Saturday 31 December 2011

I will remember you 2011


2011 semakin hilang
2012 pula menjelma

Biasanya setiap tahun pasti ada azam baru...
Aku dah buat azam pada tahun hijrah...
Ada azam baru...
Ada juga azam yang sama saban tahun..
Masih belum tercapai...
Asyik renew je....

Takkan tak ada yang tercapai...
Adaaaaa...banyakkkkk....
Aku bukannya buat satu azam je...

Cuma yang itu satu la jugak tak tercapai!
Bukan tak berusaha...
Dah bermacam cara dan strategi...
Tahun ni sedikit lagi nak tercapai...
Tapi tak tercapai jugak!

65kg. See you this year!

Friday 30 December 2011

Saya bin Ibu Saya

Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup
untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr


Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”


Thursday 29 December 2011

Saya kawan Tan Sri.....

1.20pm

Perbualan dengan customer.
Intro...bla..bla..bla...

C: Saya Y****b. Saya ni kawan lama Tan Sri. Saya dulu satu sekolah dengan dia. Dari sekolah rendah lagi. Kami ni dah macam kawan baik (ala-ala BFF gitu). Rumah saya dekat dengan rumah Tan Sri dulu. Tan Sri suka main bola. Petang2 kami selalu main bola sama2. Dia pandaaaaiiiii main bola. Cekap sungguh....bla...bla...bla...

Customer bercerita tanpa henti hampir 4 minit....
Aku tak sempat menyampuk pun...aku diam je mendengar.....

C: bla...bla...bla....pendek kata saya ni memang baik dengan Tan Sri!
A: Rapat sungguh hubungan encik ya. Masih berhubungan dengan Tan Sri. >>>dari cerita dia aku jangka macam dah di tokok tambah....tapi aku cuba cut short...
C: Memang rapat. Family dia pun dah macam family saya sendiri. Tapi itulah....Tan Sri tu sibuk memanjang....payah benar nak ajak minum kopi pun......
A: Hmm...maaf ya...saya memang seronok nak dengar kisah encik lagi..tapi ada banyak call masuk sekarang ni...ada apa2 yang saya boleh bantu encik?
C: Saya nak pakai duit sekarang ni....boleh di katakan kecemasan....saya tahu sekarang ni urusniaga di tangguh...tapi tak ada cara lain kah?
A: Maaf encik...kami memang tak boleh hentikan proses yang sedang berjalan sekarang ni. Ia amat berisiko tinggi jika dilakukan.
C: Kalau saya buat rayuan?
A: Setiap tahun ramai yang buat rayuan. Tapi biar saya terus terang saja...tiada satu pun yang berjaya mendapat kebenaran.
C: Tapi ini melibatkan antara hidup dan mati. Tak kan tak boleh tolong. Biar saya bercakap sendiri dengan Tan Sri.
A: Maaf encik. Untuk pengetahuan encik. Tan Sri pun pernah memohon perkara sebegini. Tapi bila kami jelaskan semua risikonya, dia faham. Lagi pun encik, tempoh penangguhan ini dilakukan setiap tahun pada tarikh yang sama.
C: Oh! Tan Sri pun kena jugak? Hahahaha...Tak pe lah...Biar saya call Tan Sri sendiri...tak kan kawan tak boleh tolong kawan kan?
A: Saya minta maaf sekali lagi ya....Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu?
C: Terima kasih. Saya nak call Tan Sri terus.
A: Terima kasih kerana memanggil.

Note: Macam-macam taktik yang digunakan sekarang ni! Alasan kecemasan melibatkan hidup dan mati ni setiap tahun ada...

Wednesday 28 December 2011

Pulut Durian Sira Santan


source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 40 minit
Serve : 4

Bahan Utama
Durian

Bahan Pulut
2 cawan beras pulut - basuh & rendam 30 minit
1 cawan air
100 ml santan pekat
1 sudu besar minyak masak - berfungsi supaya butiran pulut tidak melekat
Garam
Daun Pandan

- Alas periuk kukus dendan daun pandan
- Toskan beras dan tuang atas daun pandan. Kukus 30 minit.
- Keluarkan pulut yang masih setengah masak dan gaulkan dengan air,santan,minyak,garam.
- Kukus semula lagi 30 minit hingga pulut masak sepenuhnya. Tambah dan gaulkan santan/air jika perlu.
- Jika beras sudah lama direndam, masa mengukus dapat disingkatkan.

Bahan Sira Santan
Santan Pekat
Sedikit Garam

-Gaulkan

Cara makan
- Sirakan santan pada pulut dan isi durian. Jumlah siraman santan bergantung pada selera.

Tuesday 27 December 2011

Oh! Durian!

Beli di Banting.....
Buah tangan dari enche abang


Musang King

D24

Masih kempunan..
Durian Udang Merah yang betul-betul merah isinya!
Semoga dipertemukan dengan mu walau sekali seumur hidup ku..:-P


Monday 26 December 2011

Pujukkan Lentok Myya

Sejak dari kecil aku ajarkan perkataan Maaf dan Terima kasih kepada Myya..
Setiap hari pasti ada aku selitkan...
Jika aku marah, buat silap, dan lain2 perkara tak sepatutnya...
Dialog tersebut ini pasti ada...

"Oh!Mak tersilap. Maafkan mak ya...maaf ya,"
"Hmmm...maaf!"
"Terima kasih!"
"Ma sehhhhh"

Tapi kini...
Myya lebih senang sebut "soyiiiiiii"..
Aik???? mungkin belajar dari kawan-kawan....

Yang bestnya...tiapkali dia buat silap...
Atau buat mak merajuk >>>ntah hape2 ngan anak pun nak merajuk

"Soyiiiii.....mak jangan marah Myya...."

Bunyinya sangat lembut dan ikhlas...
Memang mak tak jadi marah nak ooooiiiii! 
Lentok baik punya!

Sunday 25 December 2011

Cili Padi Sarawak

Kecil-kecil cili padi...
Ramai yang kata ia pedas berapi...
Tapi bagi aku tak sepedas cili api melaka...
Walaubagaimanapun aku sangat suka cili ni...
Tak perlu potong....tabur je dalam masakan...
Memang best!
Rangup!


Saturday 24 December 2011

Asam Pedas Ikan Pari


Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 3
Preparation time: 30 minit

Bahan A
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi 
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup
2 sudu makan cili kisar

Bahan B
1 batang serai

Bahan C
1 sudu kecil pes asam jawa
3 sudu besar air

Bahan D
1 bunga kantan -belah 2
1 biji tomato- belah 4
5 batang bendi
5 potong ikan pari (350g)

Bahan E
3 sudu besar minyak
Garam secukupnya

Cara
1. Kisar Bahan A dan B. Tumis hingga wangi
2. Masukkan Bahan C - Didihkan api perlahan hingga pecah minyak
3. Masukkan Bahan D + garam. Biar mendidih hingga bendi empuk dan ikan masak.

Tips > Tomato masukkan pada penghujung waktu masakan supaya tak terlalu lembik

Friday 23 December 2011

Thursday 22 December 2011

Pulut inti pedas


Bahan Inti Pedas
2 cawan kelapa parut
1/4 cawan campuran udang kering dan ikan bilis - tumbuk kasar
1 biji bawang besar (M) - tumbuk kasar
1 batang serai - tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar cili giling
1 sudu kecil jintan manis
Garam dan gula secukupnya

-Gaulkan kesemuanya
-Masak hingga kering

Bahan pulut
5 cawan beras pulut susu
1 cawan santan
5 cawan air
1 sudu besar pandan kelapa emulco/2 helai daun pandan
Garam secukupnya

-Tanak atau kukus hingga masak

Note : Asalnya nak buat pulut panggang, tapi daun pisang habis stok daa....

Sumber: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 15
Preparation time: 40 minit

Wednesday 21 December 2011

Kuih Kekara

Buah tangan rakan sekerja yang outstation ke Sarawak....
Namanya Kuih Kekara..
Manis Lemak Rapuh...
Sedap...
Dah makan tak boleh berhenti...


Bahan yang digunakan adalah tepung beras, santan, kelapa, marjerin, garam dan gula..
Resepi lengkap belum jumpa

Tuesday 20 December 2011

Hobi dolu-dolu - Nama negeri

Zaman dulu-dulu, belum ada komputer canggih....
Yang ada cuma typewriter..itu pun bapak tak bagi main....
Tapi bapak ada ajar anak2 jadi kreatif....
"Cuba main sesuatu yang boleh buat jadi pandai...ini tidak melompat sana sini..baca buku pun tak," antara keluhan bapak yang selalu didengar...
Alahai bapak..kami main lompat2 tu nak cerdaskan otak dan cergaskan badan la..:-P
Okaylah...hari ni main senyap-senyap je....
Main apa?

Main nama negeri....
Apa benda pulak tu????
Mainan ni memang akan menguji pengetahuan....
Cara bermain?
Lukis 6 kolum di sekeping kertas...
Setiap kolum dikategorikan dengan Nama,Negeri,Buah,Benda,Binatang dan akhir sekali Jumlah..

Laaaaaa dari kategori ni la yang dapat nama...tapi kenapa namakan dengan dua kategori je?
Mainan ni sebenarnya takde nama spesifik....
Jadi dengan menyebut 2 kategori pertama pun orang dah paham....
Ada paham?

Salah satu pemain akan diminta beri satu huruf..
Kemudian bina perkataan menggunakan huruf tersebut di setiap kategori...
Setiap jawapan yang betul akan di beri 20 markah yang jumlah keseluruhan adalah 100...
Jika jawapan sama dengan pemain lain, markah akan diberi sama banyak untuk kategori tersebut..
Setelah selesai, giliran pemain lain pula yang beri huruf.....
Contohnya.......

Nama
Negeri
Buah
Benda
Binatang
Jumlah
Badar/20
Belanda/20
Betik/20
Bola/20
Beruang/20
100
Tina/10
Tanzania/20
Timun/20
Tali/5
Tenggiling/20
75



Mainlah sampai habis huruf atau sampai dah penat pikir....
Siapa yang menang dengan mendapat jumlah markah tertinggi akan mendapat kuasa untuk mengarahkan rakan2 lain buat sesuatu untuknya....HAHAHAHA *evil*
Kadang kala akan berlaku pergaduhan jugak...
Siapa yang hampir kalah biasanya akan melakukan provokasi.....
Asal nak main senyap-senyap akhirnya kecoh....
Maka rotan pun sampai....Hahahahaha
Seronok!
Jom main!

Monday 19 December 2011

Musim Buah Kembali Lagi....

Setiap bulan che abang mesti balik kampung jumpa omak...
Kadang 2 kali sebulan....
Kalau ada kenduri lagi kerap balik....
Seronok balik kampung sebab ada macam2 aktiviti boleh di buat...

Awal bulan kami dah balik....
Suasana macam biasa....
Tapi pokok rambutan, manggis, langsat, durian dah berbuah muda..
"Minggu dopan balik la lae...maso tu durian dah ghahat, buleh la makan," ulang omak berkali-kali masa kami nak balik...

Hari Sabtu lepas ada kenduri rumah sedara di Felda Lui Selatan..
Kesempatan ni kami ambil untuk terus pulang ke kampung..
Lagi pun memang kena kesana untuk bawa omak ke majlis kenduri..
"Nanti buleh la kutip buah, banyak yang dah masak tu..," mak bersuara.
"Yes mother!" che abang pantas menjawab..
"Manggis ada tak mak?" aku pulak menyibuk..
"Ado, kono copek amik, nanti haabeehhh di makan boghuk!"
"Yes mother!" speaking omputih pulak che abang ni...anak yang taat!
Balik je kenduri...
Wahhhh semerbak bau durian....
Berbakul2 durian kampung di bawak balik bang Jang...kutip kat kebunnya..
Malam tu pulun makan durian....hmmm macam makan ais krim pun ada...

Kalau ada "durian tergolak" tu kami perisi isinya buat tempoyak...
Hmmm sebesen tempoyak kami dapat...
Tu pun berlebih2 buahnya!
Heaven! Sila lupakan diet anda!
Tempoyak.....the making of...
Esok paginya...
Che abang dan bang Jang dan anak buahnya memulakan operasi...
Dua jam kemudian...
Inilah hasilnya....


Masa ni lah kita boleh jumpa ramai "sedara buah"
Tapi omak seronok sebab dapat bersedekah kepada sedara mara...
Kami pun tak berkira sebab buah berlambak2...
Memang tak habis makan!
Syukur...terima kasih Allah

"Minggu dopan balik la laei...sayang buah banyak ranum,"pesan omak lagi..
"Minggu lagi satu lah mak ye...," che abang jawab
"Ish..sayang la...banyak buah masak tu..." omak pujuk lagi..
"Dont worry mother...minggu dopan ramai yang balik...Cayolah mak," pujuk che abang lembut...

Hmmm minggu depan Alang dan Ateh sekeluarga nak balik....
Along pun nak balik jugak....
Dont worry mak...ramai yang akan habiskan buah tu!

Note: durian tergolak = durian tergelak = durian yang dah merekah

Sunday 18 December 2011

Salad Campuran dengan Sos Avocado


Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve: 2
Preparation time: 20 minit

Bahan A - Salad 
8 ekor udang (L) - rebus & buang kulit
1 biji kentang (L) - rebus & potong dadu
3/4 biji buah avocado - potong dadu
4 biji tomato cherry - potong baji
1 biji limau nipis - perah jusnya
2 biji cili padi - hiris (buang biji)
1 biji cili hijau - hiris kecil (buang biji)
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya

Bahan B - Sos
1/4 biji buah avocado
2 sudu besar mayonis

Cara
1. Gaulkan bahan A
2. Sebatikan (lecek/kisar) bahan B
3. Gaulkan Bahan A dan B

Saturday 17 December 2011

Sup Ayam & Cendawan Berempah


Source: staranisecafe.blogspot.com
Serve : 2
Preparation time: 20 minit

Bahan A
2 sudu besar minyak masak
1 bawang besar- hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 sudu besar rempah sup + 3 sudu besar air = pes

Bahan B
1/2 batang carrot
10 kuntum cendawan tiram
3 ketul ayam

Bahan C
1-2 cawan air

Bahan D
Garam secukupnya
Bawang goreng

Cara
1. Tumis Bahan A hingga wangi. Masukkan Bahan B. Gaul
2. Masukkan Bahan C. Didihkan
3. Masukkan Bahan D secukupnya

Friday 16 December 2011

Perjanjian Emak dan Anak

Kesian anak mak!

Bulan lalu, Myya mengalami demam, selsema dan batuk....
Ia berpanjangan lebih seminggu....
Mak dan Ayah bergilir-gilir ambil cuti agar Myya sentiasa di depan mata...
Myya tak mahu makan...tak mahu ubat....
Keadaan semakin teruk..
Myya hanya terbaring, lemah, lembik, menangis non stop, gelisah, mengamuk marah...

Pada hari ke lapan...
Di satu malam yang tenang...
Myya pun dalam keadaan tenang, mata pejam ...
Mak menepuk perlahan untuk tidurkan Myya....
Hati mak luluh melihat Myya yang semakin kurus....
Mak berdoa biarlah mak saja yang menanggung sakit tu...
"Myya, bagilah sakit Myya tu pada mak, biarlah mak tanggung, tak sanggup mak tengok Myya macam ni, biarlah mak yang sakit, takpe..mak boleh makan ubat," bisik mak perlahan
Myya hanya angguk lemah....
Malam tu Myya tidur lena....

Esok pagi, mak dah mula rasa seram sejuk...bisa hingga ke tulang....
Ya Allah, jika beginilah sakit yang Myya tanggung, memang berat....
Badan yang dewasa pun rasa tak tertanggung....
Myya dah semakin sembuh...walaupun tidak sepenuhnya....

Mak demam teruk seminggu....
Tapi mak redha...
Myya seperti sedih melihat mak terbaring lemah....
Bila mak lihat Myya masih gelisah akibat selsema....
Mak mohon lagi "Myya sembuhlah sepenuhnya...kenapa tak beri semua sakit tu...biarlah mak yang tanggung..."
Pantas Myya menjawab "Taknak...tak nak...takpe..sakit takde...sian mak..., Ayah! boh ais mak demam."
Mak terharu....

Begitu kuat kasih sayang emak kepada Myya...
Begitu kuat juga kasih sayang Myya kepada Emak...
Terima kasih Ya Allah....

Kasih sayang mak dan Myya kepada Ayah pun sangat kuat...
Ayah tak boleh demam...nanti siapa nak jaga kami berdua? :-P

Thursday 15 December 2011

Apam Yogurt


Sumber : Yani MYR
Serve : 2-4
Preparation time : 1 jam

Bahan A
100 g susu sejat
1 sudu besar cuka/jus limau

Bahan B
2 biji telur (A)
3 sudu besar gula

Bahan C
150g tepung
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk vanilla

Bahan D
1 sudu besar minyak

Cara
1. Campurkan Bahan A. Biarkan lebih kurang 30 minit hingga menjadi kental = yogurt
2. Pukul Bahan B hingga kembang. Campurkan Bahan A dan D. Sebatikan.
3. Masukkan Bahan C yang telah diayak sikit2. Kaup balik dengan spatula.
4. Kukus 20-25 minit. 

Wednesday 14 December 2011

Teh dangdut vanilla

Source : staranisecafe.blogspot.com
Serve: 2
Preparation time: 15 minit


Bahan Teh
2 sudu makan serbuk teh vanilla
2 cawan air

- rebus hingga pekat..tinggal secawan

Bahan Susu
1/4 cawan susu cair
5 sudu makan susu pekat
2 cawan air panas

- bancuh dan tarik hingga berbuih dalah gelas

1. Tuang susu berbuih dalam gelas bersama buihnya
2. Tuang teh pekat perlahan2 ditepi gelas

Note : Serbuk teh vanilla beli di Cameron Highland....nyaman ah minum kat ladang teh tu!

Tuesday 13 December 2011

Mak tak payah keje!

Sejak bulan October 2011 - Dec 2011...
Jadual Sabtu Ahad kerap dipenuhi dengan kelas dan kursus...
Kalau ayah outstation, Mak kena minta jasa baik opah tolong jagakan Myya...
Tapi sekali je...selebihnya ayah berjaya adjustkan jadual....
So ayah jaga Myya pulak full time....

Last week mak kena berkursus, pagi hingga petang, sabtu dan ahad juga....
Habis kursus mak terus balik rumah...mak main dengan Myya....
Mak layan sampai 1 pagi sebab Myya tak nak tidur....

Tapi malam ahad tu Myya betul2 tak nak tidur sampai 7 pagi Isnin....

m:Mak tak payah keje...Biar ayah keje...
M:Tak boleh la macam tu...mak tak cuti esok...
m:Mak tak payah keje...Myya nak mak....Ayah saje keje...

Ayat tu Myya ulang-ulang ...berkali-kali....
Mak pujuk2 pun masih sama...
malah Myya dah mula nangis-nangis...

Oh! Myya rindu mak rupanya....
Oh! Mak sayu....

Monday 12 December 2011

Myya melatah?

Sejak beberapa bulan lalu lagi mak dah perasan..
Tiap kali bermain dan melompat...
mesti akan terdengar perkataan tu....
Mula tu perlahan dan jarang-jarang je....
Bila ditegur...Myya sengih je....
Bila dah terlepas cakap..terus tutup mulut bila mak jeling..
Kemudian bunyi makin kuat...tapi kadang-kadang je...
Masih kelam kabut tutup mulut nampak mak jeling...
Tapi dah ada bunyi oooppppssss....
Tapi sekarang ni dah makin melampau pulak....
Makin tegur makin hebat pulak bunyinya.....

m: Opocot!
M: Apa apocot..opocot ni?
m: Oppppssss soooyyiiiiiii....

sambung lompat....tiba-tiba

m:opocot!
M: aik? opocot lagi?
m: alahhhh...Myya nak pocot pun tak buleh....>>>pelan je merungut...
M: merepek je tau!
m: oooo kkkkk...soyi mak!

kemudian sambung melompat...kali ni lagi hebat..

m: opocot pocot pocot pocot pocot!
M: apa pulak tu?
m:opppssss! takde..takde....

1 minit kemudian...

m: opocot  pocot pocot pocot pocot....
M: Haih...nak bagi mak marah ka?
m: Myya nak pocot..pocot je...
M: No!

Latahan masih berterusan walaupun ayah campur tangan....
Akhirnya....

A: Biarlah dia...bukan dia paham pun...lama2 diamlah...
M: Geram la dengar!

Bila mak ayah buat dhek je...boleh pula tak sebut lagi....
Otomatik....sesekali bila teringat je ada bunyi!

Sunday 11 December 2011

Kastad Labu


Sumber: staranisecafe.blogspot
Serve : 5
Preparation time : 1 jam

Bahan A
1 biji labu (S) 

Bahan B
2 cawan air
3 sudu kecil serbuk agar-agar
1/4 cawan gula

Bahan C
1 biji telur (C)
2 sudu besar serbuk santan
1 cawan susu rendah lemak
3 sudu besar tepung kastad
sedikit garam

Cara
1. Tebuk labu di bahagian atas. Buang biji dan serat menggunakan sudu
2. Kukus Bahan A hingga lembut lebih kurang 15-20 minit
3. Didihkan Bahan B
4. Kisar/sebatikan Bahan C. Masukkan dalam Bahan B. Kacau. Biar didih sebentar.
5. Tuang adunan dalam labu.
6. Sejukkan hingga adunan mengeras
7. Potong ikut pangsa labu sebelum dihidangkan

Tips : Sukat muatan air dalam labu sebelum sediakan kastad. Penuhkan adunan kastad hingga penuh labu