LRT station.
  • Tandas awam tiada air kecuali di singki. Anda perlu bawa botol air atau tisu basah untuk bersihkan diri selepas beristinjak. Sah je kalau lap dengan tisu kering. Tapi maklumlah, orang Malaysia dah biasa bersuci dengan air. Apa yang aku buat, aku bawa je plastic foldover bottle dan isi air di singki dan juga tisu basah sebagai persediaan.
  • Foreigner lebih berhemah dan membantu bila anda bertanya atau minta tunjukkan jalan.
  • Barangan lebih kurang je di Malaysia. Tak perlu shopping lebih sangat melainkan barangan tu memang di perlukan dan lebih murah serta susah nak cari di Malaysia.
  • Mustafa Centre memang wajib anda kunjungi untuk berjimat.
  • Lebih ramai foreigner di sini di sebabkan dasar pintu terbuka dan plan meramaikan rakyat. Macam2 budaya dapat dilihat di sini. Lihat dan belajar yang elok je. Mana yang tak elok tu, pejam mata dan delete je dari ingatan.
  • EZ Link Kad (macam Touch n Go) wajib dibeli jika anda bergerak menggunakan pengangkutan awam. Kalau beli tiket MRT, jangan lupa refund dan dapatkan semula $GD1 untuk setiap tiket
  • Tripper Pass juga berbaloi jika anda pandai merancang masa. Mulakan berjalan selewat-lewatnya 10 pagi. Dan habiskan masa di luar hingga lewat malam pun tak pe sebab transport sentiasa ada
  • Shopping buah tangan lebih seronok di ChinaTown. Lebih murah dan banyak pilihan.
  • Kalau ke Sentosa, selain USS, habiskan masa anda di Imbiah point dan Siloso point je…kawasan lain tak de apa sangat pun 
  •  Map Singapore penting untuk rujuk tempat. Paling penting Map MRT. Susun jadual anda dengan merujuk2 waktu2 show istimewa di setiap lokasi lawatan.
  •  Bawa bekal air sebab cuaca agak panas dan anda perlu berjalan banyak.
  • Jarang dapat jumpa orang Melayu di town.
  • Simple English dah memadai di sini.
  • Lebih selesa jika berkunjung ke USS atau mana2 place of interest pada weekdays kerana akan lebih puas bermain dan meninjau sehabisnya.

Monday, 3 December 2012

Kota Singa: Dah! Jom Balik Malaysia



Masa nak balik ni kami kena tipu!

Lepas penat berjalan kami buat keputusan untuk ke melepak di Airport. Setelah ambil beg, kami menunggu teksi di hadapan hotel. Aku berkali-kali pesan supaya che abang tahan Blue atau Yellow Cab je. Tapi mungkin penat, che abang tahan teksi buruk!
Aku dah baca banyak komen buruk mengenai teksi sebegini. Tapi tawakal je lah sebab dia guna meter dan meter tu bergerak stabil. Sampai je di airport, aku lihat meter hanya $GD16. Hati dah lega sebab tambangnya lebih kurang macam hari pertama. Tapi sekelip mata ia bertukar $GD27. Che abang membantah dan driver tu kata teksi jenis yang dia bawa ada sort of tax yang di kenakan. So mahu tak mahu kenalah jugak bayar! Sakit betul hati. Kalau ada tax pun tak kan lah sampai 50%? Dasar penipu!

Changi Airport Singapore

Lepas check-in dan register bagasi, aku minta che abang hand-carry je stroller. Boleh pulak. Kami di beri pesan untuk tinggalkan stroller di pintu pesawat nanti. Masa kat KL, tak boleh pulak…ntahlah tak paham aku….
Show lampu ni memang menarik sebab naik turun ikut lagu yang di mainkan.
Deco di Changi Airport ni sangat cantik. Dikatakan anda perlu masukkan Changi Airport sebagai salah satu lokasi wajib dikunjungi jika datang ke Singapore. Banyak yang boleh dilihat di sini!
Sementara menunggu kami makan KFC. Di sini pun saiz hidangan lebih besar dari Malaysia. Aku terkilan sebab tak boleh makan McD Singapore lagi sebab hanya ada di Terminal 2. Malas pulak nak ke sana..bukan rezekilah tu….

Tak jumpa McD, makan KFC pun bolehlah....tengok tu burgernya double saiz di sini
Flight ke KL delay sekejap sebab hujan lebat. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai di LCCT,KL pada pukul 11.50pm.

LCCT Kuala Lumpur

Dah sampai KL...Myya suka sangat M&M ni
Sampai KL je kami terus book teksi dan bayar lebih kurang RM70 untuk ke Kajang. Teksi yang kami dapat sungguh buruk dan drivernya yang berketayap mengeluh bila di beritahu alamat. Katanya susah dan tak tahu jalan. Bila che abang kata akan tunjukkan jalannya..muka masih masam dan terus angkat bagasi macam terpaksa.

Dalam teksi, semua tingkat di tutup dan air-cond tidak di buka. Aku dah berpeluh panas, Myya dah merengek tak selesa. Che abang minta driver kuatkan aircond tapi dia buat tak dengar je. Che abang terus buka sedikit tingkap sebab kami dah rasa lemas. Sebenarnya aircond ada tapi driver slowkan. Awal2 tadi terasa jugak sejuknya.

Driver ni tak kata apa2 tapi aku rasa dia marah sebab lepas tu dia terus pecut teksi sampai kecut perut aku. Aku peluk je Myya. Bila che abang cuba tunjukkan jalan dia macam bengang je dan berlagak pandai…mungkin dia dah tahu jalan.

Sampai je tempat di tuju, driver ni berhentikan teksi, buka but, keluarkan beg kami, letak tepi jalan, masuk teksi, terus pecut! Sepatah haram tak bercakap, senyum jauh sekali. Kami ditinggalkan di tepi jalan macam tu je….memang kurang ajar! Langsung tak bersyukur dengan rezeki yang diberi!! Mahu je aku menyumpah terus-terusan! Hmmm aku tahan je….hanya sedikit dugaan yang Allah beri….

Lepas berterima kasih dengan pak Poji…kami terus gerak dan sampai rumah dalam pukul 1.30pagi.

Terima kasih Ya Allah kerana kegembiraan yang Kau berikan kepada kami.
Macam-macam pengalaman yang aku belajar di sini.

Sunday, 2 December 2012

Kota Singa: Mesti Makan?



Restoran Zam-Zam (opposite Masjid Sultan) (Murtabak & Nasi Briyani)

Sampai je di sini kami terus cari Restoran Zam-zam. Keluar dari MRT Bugis belok kiri, jalan terus hingga jumpa Raffles Hospital (kanan), lintas jalan dan follow je sign ke arah Masjid Sultan. Restoran Zam-zam ni sebelah je dengan masjid. Kat tepi jalan je.

Kami nak rasa sedap sangatkah nasi briyani dan murtabak Singapore yang sering di sebut2. Hingga kan ada yang kata tak lengkap kalau datang Singapore tapi tak makan murtabak di sini.
Suasana restoran macam kedai mamak di sini atau lebih tepat sama macam Restoran Hamediyah di Penang. Sebijik rekabentuk dan susun atur meja kerusi periuk dan lain-lain. Cuma yang takde mamak yang kainnya di ikat gulung ke pinggang je…hehehehe

Kami order nasi briyani ayam ($GD6), murtabak daging ($GD5), milo ais ($GD2), the tarik ($GD1.20), air sejuk ($GD0.50) =$GD 14.70


Semuanya sedap….thats why they said it was “The Best In Singapore”, tapi kesedapan tu tak boleh tanding menu yang sama di Malaysia especially Penang! Di Singapore memanglah the best kot…aku pasti masih ada restoran lain yang boleh sajikan standing kesedapan tu…

Restoran Deen @ Jalan Sultan (Sup Tulang Merah)

Then kami cari pula Sup Tulang Merah. Lepas tanya orang, restoran Deen yang terdekat pun di sekitar Jalan Sultan juga….

Sedap tapi hati2 lah sebab tak mungkin semua orang boleh terima….selain pewarna merah yang terlampau pekat….aku terus sakit tekak….tapi aku habiskan jugak sepinggan…hehehehe…alahai tulang je besar tapi isinya sikit je pun…..

Boleh je makan cecah roti atau ratah je….kalau nak makan dengan nasi putih agak pelik sebab nasik tukar warna merah darah…hehehehe

Tapi aku tak akan rasa ralat kalau tak ulang semula makan menu ni….Sup Meletop di Cheras lagi best!

Tapi ada satu lagi makanan aku di sana yang rasanya tak jumpa di Malaysia..

Heheheh...apa boleh buat...jimat punya pasal!
 

Saturday, 1 December 2012

Kota Singa: Little India & Mustafa Centre


Bila anda berjalan-jalan di Little India, anda pasti merasakan seperti berada di India kerana Orang dan suasananya.

Hotel Arianna di sebelah restoran Telapak Kaki ...hehhee...Restoran Bismillah bangunan kuning tu.

Kami balik semula ke Little India untuk shopping di Mustafa Center. Kali ni kami eksplore semua tingkat dan bangunannya….apa yang boleh dikatakan adalah WOW! Anda tak perlu ke tempat lain untuk dapatkan barangan keperluan hidup!


Dari barangan dapur ada beribu-ribu jenis barang/brand, perkakas elektronik, perhiasan rumah, baju kasut, eksesories, minyak wangi, bedak, sabun, computer, coklat, bakery, bla..bla…bla...
Semua barang di sini halal dan original. Itu di sahkan oleh managernya.

Bagi belian melebihi $GD100 boleh claim GST

 Kalau anda kata tak jumpa apa yang anda cari…cepat-cepat tanya kepada pekerja sebab dia akan tunjukkan, tapi kalau anda kata barang yang anda cari tak ada, itu memang sesuatu yang pelik. Jika anda kata brand yang anda cari tiada di situ mungkin saya percaya, tapi agak was2 juga sebab pelbagai jenama ada di situ….

Bayangkan kasut Nike, Adidas, Reebok, semuanya original dan dilunggok2 je macam kat pasar malam…minyak wangi original macam2 jenama disusun gitu2 je atas rak…..jauh beza di shopping Complex yang semua barang di display dengan edisi terhad dan kadang kala berkunci!

Ada harga sama macam di tempat lain, ada yang sederhana mahal dan ada yang BETUL-BETUL MURAH hingga tak masuk akal!

Aku akan datang lagi jika diberi peluang ke Singapore!

Ni gambar hari pertama sampai