Showing posts with label Menu Seafood. Show all posts
Showing posts with label Menu Seafood. Show all posts

Tuesday, 17 February 2015

Masak Lemak Udang Galah


Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
10 ekor udang galah
1 biji bawang kecil-tumbuk halus
3 biji cili padi-tumbuk halus
2 inci kunyit hidup-tumbuk halus
1 batang serai-ketuk
1/3 kiub pati ayam
100 ml santan pekat
1 cawan air
Garam secukupnya

Cara
Rebus bahan tumbuk. Biar mendidih sebentar.
Masukkan pati ayam,santan dan garam secukupnya. Didihkan dengan api kecil. Kacau supaya santan tak pecah.
Masukkan udang. Terus didihkan 4-5minit hingga udang masak.
Tambah sedikit air jika terlalu pekat.

Hidang dengan nasi panas dan sambal belacan ulam.

Perghhh
posted from Bloggeroid

Sunday, 7 December 2014

Ketam Lembut Telur Masin

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan A
8 ekor ketam lembut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung

Bahan B
2 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih cincang
5 biji cili padi hiris
2 helai daun limau purut hiris
4 biji telur masin rebus (ambil 4 telur merah dan 2 telur putih) hancurkan
1/4 cawan susu cair

Cara
1.Bahan A digaulkan dan digoreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, cili padi, daun limau purut hingga wangi.
3. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Masukan susu dan didihkan hingga pekat.
5. Masukkan ketam dan gaul sebati
posted from Bloggeroid

Sunday, 12 October 2014

Udang Goreng Nestum Staranisecafe

Source: staranisecafe@blogspot.com



Bahan A
10 ekor udang XL
1 sudu kecil lada putih
Secubit garam

Bahan B
4 ulas bawang putih (cincang)
2 helai daun limau (carik)
4 biji cili padi hiris
2 sudu makan butter

Bahan C
1/2 cawan nestum
2 sudu makan susu tepung (saya guna susu tepung vanila)
1 sudu kecil gula (jika susu tidak manis)
Secubit garam

Cara
1. Gaul Bahan A dan goreng
2. Tumis Bahan B hingga wangi
3. Gaul Bahan C dan campur dalam tumisan. Gaul sebati sekejap je. Jangan sampai hangit.
4. Masukkan udang dan gaul.
5.Hidang
posted from Bloggeroid

Saturday, 12 July 2014

Udang goreng kunyit sayur campur


Source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan Sayur
Cendawan tiram
Carot
Kacang buncis
Bawang besar-potong baji
Cili padi- ketuk
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
Bawang putih - cincang

Bahan B
Udang - gaul kunyit, garam

Cara
1. Goreng kunyit separuh masak.
2. Tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi
3. Masukkan baki bahan A. Goreng kilas.
4. Masukkan udang. Gaul hingga masak. Perasakan secukupnya
posted from Bloggeroid

Thursday, 17 October 2013

Kari Sotong


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
12 ekor sotong (saiz M)
1 biji bawang - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
2 biji cengkih
1/4 cawan minyak
1/4 cawan santan kotak
1/2 liter air
Garam secukupnya

Pes rempah
1 bungkus kecil kari daging (25g)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar serbuk cili

Cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang, halia, 4 sekawan hingga wangi.
2. Masukkan pes rempah. tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan. tips: rempah seperti berketul ketul.
3. Masukkan air dan garam dan didihkan.Tambah air ikut kepekatan dikehendaki
4. Tambah santan dan sotong. Biarkan didih sebentar sahaja. Jangan lama sangat nanti santan pecah dan sotong keras.
posted from Bloggeroid

Sunday, 22 September 2013

Sambal Sotong


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
10 cili kering (potong dan rendam air panas hingga lembut-bilas dan buang biji)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan B
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar nampla
1 biji tomato (potong baji)
1/2 biji bawang besar (potong baji)

Cara
1. Kisar bahan A. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan bahan B. Gaulkan sebentar hingga sotong masak.
3. Siap.
posted from Bloggeroid

Monday, 22 July 2013

Baby Octopus Masak Kicap


source: staranisecafe.blogspot

Bahan
15 ekor baby octopus
1 bawang besar (M)- kisar
3 ulas bawang putih-kisar
3 biji cili padi - ketuk
1 inci halia - hiris
1 serai - ketuk
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak

Cara
1. Tumis bawang,cili,halia,serai hingga wangi dengan api sederhana perlahan
2. Masukkan cili giling dan kicap. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong.Gaul hingga sotong hampir masak.
4. Tutup api dan periuk. Biar masak sepenuhnya melalui stim.
posted from Bloggeroid

Udang Lima Rempah


source: staranisecafe.blogspot

Bahan
15 ekor udang (size L)
1 biji bawang besar (M) - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 sudu makan kicap ikan/nampla
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan rempah lima
1/2 cawan kacang panjang-hiris
2 sudu makan minyak masak

Cara
1. Tumis bawang hingga wangi dengan api sederhana
2. Masukkan sos,kicap dan rempah. Gaul dan tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan kacang panjang dan udang. Gaul hingga udang hampir masak
4. Padam api dan tutup kuali. Biar masak sepenuhnya dlm kuali bertutup tu.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 17 July 2013

Sotong Goreng Kunyit


source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 2-3 person

Bahan
2 ekor sotong (XL)- potong gelung
2 biji bawang besar - satu mayang satu lagi potong bulat
3 ulas bawang putih- tumbuk
4 biji cili padi-hiris
1 cawan kacang panjang- kerat 1 inci
1 biji tomato- potong baji
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar kicap manis
2 sudu makan sos nampla

1 sudu kecil serbuk tumix
2 sudu makan minyak

Cara
1. Tumis bawang yang dimayang hingga naik bau
2. Masukan semua sos dan serbuk kunyit. Biar mendidih
3. Masukkan sotong dan sayur. Gaul hingga sotong masak. Sekejap je...jangan lama sangat nanti sotong liat.
4. Tabur gelung bawang dan tomato. Siap
posted from Bloggeroid

Sunday, 6 January 2013

Telur Ikan Goreng Kari



Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation Time: 30 minit
Serve: 3 person

Bahan A
300g telur ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil garam

Bahan B
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (saiz M) – hiris dan potong bulat
3 ulas bawang putih- cincang
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk kari + air – jadikan pes
4 cili padi-ketuk
3 sudu makan minyak masak

Bahan C
Air secukupnya

Cara
1.       Gaul dan perap bahan A 15 minit. Kemudian rebus dengan sedikit air dalam 5 minit. Bila telur dah nampak keras, toskan.
2.       Tumis daun kari, bawang besar hiris, bawang putih, cili padi hingga wangi.
3.       Masukkan sos tiram, pes kari. Tumis lagi sebentar. Tambah air jika perlu.
4.        Masukkan telur ikan. Gaul.
5.       Masukkan bawang besar dipotong bulat. Gaul sekejap. Hidang.

Sunday, 30 December 2012

Udang Tumis Petai


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 25 minit
serve : 2 orang

Bahan
10 ekor udang (M)
2 inci halia - hiris kasar
1batang serai - ketuk
1 biji bawang (M) - potong baji
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi - ketuk
1 biji lada hijau-hiris
1 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1/4 cawan petai
1 sudu besar minyak

Cara
1. Tumis halia, serai, bawang, cili, petai hingga wangi
2. Masukkan sos tiram dan kicap masin.
3. Masukkan udang. Kacau kilas.

Saturday, 29 September 2012

Udang Goreng Rempah



source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 20 minit
Serve : 4

Bahan A
3 ulas bawang putih-tumbuk
10 biji cili padi-tumbuk
2 helai daun limau -carik
+ 3 sudu makan minyak

Bahan B
2 sudu makan rempah kari

Bahan C
20 ekor udang (M-L) - gunting hujung kepala dan ekor
1/2 biji bawang holland - hiris tebal
1/4 cawan air

Cara
1. Tumis bahan A hingga wangi. Masukkan bahan B dan tumis hingga sedikit garing.
2. Masukkan udang. Gaulkan sebati. Masukkan air dan didihkan sebentar. Boleh tambah air lagi jika mahukan kuah yang banyak.
3. Setelah udang masak, masukkan hirisan bawang holand. Terus tutup api. Gaul.

Note: Lebih enak dimakan segera semasa panas.

Saturday, 4 August 2012

Sotong Goreng 5 Rempah


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 15 min
serve: 2 - 3 orang

Bahan
400 gram sotong - cuci bersih dan kelar
1 biji bawang besar (M) - sebahagian hiris, sebahagian lagi potong bulat
3 biji bawang putih - cincang halus
1 inci halia - hiris
4 biji cili padi - hiris serong memanjang
1 biji cabai hidup merah - hiris serong
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil five spices
2 sudu besar sos nampla
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak

Cara
1.Tumis bawang, halia, cili padi  hingga wangi - api sederhana
2. Masukkan sotong, rempah dan kunyit - goreng sebentar
3. Masukkan sos ikan, sos tomato dan air secukupnya
4. Biar didih sebentar. Tutup api. Gaul dengan bawang potong bulat dan cabai hidup merah.

Saturday, 28 July 2012

Udang Goreng Keju


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time : 20 min
serve: 3-4 person

Bahan A
1 mangkuk kecil udang
3 ulas bawang putih- cincang
3 biji cili padi - hiris panjang
3 helai daun limau- carik
2 sudu besar sos hoisin
Sedikit lada hitam dan putih
Garam secukupnya
2 sudu makan minyak

Bahan B
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk keju

Cara
1. Bahan A (kecuali minyak) di gaul dan perap 10 minit
2. Tumis Bahan A hingga naik wangi dan udang masak.
3. Gaulkan Bahan B dalam 1 bekas tupperware
4. Masukkan udang ke dalam tupperware dan goncang perlahan.
5. Sedia untuk dihidangkan

Nota
Bahan b boleh di lebihkan jika mahu rasa lebih lemak.
Sedap di ratah begitu sahaja.

Thursday, 26 July 2012

Ketam Sambal Bertelur


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 20 minit
serve: 2-3 person

Bahan
3 ekor ketam- rebus (5 minit) dan belah 2
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/4 cawan cili giling
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air asam jawa (1 sudu kfc pes asam jawa)
1 sudu kecil belacan
1 biji telur
Garam & gula secukupnya
3 sudu makan minyak

Cara
1.  Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan cili giling dan tumis lagi dengan api perlahan hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos, belacan dan air asam jawa dan didihkan.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Pukul telur dan masukkan dalam sambal. Terus kacau.
6. Masukkan ketam dan gaulkan.

Nota:
Ketam di bersihkan dan direbus bersama kulitnya hingga bertukar warna merah. Bilas dengan air sejuk dan kopek kulit. Ini bagi memastikan isi tidak hancur semasa digaul dalam sambal.

Tuesday, 17 July 2012

Pan Fried Lobster With Garlic Butter


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 30 min
serve: 2

Bahan
2 ekor lobster
1 sudu besar butter
1 sudu besar bawang putih cincang
Sedikit daun parsley cincang

Cara
1. Rebus lobster lebih kurang 10 minit-bertukar merah
2. Belah lobster bermula dari badannya.
3. Gaulkan semua bahan lain dan lumur pada isi lobster
4. Panggang atas pan sebentar hingga wangi. Jangan sampai hangus..

Nota:
1. Lobster perlu di rebus kerana kulitnya yang keras
2. Lobster boleh dimasak pelbagai hidangan namun resepi paling minima adalah yang terbaik agar dapat menikmati isi lobster yang terbaik sepenuhnya.

Sunday, 8 April 2012

Sambal Udang Tempoyak Petai


source : staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 15 minit
Serve : 4

Bahan
4 sudu makan sambal serai
1 sudu makan tempoyak
1 biji bawang merah - hiris
1 batang serai - ketuk
1 mangkuk udang - telah di siang
1/4 cawan petai
Sedikit air

Cara
1. Campurkan semua bahan dan didihkan
2. Masukkan air untuk mendapat kuah yang sedikit cair

Sunday, 26 February 2012

Sup Ketam Pedas


Source: staranisecafe.blogspot.com
Preparation time: 20 min
Serve: 3

Bahan
1 biji bawang (M) - potong baji
3 ulas bawang putih- ketuk
2 batang serai - ketuk
5 biji cili padi - ketuk
1 bunjut rempah sup Adabi
1 sudu besar serbuk seaweed (optional)
Serbuk lada hitam Ajishio - secukupnya
Garam - secukupnya
6 cawan air
3 ekor ketam

Cara
Rebus semua bahan dengan api sederhana hingga ketam masak (10-15 minit).

Note: Sup yang sangat wangi dengan bau ketam yang segar dan unik. Boleh abaikan bunjut sup untuk kurangkan rasa rempah dan kurangkan cili jika tak mahu pedas.

Sunday, 29 January 2012

Siput Masak Lada Hitam


Source: staranisecafe.blogspot
Preparation time: 20 min
Serve: 2

Bahan A
2 biji bawang putih - tumbuk
1 biji bawang - tumbuk
1 inci halia - hiris
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 batang serai- dititik
6 sudu makan kicap manis pekat
+4 sudu makan minyak

Bahan B
1 mangkuk besar siput

Cara
1. Tumis bahan A
2. Masukkan siput. Gaul sebati. Tutup periuk. Masak 10 min.


Siput Kepah.
Tak ternganga luas sebab che abang terus masuk peti sejuk beku lepas basuh.
Kes tak sempat masak lepas beli.


Thursday, 19 January 2012

Udang Lipan aka Ketak


Baru baru ini ada kenduri kawin rakan sekerja enche abang....
Di Sabak Bernam...Kampung Peket 100...
Huih...nama kampung yang unik....
Berdekatan dengan kilang kerepek....
Hmmmm mungkin dari situ tercipta nama..

Lepas makan kenduri...ronda-ronda kawasan sekitar...
Ada pasar petang yang bermula tengahari...
Banyak jual sayuran kampung..Best!
Tiba-tiba....
"Yang...ni udang apa? Jom try..."
"Itu udang lipan...belilah boleh cuba...i pun tak pernah makan.."

Sepinggan RM5..adalah dalam 700gram....
Tapi dah tak berapa fresh...belilah jugak sebab payah nak jumpa!

Udang Lipan aka Udang Ketak...
Berbentuk alien dan banyak kaki macam lipan...
Emak cakap dulu orang tak makan...cuma rebus untuk buat kuah mee udang...
Hmmm takpalah mari kita cuba...
Nak goreng...enche abang kata tak lalu tengok rupanya nanti...
So nak masak sos thai lah....
Proses menyiang bermula....
Mula-mula gunting kepala dan ekor....
Then selitkan gunting celah kaki dan kulit...potong....
Siat kulit dan isi....ish...lembut sangat isinya...hampir hancur!
Lama jugak nak siap...
Mungkin rebus boleh keraskan isi...
Tapi emak dah pesan...nanti isi hancur...
Hmmm takpelah...kita cuba lah 3 ekor...
Sekali betul daa ... memang lebur isinya...
Terpaksa siang manual balik...
Alahai dapat la semangkuk kecil....

Gaul kunyit dan garam...
Goreng dengan sedikit minyak....
Alamak...isinya hancur dan lebur....
Macam mana ni?
Mungkin sebab dah tak fresh...
Hmmm tapi is hancur tu sedap jugak...manis!
Dapat la 2 sudu makan....
Tak berbaloi!

Hmmmm...takde rezekilah bang...
Kita cuba lagi lain kali...

Kulit udang yang disiang tu aku tak buang...
Rebus > kisar halus > tapis
Aku frozenkan untuk di jadikan bahan perasa masak mee/bihun nanti!