
Bahan Kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit
Bahan Rempah- jadi kan pes
1 bungkus besar serbuk kari allagapas
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
4 sudu makan serbuk cili/ cili kisar
Sedikit air
Bahan lain
2 cawan minyak / secukupnya
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Garam secukupnya
Cara
1. Tumis 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan pes rempah serta bahan lain dan masak hingga terbit minyak dan garing (jadi seperti berketul-ketul) dengan api kecil. Selalu kacau
Hati hati jangan sampai hangus.
Tips
1. Pek kan pes 4 sudu makan untuk sekali masak (2 orang)
2. Untuk masak kari daging..Masukkan pes dan 1 cawan air...Masukkan 1 cawan ayam atau 2 potong ayam ..Masukkan 2 sudu makan pati santan...didihkan. ..jika mahu cair tambah air
3. Untuk masak kari ikan atau seafood...sama cara di atas cuma tambah air asam jawa atau asam keping
posted from Bloggeroid


