Showing posts with label Chat. Show all posts
Showing posts with label Chat. Show all posts

Thursday, 1 January 2015

Wednesday, 31 December 2014

Write new book

Awal muharam dulu dah start tulis buku baru
Tapi like hot hot chicken shit
Kali cuba sekali lagi
Berusaha!



posted from Bloggeroid

Monday, 23 June 2014

A short visit to KLIA2

Sabtu lalu
Ayah balik dari Jakarta
Kena pi jemput pulak
Manja betul
Tapi bagus jugak
Kita boleh explore klia2
Harap ada taman mainan besar kat sana untuk myya salurkan tenaga
Jom...lets..

Klia2 ni jalannya menuju ke klia
Lagi 2km kot sblm sampai klia

jom parking dulu

Rupanya kat sini ada 2 building
1 building mall tempat utk habiskan duit
1 lagi building terminal utk naik turun kapalterbang

Ada banyak kedai dan butik baju..
Kedai makan paling banyak
Sepah2 segala macam menu
Siapkan duit je..heheheh


ni kat mall


ni kat terminal
Penuh je dengan orang dan beg
Cantik2 fesyen beg sekarang
Macam2 kaler dan bentuk

manalah ayah ni tak sampai o_O

Kesimpulannya seronok la melepak sana sambil menunggu..
Boleh habiskan duit...

Tapi paling hampa..
Takde children playground yang didambakan myya
Sedih tau..
Tu pun tak leh pikir nak buat ke
Hampeh!
posted from Bloggeroid

Sunday, 15 June 2014

Happy Father Day

Selamat Hari Ayah
Myya love ayah sooo much
Mmmuuuaahhhh

Kita makan kek je lah ayah
Kat Secret Recipe
Mak tak masak spesel
Dia diet!

Muahahahaha...
posted from Bloggeroid

Friday, 30 May 2014

Hantaran utk adik ku

I order cream puff utk makan2..
Fruit tart yang marvelous gila utk salah satu dulang hantaran..


Kelembutan puff ni....hmmmm nyaman masuk tekak...

Fruit tart yang comel dan gemilang..
Makan dengan kopi hazelnut...perghhh
.perghhhhh....tak perasan aaahhh dah masuk banyak bijik dalam mulut ni...perghhh....perghhhhh (tak habis lagi :-P)

Ni telah dikotakkan...cantik le...mcm nak simpan je...

Cepat order dari akak cantik yang ramah tamah ni...banyak baik ini orang....betulll...


Lynn sweet sensation...
Ingat fb ni..
Macam macam boleh order.
Akak ni pakar ooo.
Macam macam design boleh mintak
Semuanya sedap bangat sih..
Perghhhh..perghhhh...perghhhh..(sambung tak abih lagi..hahaha)

Thanks jugak utk Kak Dina yang jadi buat spesial delivery...
Ini pun banyak baik punya orang...

Eh...aku pun baik jugak...
Tak caya tanya laki den...
Anak den lagi laju angguk...

Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Sunday, 11 May 2014

Menu istimewa Hari Ibu



Lamb chop
Buttered vege

Sendiri bikin
Sendiri makan
Yummeh

Bahan perap: minyak,jintan manis,jintan putih,lada hitam, sos lea perin,garam
posted from Bloggeroid

Wednesday, 7 May 2014

Happy Mother Day

Myya write...
"Mother was our door to this dunya."
"Mother will be our door to jannah"
"I love you mom"

Im sooo melted...






All gifts made together with teacher at school.

Ooo Allah...bless us..amin
posted from Bloggeroid

Tuesday, 11 March 2014

Habis Terbakar Dapurku

10.30pm 10.3.2014
Ayah dan mak dah ngantuk
Tapi Myra segar je buat homework
Tiba-tiba Myya mengadu lapar
Siap buat aksi sakit perut lapar..drama..
Alahai sian pulak

Bangunlah ke dapur
Goreng ayamas drummet 5 ketul
Dah siap tutup api angkat ke depan
Myya minta suapkan pulak
Duduklah melayan tuan puteri sorang tu..

Lepas 10 minit..
Ada macam bau asap kuat..
Buat tak tahu je sebab kadang ada jiran sebelah yang rajin masak tak kira waktu..

5 minit kemudian
Bau asap makin kuat..
intai dapur kejaplah
Tapi dalam hati confident sebab dah padam api tadi

Sekali hambik kau
Rupanya api dapur tak padam
Periuk dah legam
Sepantas kilat padam api
Tapi asap masih keluar dari dalam periuk bertutup..
Bukak lah...kang satu rumah bau asap...

Opocot ko!
Buka je tudung api menyala tinggi dari dalam periuk...
Dah panik...
Jerit panggil ayah...

Ayah pulak sepantas kilat tadah air nak jirus
nasib baik sempat halang
minta ayah basahkan towel..
Ayah pulak sebab api besar..
payah pulak nak tebar kain basah tu tutup..
tanpa pikir panjang di campak je kain ke dalam api
Apa lagi menjulang api sampai ke bumbung
minyak terpercik kat ayah..sian ayah melecur sket..
Ayah panik punya pasal terus siram air
bertambah menjulang api membesar
mak dan myra dah terjerit-jerit
Tapi kemudian api berjaya di kawal
nasib baik ayah baru je kemas stesen dapur..
kira stesen tu takde barang kecuali periuk yang dah legam tu

Akibatnya habis lingkup hood dapur aka corong asap tu..
nasib baik dinding berjelaga je
Sepantas kilat ayah sental supaya jelaga hitam tu tak memburukkan dapur
Aku pulak pujuk myya yang panik langsung tido...
Sian ayah kemas dapur sensorang...
Thank you ayah memang baik hati...

Pengajarannya...
janganlah cuai...
kalau berulang lagi..
jangan bukak tudung periuk tu!
Yang peliknya aku punya panik sampai tak boleh bergerak kecuali mulut je berbunyi
Ntah hapa-hapa
Nampaknya ayah dapat satu lagi job title : Mr Fireman!

Dah! Balik pi cari fire extinguisher
Malang tak berbau!

Sebijik ginilah api marak menjulang dan melingkupkan hood aku!

Friday, 21 February 2014

Polis Sekolah

Alkisah ada yang bertanya.
Best ke jadi pengawas sekolah?
Sebab anak dia bakal dilantik. So masih dipertimbangkan untuk menerimanya.

Hmmmmm......
Aku hanya berpengalaman menjadi pengawas sekolah dari Darjah 3 hingga darjah 6
Masuk sekolah menengah, aku tolak segala tawaran..tiap tahun cikgu offer..aku tak mo..
kenapa? sebab dah malas nak amik port jaga tepi kain budak lain
lagi pun aku rasa tugasan pengawas sekolah ni tak menentu dan menggangu ketenteraman diri..
terpaksa ponteng kelas dan buat rombongan ramai-ramai spot check bag
terpaksa balik lambat atau datang awal ke sekolah sebab menjaga budak2 keluar masuk sekolah
terpaksa bermasam muka kalau dapat tangkap member sendiri
terpaksa jaga pintu gate sekolah
terpaksa jaga kelas sebab guru nak mesyuarat
terpaksa itu terpaksa ini
eh....kenapa semua terpaksa ni? tak ikhlas ke?
hmmmm...kadang tu ikhlas tapi lebih banyak kena paksa...

eh...bukan ke pengawas ni dikalangan budak pandai...mesti pandai kawal situasi...
Poooodah.....dalam banyak banyak pengawas yang aku kenal boleh bilang le dengan jari yang selalu jadi pelajar dalam ranking terbaik...
Itu dulu la....sekarang budak budak bijak kot...

Lepas tu aku sendiri pun tak suka pengawas ni...
Berlagak nak mampous sebab kononnya ada kuasa...
lebih lagi kalau dikalangan cha ya nun alip dan cikgu jaga pun sebangsa...
yang budak m....yu ni asyik kena buli buat macam-macam
Benci aku!

sekarang ni kalau aku jumpa bangsa ni yang dulu berlagak...
sekarang jadi orang biasa2 je pun....otak udang!

So kalau anak-anak terpilih nak jadi pengawas sekolah ni...
pertimbangkan ikut senario...dan kemahuan anak tu jugak..
Jangan di paksa..


Adakah aku menyesal jadi pengawas sekolah ni....

YA! Sebab aku di "balachikan" tanpa sedar
TIDAK! Sebab itulah pengalaman yang bukan semua orang dapat merasanya...

Habis tu,,nyesal ke tidak?

NEUTRAL!

Hahahahaha

Sunday, 15 December 2013

Wednesday, 23 October 2013

Kenal Dulu Betul-Betul Personaliti Diri



 Oleh Murshid Eunos @ mymetro

Siapa mampu meneka karakter seseorang individu dengan tepat. Lain orang sudah tentu berlainan personaliti dan perwatakan diri. Justeru, sejauh mana kita kenal seseorang itu termasuk keluarga sendiri, ada juga terselit sekelumit jiwanya yang tidak mampu kita fahami dengan sempurna.
Kalau dilihat daripada prospek kawan dan sahabat, aspek keserasian dan persefahaman adalah kunci utama yang mengakrabkan lagi antara dua pihak. Kerana persamaan karakter dan minat, dua individu itu menjadi baik.
Tapi serapat mana sekalipun dua kawan itu, sudah tentu ada juga perbezaan baik dari sudut pendapat mahupun personaliti yang mungkin mengundang rasa kurang selesa kepada pihak satu lagi.

Namun sebagai sahabat, sudah tentu kita berpegang pada prinsip menerima seadanya baik dan buruk seseorang itu.

Bagaimanapun jika kerap berlaku perselisihan faham dan pendapat, itu bermakna keserasian sudah mula pudar dan ia petanda negatif untuk sesebuah hubungan persahabatan.

Apa kata kita faham dengan sebaiknya sikap dan karakter sahabat kita agar perselisihan faham atau perbezaan pendapat itu dapat dikurangkan. Pertama sekali kita harus kenal siapa diri kawan kita.

Hippocrates, seorang pakar ilmu dari Yunani membahagikan peribadi manusia kepada empat jenis iaitu Sanguine, Phlegmatic, Choleric, dan Melancholic. Setiap keperibadian ini mempunyai unsur-unsur perwatakan yang berbeza baik dari segi positif mahupun negatif.

Gen Y melihat empat karakter asas manusia ini mampu memberi idea terbaik dalam kita mengenali siapa sebenarnya kawan baik kita itu.


1. Sanguine

Ini adalah jenis manusia pertama yang dijelaskan menerusi teori bijak pandai Yunani ini. Individu jenis ini mempunyai ciri-ciri dan perwatakan diri seperti senang diajak berbual, ekspresif, bersemangat, emosional, mudah berkawan, periang, suka jadi pusat perhatian, yakin diri dan suka membantu.

Individu jenis Sanguine adalah serasi dengan Choleric dan kebiasaannya berbeza pendapat dengan Melancholic.

Kalau melihat pada karakter diri individu jenis ini, sudah tentu orangnya begitu bagus dan komited terhadap kerjanya selain punya perancangan besar dalam merencanakan masa depannya.

Namun ada kalanya individu jenis ini lebih mudah terkesan jika diberi tekanan. Justeru, jika sahabat anda tergolong dalam perwatakan ini, apa yang patut anda lakukan adalah dengan memberi sokongan berterusan agar dia lebih bersemangat mengerjakan tugas yang di berikan sehingga siap.

Individu ini mudah tertekan jika terlalu lama melakukan sesuatu. Jadi sekiranya kamu nampak dia seakan tertekan sewaktu sedang membuat tugasan atau sesuatu kerja, apa kata ajak dia berehat sebentar untuk mengembalikan semangat itu.

Bila individu ini meminta pendapat atau pandangan, berikan yang terbaik padanya dan biarkan dia membuat keputusan sendiri kerana kebiasaannya individu jenis ini dia sudah punya jawapan dan penyelesaian namun menguji untuk melihat dirinya dihargai atau pun tidak.

Sanguine suka dipuji, jadi cuba sesekali kamu memuji kecantikan dan kebijaksanaan yang dia miliki.


2. Melancholic

Jenis individu kedua ini pula lebih menarik dengan memiliki ciri-ciri seperti tekun, serius, teratur, menyukai kesempurnaan, mudah terharu, tidak suka menjadi pusat perhatian, pemalu dan pasif.

Individu jenis ini sangat sepadan dengan Phlegmatic dan selalunya berbeza pendapat dengan Sanguine.

Harus diingat, individu ini sebenarnya sangat sensitif dan mudah tersinggung dengan sebarang reaksi yang kurang berpihak kepadanya. Jadi hati-hati sewaktu berkata-kata dan bergurau dengan individu ini.

Individu ini sering memandang sifat negatifnya berbanding positif. Jadi apa salahnya jika kamu sentiasa ingatkan mengenai kelebihan dirinya agar semangatnya tidak terus tenggelam. Malah sebagai sahabat, tindakan kamu dengan membantunya meyakinkan diri adalah sangat baik.

Kalau dia cuba meluahkan apa terbuku di hatinya, cuba kamu dengar dengan penuh fokus dan fahami perasaannya. Apa yang diluahkan adalah sesuatu yang penting memandangkan individu jenis ini begitu pendiam dan sukar mempercayai orang dengan mudah.

Jangan sesekali bermain dengan ‘moodnya’ kerana dia pasti akan ‘moody’ seharian.


3. Choleric

Individu jenis ketiga ini pula mempunyai karakter hebat khususnya jika dia adalah lelaki. Individu ini adalah mempunyai ciri-ciri pemimpin, aktif, bercita-cita tinggi, tegas, berdikari, berani, emosional dan berkeyakinan tinggi.

Individu ini jenis yang sangat sepadan dengan Sanguine dan selalu berbeza pendapat dengan Phlegmatic.

Jika individu jenis ini adalah gadis, sifatnya seperti ibu-ibu yang ada kalanya kuat membebel. Sekiranya dia menegur kamu, pekakkan telinga saja, niatnya sebenarnya baik kerana dia mahukan yang terbaik untuk kamu.

Bila sedang berdebat dengan individu ini pastikan kamu bijak mengawal emosi kerana pandangan dan pendapatnya sangat tajam selari dengan pendiriannya yang ingin ideanya itu diterima semua pihak.

Bila dia meminta pandangan kamu, terus terang saja. Jangan cuba putar-putarkan kata-kata atau berlapis-lapis kerana individu jenis ini mahukan pandangan yang tepat dan telus bukannya penuh teka-teki.


4. Phlegmatic

Mungkin jenis yang paling mudah dibawa berkawan, individu yang tergolong pada perwatakan ini adalah mereka yang ‘cool’ dan tenang. Mereka begitu rendah diri dan tidak banyak bercakap.

Paling menariknya, individu ini juga jenis yang penyabar dan sukar dijangka. Tapi yang mungkin kurang ‘best’, individu ini jenis yang senang mengatakan ‘YA’ walaupun terpaksa memaksa diri.

Phlegmatic sangat sepadan dengan Melancholic dan selalunya berbeza pendapat dengan Choleric.

Kalau anda ingin memahami sahabat anda yang tergolong dalam jenis perwatakan ini, jangan terlalu tegas bila menasihatinya kerana mungkin sikapnya yang penyabar dan ‘cool’, dia hanya menelan saja walaupun nasihat itu menyinggung perasaannya.

Sentiasa bantu dirinya untuk membuat keputusan dan mencapai cita-cita. Sekiranya kamu memerlukan pendapat dan pandangan, individu Phegmatic sedia membantu kamu kerana mereka jenis yang ingin melihat orang lain tidak berada dalam kemelut atau masalah.

Sentiasa mengajak sahabat kamu yang kebetulan tergolong dalam jenis Phlegmatic untuk dirinya melakukan aktiviti di dalam dan luar sekolah atau kerja. Jangan biarkan individu ini keseorangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/23

Saturday, 5 October 2013

Self Laundry

Sejak kebelakangan ni kerap pulak basuh baju
Tapi agak stress bila sekali round ambil masa 2-3 hari nak kering
So makin menimbun la baju dalam bakul tu hoooiiiiii
Bila dah bertangguh gitu mula la penyakit malas datang
Tapi sekarang dah ada penyelesaian
Yang buat hati ku gembira
See...senang betul nak seronok kan hati aku...
Baju di basuh cepat kering pun boleh buat aku senyum sepanjang hari...hehehe

Doludoludolu tengok dalam citer omputih je buat keje ni
Memang menyenangkan hooiii
Sebenarnya dah dekat setahun aku ulang alik depan kedai tu
Boleh membasuh dan terus keringkan
Harga pun berpatutan
Tapi semua buat sendiri la

Untuk jimat masa menunggu
Aku basuh dan rinse dulu guna mesin basuh kat rumah
Sampai kedai aku guna dryer je
30 minit dah siap lipat la hoooiiii
Sukanyaaaa...
Jom join! 24 hrs tuuu







posted from Bloggeroid