Showing posts with label New Try. Show all posts
Showing posts with label New Try. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Dinner @ Korea

Tuuudiaaa....tak abih lagi....







Kat 1Utama je pun..hahaha
Baru lepas nonton x-men

Lunch pulak kat bulgogi brother midvaley...lepas nonton gojira...!
Marathon gitu...
Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Lunch @ Korea

Berangan mesti kuat!!!








Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Tuesday, 18 September 2012

Bayu Bistro

Tiba-tiba teringin sangat nak makan asam laksa
Sejak resepi asam laksa di Ayam Penyet Ria kegemaranku dah bertukar rasa
Hati betul2 rasa kecewa!

Jalan punya jalan
Eh! Ada kedai makan baru la....
Menu istimewa di papan hitam ada Laksa Penang!
Kena cuba ni....










Lokasi di Dwi Tasik Business Centre
Milik bumiputera
Layanan Tip Top dan sangat mesra. Bagus! moga kekal sentiasa

Grill Chicken & Laksa Penang
Ada macam2 menu sebenarnya..
Selera Asia..Selera Barat...Selera Anak...
Harga berpatutan...
Sebelum ni dah pernah cuba nasi briyani ayam...
Best drink is Epal Asam Boi
Rasa makanan biasa2 je...
Sesuai untuk mereka yang ingin bersantai...

Tuesday, 14 August 2012

Jom pi Hydrebad....

Groupon, Milkadeal, Dealmates, Hulala, StreetDeal, bla..bla...
Sejak aku subscribe business kupon online ni...
Memang kena kuat iman betul....
Hari2 dapat mesej harga murah...
Dan macam2 produk yang pelik2 tak pernah tengok pun ada
Tapi yang selalu beli adalah kupon makan..
Biasanya akan dapat diskaun 50%....
Kali ni kami cuba masakan ala India...
RM35 for 2
Lokasi di Jalan Putra, dekat PWTC
Briyani Ayam, Briyani Lamb, Susu Suji Badam. Yummeh! Jus mangga dan kek ice cream sendiri beli ya..

Ceh! Kat kupon bukan main lagi kononnya dapat full set...
Tapi sekali dia bagi portion untuk seorang makan je daaaaa.....
1 hidang di hantar sekali dari starter sampai dessert...
Semuanya sikit2 je.....
Jadinya tidaklah murah pun.....
Bijak betul!
Tapi apa pun memang sedap dan kenyang. AlHamdulillah

Thursday, 19 July 2012

Rojak Terbaik di KL

Aku suka makan pasembur....
Bila dok di KL ni sangat susah cari pasembur...
Yang ada di panggil rojak....
Di Penang kalau sebut rojak kami hanya bayangkan rojak buah..
Tapi di KL rojak adalah seakan-akan pasembur...
Menggunakan bahan yang hampir sama i.e cucur, tauhu, telur rebus, sengkuang, timun...
Menggunakan kuah kacang atau kuah kentang berkacang.....
Pasembur ada lauk extra seperti sotong, udang, ketam, fishcake, fish ball...
Rojak kadangkala di tambah mee...
Dari segi definisi pasembur = rojak = campur = cacamarba...
Tapi masih bagi aku masih tiada yang dapat menandingi kehebatan pasembur Penang!

Namun kali ini dah jumpa rojak seakan pasembur...
Dan yang penting ianya sangat sedap!
Din Maju No 1
Beroperasi di stadium bola Cheras...
Berhampiran Tasik Permaisuri...
11am-7pm Everyday except Friday
Lokasi best....thumbs up!
Setiap petang kecuali Jumaat

Rojak sotong dan cendol...cepat je sold out!

Ini anak comel makan ais kosong je....



Thursday, 9 February 2012

Ketagih lagi......

Alamak! Ketagih Ice ke?????
Bukanlah!
I sekarang ketagih sandwiches subways!

Memang sedap!
Paling penting ia halal dan sihat...
Boleh masuk dalam menu diet....
Kalori untuk roti 6 inci lengkap dalam lingkungan 280 - 340 kcal (ikut lauk)
Setiap hari ada promosi 1 jenis pilihan sandwich/wrap...
Harga promosi termasuk caj = RM7.95
Kalau takde promosi mahal lebihkurang RM2 lagi..





Nak order sandwich ni ada caranya...
1. Pilih soup dan/atau roti (ada 5 jenis) atau wrap (tortila) dan saiz (6 inch/1 foot long)
2. Pilih lauknya (15 jenis pilihan) dan cheese
3. Pilih sayurnya (9 jenis pilihan)- (boleh minta semua dan extra)
4. Pilih sosnya (9 pilihan) - (boleh minta semua dan extra)
5. Tambah meal lain (air/chips/cookies) dan bayar

Roti - Italian, Wheat, Honey Oat, Parmesan Oregano (my Fav), Hearty Italian
Toppings - cheese,lectuce,tomatoes,cucumbers,pickles,green peppers, black olive,onions, jalapeno slices
Sos - BBQ,Chilli, Mustard,Olive Oil,Vinegar, Mayonis, Tomato, Ranch, Sweet Onion (My fav)

Setiap roti bersama cheese akan dipanaskan sebentar sebelum letak inti...
Lebih sedap dimakan terus...fresh,hot,crunchy!
Kalau bawa balik hidangan agak basah dek kerana sos dan sejuk...maka kurang sedap!
Sandwich akan terus dibungkus walaupun dine in...
Tak ada pinggan kecuali cawan kertas untuk isi air self service...

Antara sandwiches yang telah di cuba...
- Tuna
- Turkey Breast & Chicken Slice
- Meatball Marinara
- Steak & Cheese
- Chicken Slice

Wow! Dah banyak yang di cuba.....
Tapi aku akan kembali lagi mencuba yang lain....hahahahaha...

Eh! Baik belajar buat sendiri je....
Sonang yo!

Monday, 30 January 2012

Ketagih....


Kali terakhir aku minum kopi pada tahun 1995..
Setiap kali minum aku akan pening dan mata berpinar...
So aku ambil tindakan drastik untuk tidak sentuh langsung minuman kegemaran sedunia ini...

Satu hari aku terhidu bau yang sangat meruntun nafsu makan...
Bau kopi!
Aku cuba minum milo yang di campur dengan 1/4 sudu teh serbuk kopi..
Hmmm sedapppp...
Aku tambah lagi 1/2 sudu teh serbuk kopi....
Hmmmm sedapppp jugakkkkk...
Habis 1 mug aku tunggu....suspens jer...
Aik takde pulak rasa pening.....
Sejak hari tu aku minum kopi campur milo 1 mug setiap hari....

Kemudian bila ke kedai makan...
Dalam menu ada pulak hot mocha, white coffee, etc...
Aku cuba mocha....
Uih sedap...
Next day aku cuba pulak Hazelnut Coffee....
Humang aih....lagi sedap....

Sejak tu hari2 dah cari mocha...
Black coffee masih bukan pilihan hati....
Kalu bancuh sendiri dari 1/2 sudu teh dah hampir 1 sudu teh serbuk kopi aku sebatikan dalam milo tu.....
Nak yang panas je tau....sejuk berais tu tak selera sangat!
Kalau blend berbuih tapi rasanya ringan sangat....
Bancuh gitu2 je....

Myya pun sibuk nak minum kopi lepas merasa mocha yang dia bancuh >>>kes nak tolong mak dia kat dapur la konon..
"Mmmmm sedapnya mak..."
Habis setengah mug.....siap dikepit mug tak bagi mak minum....
Ayah dah risau...tapi takpe mak letak 1/2 sudu kecil kopi je....


Kemudian aku perasan lepas je minum segala kopi ni...
Aku mesti dehydrated...
Minum air kosong berliter2 pun still dahaga...
Tak boleh jadi ni....
Aku perlu berkorban....

Bye!Bye!Coffee...
Saya akan jumpa kamu kadang2 je.....:-P
Semoga tercapai! Berusaha!

Wednesday, 26 October 2011

Purple Gloria...New Iranian Cafe

Semalam dinner di sebuah cafe baru...
Di usahakan oleh rakyat Iran....
Lokasi: Bandar Sri Permaisuri,Cheras


Variasi makanan dan minuman tak terlalu banyak...
Senang nak pilih...
Dan paling aku teruja...
Harga tak mahal macam restoran Arab yang lain...
Aku anggap ia small cafe sebab ada 10 meja..
Muat lebihkurang 40 orang saja...
Servis okay sebab diaorang kerap bertanya samada kami perlukan apa2 tambahan...
Aku juga suka hiasan cafe yang simple dan purple....


Sebenarnya kami celebrate birthday Myya di sana...
Simple dan hanya kami sekeluarga...
Myya dah cukup gembira kalau dapat tiup lilin...
Staff restoran bagi sebiji cream puff percuma berbentuk swan...
dan pasangkan lagu happy birthday....
We are soooo pleeeeeaaasssseeee.....

Kepala Swan dah kena kunyah oleh birthday girl!

Bagi aku makanan yang kami order ni berkalori seimbang dan sihat...
Nasi dan lauk tak banyak minyak....
Minuman pun bukan yang banyak gula....
I love it!

Our dinner

Ground Meat Kebab & Rice (RM12.50)
Chicken & Barberry Rice (RM9.50)
Iranian Doogh- Yogurt,salt with aromatic herbal (RM3.50)
Cappucino (RM2.20)

Ini Tapau....Ground Meat Hamburger (RM7.50)