Saturday 28 November 2015

Sunday 22 November 2015

Pes Kari Mudah Staranisecafe



Bahan Kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit

Bahan Rempah- jadi kan pes
1 bungkus besar serbuk kari allagapas
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
4 sudu makan serbuk cili/ cili kisar
Sedikit air

Bahan lain
2 cawan minyak / secukupnya
Daun kari
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Garam secukupnya

Cara
1. Tumis 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan pes rempah serta bahan lain dan masak hingga terbit minyak dan garing (jadi seperti berketul-ketul) dengan api kecil. Selalu kacau
Hati hati jangan sampai hangus.

Tips
1. Pek kan pes 4 sudu makan untuk sekali masak (2 orang)
2. Untuk masak kari daging..Masukkan pes dan 1 cawan air...Masukkan 1 cawan ayam atau 2 potong ayam ..Masukkan 2 sudu makan pati santan...didihkan. ..jika mahu cair tambah air
3. Untuk masak kari ikan atau seafood...sama cara di atas cuma tambah air asam jawa atau asam keping
posted from Bloggeroid

Pes Rendang Mudah Staranisecafe

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci halia

Bahan Rempah- jadi kan pes
1 bungkus besar serbuk rendang babas
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan serbuk jintan putih
4 sudu makan serbuk cili
Sedikit air

Bahan lain
1 cawan minyak / secukupnya
Daun limau purut
2 keping asam gelugur
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bunga cengkih
Garam secukupnya

Cara
1. Tumis 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan pes rempah serta bahan lain dan masak hingga garing

Tips
1. Pek kan pes 4 sudu makan untuk sekali masak (2 orang)
2. Untuk masak..Masukkan pes dan 1 cawan air...Masukkan 1 cawan ayam..Masukkan 2 sudu makan pati santan...didihkan. ..jika mahu cair tambah air
posted from Bloggeroid

Nasi Daging +Air Asam Simple



Bahan Daging
1 mangkuk daging potong kecil
Air untuk rebus

Bahan Tumis
3 sudu makan bawang besar kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati lembu
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu makan minyak/secukupnya

Bahan Nasi
3 cawan beras herba poni taj mahal
1 cawan susu cair
2 cawan air rebusan daging
Sedikit garam

Cara
1.Rebus daging dalam periuk tekanan dalam 30 minit
2. Tumis bahan tumis hingga wangi
3. Gaulkan beras
4. Masukkan garam, air rebusan dan susu cair
5. Tanak nasi macam biasa

Air Asam
Kisar 1 inci belacan, 1 sudu kecil pes asam jawa, 4 batang cili padi, 1 biji tomato
Gaulkan dengan hirisan 1 biji bawang besar, hirisan 2 biji tomato dan sedikit garam
posted from Bloggeroid

Saturday 14 November 2015

Special dinner by Masterchef Myya

Mak..hari ni Myya nak masak..
Masak apa?
Jap...Myya amik order drpd ayah..
Amboi!

Masterchef Myya in action

Toodiiaa...menu ayah order..
Siap...
Makan dalam talam malam ni

zoom sikit...yummy...

Alhamdulillah

Sedap sungguh..
I prepared the stuffs..
But she cooked it
Taste it
And it was perfect!
Tahniah Myya!

Thank you Allah
posted from Bloggeroid

Tuesday 10 November 2015