Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

Bukit Merah Laketown: Kampung Air

Awal Muharam 2015
Sempena meraikan hari lahir Myya
Bercuti ke Kampung Air...

Wow...Alhamdulillah...
Dapat diskaun booking melalui Agoda. ..
Sangat cantik..
Sangat mendamaikan. .
Staff pun ramah dan baik hati...
Boleh sewa alatan untuk memancing jugak...
Wow...betul2 tinggal atas air...
Sangat nyaman...

Hiasan bilik pun bercirikan kampung..
Love it soooo much...




























Studio room..
Original price RM600++ pernight
We paid RM400++ for 3 days 2 night
Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Saturday, 21 April 2012

Panggilan Balik! Jom Pekena Pau Yik Mun

Day 5: 11 April 2012 : Penang – KL : Pau Yik Mun

Kami bertolak balik dari Penang dalam pukul 3 pm.

Dengan pemanduan yang lancar dan kelajuan melebihi 140km sejam kami sampai di 
Tanjung Malim pukul 5 pm.
Kopitiam ni on the way tu kilang PROTON

Sampai je di kopitiam ni aku macam pelik sikit sebab ownernya sudah tentu Uncle Yik Mun tapi semua pekerja dan pelanggan adalah adik kakak abang pakcik makcik melayu..penuh meja..kena tunggu nak duduk…

Apa yang penting ? bukan kerjasama ya…tapi ada Sijil Halal!

Kami cuba semua jenis pau yang ada..kari daging,kari ayam,homemade kaya, homemade kacang…
1 biji = RM1.80-RM2….Memang sedap dan gebu…

 

Cuba juga mee hailam dan lamb steak…sedap jugak…

 

Sebelum balik aku tapau 2 bungkus pau frozen..gila tamak…eh tak lah..buat simpanan di kala kecemasan la…huhuhuhu…

Tengah sedap makan tiba2 dapat panggilan dari rakan bertanyakan keadan kami…ada gempa bumi di Aceh 8.9 skala ricter….kuat tu!

Aku terus call family…wahhhh…memang bergegar rumah Nenek Cun! Tapi Al-hamdulillah tak ada apa2 musibah…Tak ada juga tsunami berlaku dimana2...Terima kasih Allah!

Dah kenyang apa lagi…cepat balik KL! Esok kerja!

Wednesday, 11 January 2012

Jelajah Utara Day 3

27 Jun 2011
Lepas breakfast di hotel, rancang nak jalan-jalan Taman Tasik Taiping, tapi hujan tak berhenti pulak…Hmmmm end up lepak bilik sampai tengah hari tunggu hujan berhenti….
Lepas check out pukul 12.00 hujan masih renyai. So pusing2 Taman Tasik taiping dalam kereta je. Tapi Alhamdulillah 30 minit kemudian, hujan berhenti tapi masih mendung…..
Lokasi utama dalam itenarary….Zoo Taiping….mesti Myya seronok!
Tiket masuk RM12 seorang dewasa. Mulanya nak naik je tram tapi selagi tak penuh tak berjalan pulak. So kami ambil keputusan berjalan kaki. Tapi aku dah standby payung….
Myya seronok sangat tengok orang utan, gajah, harimau, burung, ikan dan macam2 lagi….bising je mulut bertanya itu ini….Tapi kami tak boleh lama sebab hujan turun lebat semula….

Hmmmm perut lapar.
“Yang, jom makan sambal udang Mak Jah lagi..”
“Sekali lagi? *pause 30 saat* Okay set!”
“Laaaa…respon macam tak nak pi!”
“Hik!Hik!Hik!” > Myya yang gelak! “ Apalah mak ayah ni!”
Kali ni kami makan mee goreng udang spesel, repeat nasi putih+sambal udang+telur dadar, 3 gelas milo ais. Hmmm betul2 dahaga! RM28 je..
Berita baik : Mee Udang Mak Jah buka cawangan di Wangsa Walk bermula Julai 2011.
Pukul 3.00 pm kami bertolak ke Penang. Kali ni enche abang nak tidur. So aku drive la pulak. Kejap je…4.50pm dah sampai rumah nenek.
Enche abang lapar lagi…pekena mee mamak Pejabat Pos Jelutong. Nenek tak nak ikut, ajak Fahmie Aiman je. Kami makan mee goreng mamak, mee rebus mamak (1 lagi tapau), 2 milo ais, the tarik, 2 murtabak, 5 roti canai (habis dimakan Fahmie sorang..ish!ish! sian lapar sangat nampaknya). RM21.40.
Enche abang sengih je….murah giler katanya!
Mamak ni memang famous. Semua bangsa makan disini. Gerai roda tiga je dari dulu sejak lebih 20 tahun. Mak cakap style mamak tu maintain dari dulu tak pernah berubah….Hmmmm aku bet mamak ni kaya giler! Buka kedai pun lebih kurang 2 jam je…dah sold out…masak tak henti2. Yang menjadi speselnya, mamak ni akan goreng mee untuk seorang makan. Kalau dah ramai sangat dia akan masak untuk dua orang sekali. Tapi rasa tak ada yang kurang!

Tuesday, 10 January 2012

Jelajah Utara Day 2

26 Jun 2011
Lepas check out hotel, kami terus ke Lost World of Tambun. Lebih kurang 5 minit je dari hotel.
Lepas puas Myya mandi kami beredar. Kat sini lebih kurang second grade Sunway Lagoon….tapi panas terik sangat. Tak seronok jelajah…rasa letih sangat…
So che abang buat keputusan lepas lunch terus gerak ke Taiping.
Check in Hotel Flemington (RM128 per night) lebih kurang 3.30 petang. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai hotel je kami mandi lagi dan tidur..lagi pun dah hujan la pulak…tak boleh nak berjalan kat Taman Tasik Taiping yang lokasinya betul2 sebelah hotel. Boleh jalan kaki je..
Pukul 5 pm, hujan masih turun….kami ambil keputusan nak merayau dengan kereta je..lagi pun perut dah lapar! Nak makan mana yang best? Toing! Idea datang! Dengan bantuan GPS kami berjaya mencari lokasi dalam masa yang singkat…
Dimana?
Mee udang Mak Jah, Kg Menteri, Kuala Sepetang…


Sangat popular. Selalu masuk tv. Petang tu kami makan mee udang (7 pcs udang saiz XL), nasi putih dan sambal udang (7 pcs jugak), telur dadar yang sedap gile, teh tarik, air suam, keropok twisties. RM28.30 je. Hmmm memang berbaloi.....
Al hamdulillah. Tapi ikut selera aku mee udang tak best , tapi sambal udang tu memang meletop!
Di Kuala sepetang ni ada banyak gerai yang jual mee banjir ni. Tapi gerai Mak Jah paling menarik dan ramai orang. Dekorasi kedai yang penuh dengan kulit kerang putuh melepak juga sangat menyerlah. Thumbs up!
Lepas kenyang..balik hotel…lepak…tidur….kroh!kroh!

Monday, 9 January 2012

Jelajah Utara Day 1

25 Jun 2011
Persediaan menjelajah bermula pada pukul 10.10 am. Breakfast di Q Bistro, isi minyak dan top up Touch n Go. Misi bermula pada pukul 11.10am menuju ke Teluk Intan. Perjalanan sejauh 126km mengambil masa selama 2 jam 35 minit. Sejak bermula perjalanan aku dah dodoikan Myya. Dia lena sampai kami tiba ke Menara Condong Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan ni terletak betul2 di tengah pekan dan agak ganjil persekitarannya. Menara Teluk intan ini dibina oleh seorang kontraktor berbangsa cina pada 1885. Menara setinggi 25.5meter ini pernah menjadi tempat takungan air bagi kegunaan penduduk berhampiran. Struktur binaan berbentuk pagoda dan terdapat jam besar yang masih lagi berfungsi dengan baik.  Struktur tanah yang kurang baik menyebabkan ia condong sedikit ala-ala Menara Pisa di Italy.
Tiada tiket untuk masuk kesini. Hanya tinggalkan jejak di buku yang disediakan. Pengunjung hanya boleh naik hingga tingkat ketiga.  Seronok juga dapat lihat binaan lama ni. Kagum beb!
Ada sebuah telaga besar di tengah-tengah bangunan dan seperti biasa ia di penuhi dengan duit-duit syiling yang di campak oleh pengunjung bagi tujuan yang tak pasti.
 
Nampak tembam sikit...I like it!


Misi seterusnya ke Pasir Salak Historical Complex.
Dalam perjalanan akan jumpa gerai-gerai kecil tepi jalan yang menjual makanan ringan. Kami beli keropok ubi kayu yang saiznya wow! Sangat besar. RM5 je untuk 2 keping. Sedap! Pelik juga macam mana boleh buat saiz macam tu..tuan kedai cakap ada mesin..
Perjalanan dari Teluk Intan mengambil masa selama 40 minit. Tiket masuk untuk dewasa RM4 seorang.
Kompleks ini terletak berhampiran sungai yang menjadi tempat pembunuhan Residen British Pertama, J.W.W Birch oleh Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Si Puntum. Sebuah memorial telah didirikan bagi mengingati peristiwa ini. Kenapa dia di bunuh? Sila semak buku sejarah Malaysia…Sapa soh tak adil!

Dalam kompleks ini ada dibina rumah-rumah kayu berukiran tradisional. Dua rumah tradisional Perak “Kutai House” dibina bagi menjadi lokasi utama untuk melihat sejarah penduduk tempatan dan kraftangan Melayu. Di sini ada “Terowong Masa” yang sangat menarik dimana ia menunjukkan kronologi kehidupan manusia yang bermula di tepi sungai hingga kedatangan Parameswara, British, yang melakukan pelbagai perjanjian, peperangan, kisah kesultanan dan raja2. Apa yang menarik perjalanan sejarah ditunjukkan melalui patung-patung mini yang sangat cantik! Sayangnya tak boleh ambil gambar la pulak….
Myya nangis tak nak masuk terowong masa ni sebab gelap…padahal sejuk je dalam tu berbanding panas terik di luar. Seronok sebab tak ada orang selain kami…puas meninjau kawasan!

Kemudian bertolak pula ke Kellie’s Castle. Hanya 35 minit perjalanan. Tiket RM8 seorang dewasa.
Istana ini dibina oleh seorang Inggeris dimana kawasan asalnya terletak di ladang getah.. Kedua suami isteri meninggal kerana penyakit misteri. Istana ini hanya separuh jalan pembinaannya. Ada banyak bilik dan terowong rahsia menuju ke sebuah kuil. Di katakan istana ini berhantu dan ramai yang pernah melihat makhluk yang menyerupai tuan tanah..Hmmm entahlah!
Yang menariknya struktur binaan istana ini mempunyai unsur  binaan Islam. Mungkin kontraktornya dulu orang Islam.
Ramai yang datang untuk ambil gambar perkahwinan. Ada juga yang buat pengambaran filem. Ada sebatang pokok di tepi istana dimana terdapat ukiran berbentuk beruang di batangnya. Misteri sekali kerana penduduk mendakwa ia berlaku secara semula jadi…
Masa  ni dah mula tarik muka yang comel tu......tapi tak meragam pun...
Lepas penat berjalan, perut pun lapar…dalam perjalanan ke Hotel, kami singgah di Restoran Nasi Ayam Nusantara. Kami order nasi ayam, nasi tomato ayam merah, milo ais dan the tarik..Alhamdulillah.
Sampai Hotel Sun Inn di Sunway City Ipoh. Hotel budget RM85 per night. Ok lah buat tidor je.
Aktiviti malam adalah ke Pasar malam Ipoh. Lokasi belakang Kamdar. Dekat Dataran Ipoh. Seronok juga sebab ramai peniaga Melayu. Tak beli apa2 pun. Myya tido je..Letih agaknya. Lagi pun Myya macam nak demam je, batuk2, makan pun tak selera..Sian dia. Nasib baik mak ada bawa ubat.
Lepas balik hotel, Myya tak nak tidur pulak…Hmmmmm anak mak ni…layan je..