Sejak kebelakangan ini isu kerahsiaan maklumat pelanggan di institusi kewangan menjadi topik hangat.
Walau bagaimana pun masih ada manusia yang tak faham dan menganggap pekerja ingin sembunyikan maklumat mereka..
Sedangkan pekerja tersebut telah membuat penilaian dan manusia ini tidak mampu memberikan dokumen atau pengesahan sokongan mengenai dirinya...
Aku benar2 menjaga etika ini tapi malangnya di sebabkan oleh faktor manusia itu 'somebody', aku telah diberi amaran oleh pihak pengurusan...
Bila aku mengatakan hanya mematuhi peraturan yang dibuat syarikat sendiri...
Pengurusan masih ingin beri amaran kononnya aku tiada etika melayan pelanggan!
Cuba anda fikirkan situasi ini......
Kes 1 : Perbualan melalui TELEFON
Caller: Dik, akak nak tahu baki akaun akak..
Aku: Boleh saya dapatkan nombor akaun puan?
Caller: Akak tak ingat nombor akaun, akak beri nombor IC sahaja..
Aku: Baiklah. Tapi saya perlu buat beberapa pengesahan untuk buktikan kesahihan pemanggil...
Aku bertanyakan siapa nama ibu, nama sekolah, transaksi terakhir pernah dibuat, alamat terakhir, dan lain-lain....
Tapi manusia ini tidak boleh menjawab satu pun dari soalan tersebut dengan betul....
Aku: Maaf puan. Memandangkan puan tidak dapat membuat pengesahan diri, kami tidak dapat memberitahu maklumat lanjut mengenai akaun puan. Saya cadangkan puan hadir di kaunter. Lebih mudah untuk kami membuat semakan dan pengesahan. Mohon puan bawa buku akaun sekali ya.
Caller: Hei! Kenapa aku tak boleh tahu maklumat akaun aku...Pakai nombor ic pun bolehkan. Sebelum ni aku call senang je kawan kau beritahu. Tak banyak soal pun..
Aku: Maaf puan. Kami perlu menjaga kerahsiaan maklumat pemegang akaun.
Caller: Awak tahu tak saya siapa? Saya Puan Sri dot.dot.dot. Saya kenal Tan Sri dot.dot.dot. > tadi dia perkenalkan diri akak aje pun
Caller: Bagi aku cakap dengan ketua kau...
Aku: Boleh puan sri. Sebentar saya cuba sambungkan.
Caller: Oh! Berani kau cabar aku ya. Terus nak sambung. Bagi nama kau.
Aku: Maaf puan. Saya tidak berniat untuk mencabar. Saya hanya penuhi permintaan puan.
Caller: Amboi! Berani cakap banyak lagi. Siap kau nanti...
Panggilan dimatikan dengan kasar!
Kes 2: Berurusan di KAUNTER
Visitor: Saya nak buat pengesahan akaun isteri saya untuk mohon saham. Ini nombor akaun dia >>sambil hulurkan sehelai kertas yang di koyak dari kotak rokok.
Aku: Maaf encik. Pemegang akaun perlu hadir sendiri. Jika tidak dapat hadir, beliau kena sertakan surat perlantikan wakil. buku akaun dan ic. Encik ada bawa semua dokumen itu?
Visitor: Tak ada. Kau bercakap dengan dia di telefon.>>>again! jika aku dapat sahkan melalui telefon, bolehkan aku serahkan dokumen maklumat akaun tu kepada orang yang hadir di kaunter tanpa ada sebarang dokumen sokongan?
Aku: Maaf encik. itu peraturan yang perlu di patuhi.
Visitor mencuba pelbagai helah lain dan yang paling sakit hati, dia tak mahu berikan ic dia dia untuk aku buat salinan pun.....
Dan akhirnya....dia menjerit....Kau Kurang Ajar! Tak Tahu Layan Pelanggan!
2 hari berikutnya aku mendapat surat warning dari pengurusan beserta alasan....
"ANDA DIDAPATI TIDAK MELAYAN PELANGGAN DENGAN BAIK."
Dengan mendengar cerita di sebelah pihak....
Terus jatuh hukum.....
Langsung tidak munasabah...
Kemudian aku mendapat tahu bahawa kedua2 manusia itu adalah "somebody"...
Wahai Pihak pengurusan...
Adakah kami frontliner ini perlu melayan pelanggan double standard?
Showing posts with label Ntah hape2. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012
Sunday, 29 July 2012
Friday, 6 April 2012
Suara Buluh Perindu
Masih lagi kisah di KLIA.
Aku dan Myya berada di KLIA hampir 4 jam.
Sepanjang masa itu macam macam pengumuman di dengar.
Tapi paling tak tahan...
Suara announcer sebijik macam suara Myya...
Suara budak tadika.
Bukan menghina!
Bayangkan suara membuat panggilan terakhir sebegitu...
Dan pengumuman2 lain..
Berulang2 sebab dwibahasa.
Lembik aku dengar!
Aduyai!
Come on lah...
Suara macam tu di KLIA? International location!
Semua pengumuman tu serius!
Bukan di karaoke!
Alahai....Alahai...

Wednesday, 4 April 2012
Kurang di ajar!
Hari Jumaat lepas ke KLIA..
Che Abang baru balik dari Jakarta..
Sampai je terus ajak Myya ke Taman Mainan depan KFC..
Seronok betul Myya main..
Dah penat..aku duduk di satu sudut..
Buka tablet...
"Myya...mai tengok mak ada cerita baru Upin Ipin"
Myya tak layan.
Tiba-tiba....
"Makcik tengok cerita apa ni? Ada game tak?"
Datang seorang budak dalam lingkungan umur 6 tahun terus ambil tablet dari tangan aku..
Terkejut aku....
Myya dah datang marah-marah...
Aku ambil semula...
"Takde game la....tengok movie je...."
Kemudian hp berbunyi...
Che abang bagitahu flight baru landed...
Tengah aku bercakap, budak ni dah tekan2 skrin tablet..
Myya dah melarang marah...
Keadaan masih terkawal.
Dah habis cakap..aku simpan hp dalam beg.
Tiba-tiba....
"Handphone makcik ada game tak?"
Terus budak ni ambil handphone dalam beg aku dan tekan2..
Eh! Aku mula nak panas...
Kemudian dia main tiup buih2..
Myya seronok kejar....
Yang aku pelik ditiup buih tu jauh2 dan suruh Myya kejar...
Kemudian dia lari datang kat aku....
"Makcik nak kacang sikit.."
Sambil tangan seluk ambil coklat M&M paket 750g yang aku beli tadi..
Mula2 ambil 5-6 biji, kemudian ambil lagi 2-3 biji dan lagi dan lagi...
Aku tak hirau sangat....
Ralit memandang Myya melompat...
"Mak...tengok abang ambil banyak gula Myya..."
Sekali aku tengok dah penuh tangan dia dengan M&M tu...
Laaaa haaaiiiii.....habis setengah peket di balunnya...dekat 400g tu....
Myya baru makan dalam 10 biji je....
Aku tahu sebab aku yang suapkan coklat tu masa tengah main tadi..
Aku terus ambil plastik tu dan letak tepi..
"Makcik...nak kacang lagi..."
"Sudah lah tu...nanti sakit gigi...."
"Kedekutnya...!"
Aku tahan marah je....
"Abang...jom main bubble lagi..."
Dia buat tak tahu je...
Myya ajak lagi....
Dia buat tak dengar...
Sambil sibuk minta tablet aku nak main game....
"Takpelah Myya, nanti mak beli lain. Kita main sama2. Kesian bubble abang tingga sikit je tu."
Sekali dia jawab....
"Pergilah cari...kalau boleh jumpa di sini. Saya beli di tempat lain....Kenapa makcik tak ada game? Tak pandai ya......"
Waaahhhhhh...kepala aku dah berasap...
Terus aku ajak Myya blah...
Eh! Dengan budak2 pun nak ambil hati ke?
Eh..taklah!
Aku tak ambil kisah sangat..tapi kalau melebeh..memang aku hangin...
Sebab mak bapak aku tak ajar aku kurangajar sopan macam tu!
Dan aku pun tak ajar anak aku kurangajar sopan macam tu!
Eh..Aku tak simpan dalam hati pun...
Tapi aku akan jadikan ia pengajaran..
Semoga aku jadi ibu bapa yang mengambil tahu tindakan anak..
Aku juga berdoa agar budak itu tak terbawa2 perangainya tu di masa depan.
Ya Rabbi...bantulah hambaMU ini mendidik anakku menjadi insan solehah..Amin

Sebab mak bapak aku tak ajar aku kurang
Dan aku pun tak ajar anak aku kurang
Eh..Aku tak simpan dalam hati pun...
Tapi aku akan jadikan ia pengajaran..
Semoga aku jadi ibu bapa yang mengambil tahu tindakan anak..
Aku juga berdoa agar budak itu tak terbawa2 perangainya tu di masa depan.
Ya Rabbi...bantulah hambaMU ini mendidik anakku menjadi insan solehah..Amin
Tuesday, 3 April 2012
Ada Apa Dengan Nama?
Topik pagi Hot FM hari ni bercerita tentang nama.
Ramai yang hantar mesej mengenai kisah2 berlaku disebabkan nama.
Ada yang juga terpaksa tukar nama asal yang ejaannya payah benar untuk dibunyikan.
Ada juga nama asal cantik sebutan dan maknanya tapi dilupakan kerana lebih dikenali dengan nama gelaran.
Ada yang mempunyai nama asal dan gelaran yang buruk maknanya.
Ada yang bangga dengan nama dan ada yang benci dengan nama sendiri.
Bercerita tentang nama gelaran..
Aku teringat di sekolah dulu ada yang pandai-pandai menambah gelaran selepas nama aku yang sama bunyi suku kata pertamanya..
Gelaran tersebut langsung tak mencerminkan keadaan sebenar..
Sedangkan yang seronok menyahut dan memandai beri gelaran tersebut mempunyai fizikal yang benar2 serupa dengan gelaran tersebut...
Aku pun pelik...
Mula2 buat tak kisah...tapi makin lama makin melampau...
Bila cikgu panggil nama aku...dia akan tolong sambung panggilan dengan gelaran buruk tersebut..
Cikgu dan rakan lain ketawa...
Dan akhirnya aku suarakan rasa tidak senang aku dengan tegas..
Sampaikan ustazah menjadikannya satu topik dalam kelas..
Dia mempertahankan tindakan kononnya bergurau...
Bangang! Guraun yang sebenarnya kena pada batang hidung sendiri..
Langsung tak sedar diri!
Tak pernah tengok cermin agaknya!
Islam juga melarang memberi gelaran yang buruk kepada sesama manusia..
Namun gelaran yang membawa maksud yang baik dibenarkan.
Berikan juga nama panggilan yang bermaksud baik kepada anak
Kerana panggilan itu akan menjadi doa
Yang akan mencerminkan keperibadiannya kelak
Note: Kepada caller yang giler takut isteri nak namakan anak yang akan lahir dengan nama "Mail Lambung" sebab nampak gerun, dan isteri pun tak fikir langsung impaknya kepada anak dimasa hadapan. Apa yang boleh aku katakan "Bukankah awak yang akan pergi daftarkan nama anak di JPN nanti? Tak kan la bini yang baru bersalin tu nak ikut ke JPN pulak! Ceh! Kecoh lebeh!"

Tuesday, 31 January 2012
Syirik tu!
Waktu lunch tadi...
Aku keluar ofis.
Dengar bunyi berdentam dentum bunyi gendang.
Eh!Eh! Ada pertunjukkan tarian singa lah.
Enam ekor singa sedang melompat akrobatik.
Ekornya tergedik2, mata berkelip2, telinga bergoyang2.
Soooooo cute.
Aku berhenti. Berdiri tegak memandang.
Tiba2 ada mamat berkopiah bawa kerusi plastik lalu.
Dia senyum. Sinis.
Aku balas senyuman. Paksaan. Aku kenal mamat ni.
Dia berhenti disebelah dan bersuara..
"Buat po tengok benda syirik ni semua? Berdosa!"
Aku diam.
"Amboi kusyuk tengok. Tak sedar ore ghoyak ni."
Aku diam. Malas nak layan.
"Ni semua buang duit. Takde faedah! Ni bukan halau hantu, banyak hantu berdiri tengok adalah. Cuba mu pun join menari sama. Seronok sangat tengok dari tadi."
Kali ni aku berpaling pandang. Buntang mata aku.
"Blah lagi baik!"
Apa dengan tengok je aku dah ikut syirik?
Bercakap tak guna otak! Bangang!
Mereka berusaha berpeluh berkerja keras cari rezeki.
Engkau buat apa?
Setakat duduk tadah tabung meminta minta..
Setitik peluh usaha tak keluar.
Konon nak bina sekolah. Di Thailand pulak tu.
Dah 3 tahun bagi alasan sama.
Sampai sekarang tak bina lagi ke sekolah tu?
Menipu pun dah jadi kerja.
Double bangang!

Thursday, 29 December 2011
Saya kawan Tan Sri.....
1.20pm
Perbualan dengan customer.
Intro...bla..bla..bla...
C: Saya Y****b. Saya ni kawan lama Tan Sri. Saya dulu satu sekolah dengan dia. Dari sekolah rendah lagi. Kami ni dah macam kawan baik (ala-ala BFF gitu). Rumah saya dekat dengan rumah Tan Sri dulu. Tan Sri suka main bola. Petang2 kami selalu main bola sama2. Dia pandaaaaiiiii main bola. Cekap sungguh....bla...bla...bla...
Customer bercerita tanpa henti hampir 4 minit....
Aku tak sempat menyampuk pun...aku diam je mendengar.....
C: bla...bla...bla....pendek kata saya ni memang baik dengan Tan Sri!
A: Rapat sungguh hubungan encik ya. Masih berhubungan dengan Tan Sri. >>>dari cerita dia aku jangka macam dah di tokok tambah....tapi aku cuba cut short...
C: Memang rapat. Family dia pun dah macam family saya sendiri. Tapi itulah....Tan Sri tu sibuk memanjang....payah benar nak ajak minum kopi pun......
A: Hmm...maaf ya...saya memang seronok nak dengar kisah encik lagi..tapi ada banyak call masuk sekarang ni...ada apa2 yang saya boleh bantu encik?
C: Saya nak pakai duit sekarang ni....boleh di katakan kecemasan....saya tahu sekarang ni urusniaga di tangguh...tapi tak ada cara lain kah?
A: Maaf encik...kami memang tak boleh hentikan proses yang sedang berjalan sekarang ni. Ia amat berisiko tinggi jika dilakukan.
C: Kalau saya buat rayuan?
A: Setiap tahun ramai yang buat rayuan. Tapi biar saya terus terang saja...tiada satu pun yang berjaya mendapat kebenaran.
C: Tapi ini melibatkan antara hidup dan mati. Tak kan tak boleh tolong. Biar saya bercakap sendiri dengan Tan Sri.
A: Maaf encik. Untuk pengetahuan encik. Tan Sri pun pernah memohon perkara sebegini. Tapi bila kami jelaskan semua risikonya, dia faham. Lagi pun encik, tempoh penangguhan ini dilakukan setiap tahun pada tarikh yang sama.
C: Oh! Tan Sri pun kena jugak? Hahahaha...Tak pe lah...Biar saya call Tan Sri sendiri...tak kan kawan tak boleh tolong kawan kan?
A: Saya minta maaf sekali lagi ya....Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu?
C: Terima kasih. Saya nak call Tan Sri terus.
A: Terima kasih kerana memanggil.
Note: Macam-macam taktik yang digunakan sekarang ni! Alasan kecemasan melibatkan hidup dan mati ni setiap tahun ada...

Wednesday, 2 November 2011
Minta la....air apa pun boleh.....
Alkisah aku telah membantu seorang insan memudahkan urusannya...
Insan ini begitu gembira dan ingin memberi ganjaran sebagai ucapan terimakasih...
Aku menolak dengan baik sebab bagi aku bantuan itu tak seberapa pun...
Tapi ntahlah....begitu bermakna bagi insan ini...
Mungkin disebabkan pengalamannya dengan orang lain sebelum ini....
Insan ini tidak jemu menghubungi aku....
Berkali-kali...berhari-hari....
Aku menolak sebab tidak mahu timbul konflik nanti....
Dan akhirnya....
I: Biarlah pakcik belanja minum...itulah yang mampu...rasa tak senang sebab puan dah banyak bantu saya..
A: Tak apalah pakcik.Saya bantu ikhlas..Tak susah manapun
I: Apa salahnya...ke tak sanggup jumpa pakcik...
A: Bukanlah....saya agak sibuk sekarang ni...
I: dapat minum kopi secawan pun jadilah....
A: Tak mengapalah pakcik....saya ikhlas ni.. Pakcik doakan saya sajalah...
I: Ke tak minum kopi? Takpe..mintalah air apa pun....
A: Pakcik doakan saya pun dah besar rahmatnya.Terima kasih ya..
I: Janganlah macam tu....cakap je....air apa pun pakcik sanggup belanja...Pakcik dah dekat opis puan ni...
A: Ha? dah dekat >>>>entah apa motif nak panik....
I: Cakap je air apa pun boleh >>>>>entah apa motif jugak paksa2 aku ni!
A: AIR YASIN.....boleh? >>>>>jawapan spontan aku tembak!
I: Hmmmm....ni sungguh2 tak nak terima pelawaan pakcik ni...
A: Er...er....er....>>>>>dah takut pakcik ni kecik ati...
I: Takpe2....pakcik paham. Walau apa pun pakcik sangat berterima kasih......lalalalalala...
Perbualan seterusnya tak payahlah diceritakan disini.....
AIR YASIN ??????
Errr....tak boleh ke? Kata tadi air apa2 je...
Muuhaaaahhaaaaa...gila sengal aku ni! Maaf ya pakcik!

Thursday, 27 October 2011
Salah nombor daaaa.....
Telefon berbunyi ring...ring...ring....
Ku angkat ku tanya siapa....
Haaa! Ingat lagi lagu ni masa sekolah dolu-dolu....
Entah apa motif nyanyi lagu ni pulak?
Al kisah salah nombor daaaaa....
A: bagi intro dulu.......
C: Cik! Saya nak buat semakan penerbangan ke KK pukul 3 petang ni confirm atau tidak.
A: Maaf encik. Rasanya encik dah silap nombor.
C: Ini bukan Air Asia kah?
A: Bukan. Ini company XXXX
C: Oh sorry!
Caller terus letak!
Lepas 1 minit....
Telefon bunyi tut...tutttttt.....
A: bagi intro dulu.....
C: Eh! Engkau lagi! Engkau angkat apasal?
A: Maaf ya. Encik nak bercakap dengan siapa ya?
C: Aku nak call Air Asia...asyik dapat tempat engkau je...
A: Encik dah salah nombor ni...
C: Apa nombor Air Asia?
A: Maaf. Saya tak pasti. Mungkin encik boleh cuba call Directory Telekom.
C: Menyusahkan betul lah!
Caller letak gagang....
Note: Aku pun tak pasti siapa yang menyusahkan dia tu....:-P

![]() |
| Air Asia Helpline : 603-21719222 |
Note: Aku pun tak pasti siapa yang menyusahkan dia tu....:-P
Tuesday, 18 October 2011
Kenapa tamak harta orang?
Today @ 1.45pm
Perbualan telefon dengan pemanggil...
Intro..bla..bla..
Situasi : Caller nak buat permohonan untuk keluarkan wang simpanan datuk saudaranya yang telah meninggal dunia.
Penerangan telah diberikan bahawa hanya waris terdekat seperti anak, adik beradik kepada datuk saudaranya sahaja yang boleh memohon. Surat kuasa juga diperlukan.
Caller mendesak dengan alasan anak-anak datuk saudaranya tidak peduli dan membenarkan dia membuat tuntutan...
C: Saya cucu saudara pun boleh dianggap waris.
A: Maaf encik. Waris yang terdekat masih hidup. Mereka lebih berhak...Kalau benar
mereka mengizinkan pun, encik kena ada akuan sumpah atau sebarang dokumen
yang sah seperti perlantikan pentadbir harta sebagai bukti...
C: Tak boleh..mereka semua tak boleh tahu arwah ada duit. Kalau saya tak tuntut
rugilah... lagipun mereka tak jaga atok saya tu pun...
A: Kami tak boleh buat apa-apa pun...encik berbincanglah secara elok dengan
mereka...
C: Kenapa saya tak boleh tuntut?
Aku diam je. Malas nak panjangkan lagi...Masuk ni dah 5 kali dia tanya kenapa tak boleh tuntut...dah 15 minit aku melayan dan menjawab soalan yang sama
C: Kenapa diam? Dah tak mahu layan saya?
A: Seperti yang telah diterangkan berkali-kali. Encik bukan waris berhak. Itu lah
masalahnya.
C: Apa masalahnya? Bukan duit kau..duit atuk aku...
A: Saya rasa penerangan yang saya berikan dah lengkap. Ada apa2 persoalan lain
yang boleh saya bantu?
C: Nak bantu apa lagi...aku nak buat tuntutan pun tak boleh...Oklah terima kasih..
A: Terima kasih kerana memanggil..
C: Tak guna pun..tak selesai masalah aku...
Caller matikan panggilan..
Note : Tuuu diaaa...sanggup tu nak bolot harta orang....Menurut citer caller, atuk dia yang kaya ni ada 5 anak lelaki (termasuk bapa dia). Tapi dia dah sembunyikan buku akaun atuk ni. sebab tu waris yang lain tak tahu...duit dalam akaun ni memang banyak..cecah ratus ribu...dunia..dunia....
Wednesday, 12 October 2011
Go to h*ll lah!
3.15pm
Perbualan dengan customer...
Intro...bla..bla..bla...
C: I nak beli unit saham ***. Masih ada lagi?
A: Semakan perlu dibuat di kaunter bank. Sekarang unit sangat terhad. Encik perlu
ke kaunter dan buat transaksi segera jika masih ada unit.
C: Setiap minggu aku telefon mesti ada orang boleh bagitahu berapa jumlah yang
ada...Aku tak mahu cakap dengan kau...Panggil supervisor kau....
A: Maaf encik. Kami tak pernah ada data sedemikian sebab transaksi online di kawal
di kaunter sahaja. Encik akan dapat jawapan yang sama dari supervisor saya....
C: Panggil supervisor kau...aku tak nak cakap dengan kau....>nada keras dan tinggi
Panggilan disambung kepada supervisor....aku bagi hint mengenai sikap caller....
Perbualan seperti di maklumkan oleh supervisor....antaranya...
C: Ada 1 juta unit lagi saham ***? Aku nak beli RM14K
S: Maaf encik. Semakan dan transaksi unit boleh dibuat di kaunter sahaja..
C: Kau ingat aku bodoh?
S: Maaf encik. Saya tak pernah kata encik macam tu...
C: Ahhhhhh...Go to h*ll!!!!!
Gagang di hempas...
Merah padam muka supervisor aku menahan marah....kesian....
Note : Tanya macam bagus 1 juta unit....tapi nak beli RM14k je....siap sumpah orang....bagus sangat lah tu....

Thursday, 29 September 2011
Jangan tanya lebeh2...
9.08am
Perbualan telefon dengan customer
Intro...bla..bla..bla...
C: Saya nak masuk duit dalam akaun ***. Ada unit lagi?
A: Sebelum tu boleh saya tahu encik nak mendaftar untuk anak atau diri sendiri?
C: Apa kau sebok tanya aku ada anak atau tak?
A: Bukan begitu..buat masa sekarang ni unit dalam akaun *** sangat terhad. Saya
akan cadangkan akaun lain yang hampir serupa kalau encik berminat.
C: Nak cadang? Cadang je lah...tanya aku ada anak ke tidak buat apa? Buat kerja
kau sudah. Jangan jaga tepi kain orang..boleh?
A: Bukan itu tujuan saya bertanya...Musim sekarang ni biasanya orang akan buka
akaun untuk simpan duit raya anak..lagipun akaun yang encik nak masuk
tu biasanya di buka untuk anak dan boleh dikatakan habis dilanggan.
Sebab tu saya akan cadangkan.....>tak habis ayat aku dia menyampuk
C: Tak payah. Kau jawab je soalan aku..tak payah tanya lebeh2....Kalau dah tak ada
cakap jelah tak ada..
Caller letak gagang......
Note: Ada aku kesah ko ada anak berapa? Sombong nak mampus....rugilah ko ada peluang baik aku nak offer...

Tuesday, 6 September 2011
Seram Kelakar Sedih di Hari Raya 2011
Hari raya tahun 2011 disajikan dengan pelbagai telemovie atau movie hantu atau seram....
ntah hapa2...
baik RTM,TV3, mahupun ASTRO....
aku tau la itu batch movie seram last years....
yang aku heran tak cukup movie seram malaysia, bawa masuk hantu international pulak...dari indonesia, hong kong....
nak muntah aku...
ada ka patut....
Antara movie yang aku ingat...
Pontianak beraya di Kg Batu,Santau, Susuk, Jangan pandang belakang congkak 1 & 2, Beranak dalam kubur, pocong, Congkak, Momok the movie, Niyang Rapik, Ngangkung, Mantera, Dendam Sundel Bolong Malaysia, etc
Yang aku tak tahan ada cerita 'You saka...pergi jauh-jauh' then keluar pulak 'Jalan-jalan cari Saka'....
Cerita lawak jer....seronok jin setan kehidupan mereka difilemkan...jangan ada yang menjelma nak berlakon sama sudah...
Aku puji citer yang boleh beri pengajaran.....biasanya sedih nangis2 kesat air mata hidung segala laaaa...Ambil iktibar....
Deru Ombak, Jangan Bakar Mayat Anakku, Tanah Kubur, Satu permintaan, etc
Note : Bulan Ramadhan hantu setan kena ikat...tiba Syawal..depa pun terlepas lah... manusia pun kasi chance depa seronok sakan bermaharajalela...hahaha

Friday, 2 September 2011
Cuti raya? Lu olang memang malas ooo
2 Sept 2011 : Raya Ke Empat @ Jumaat
Perbualan telefon pada 11.05am dengan caller...
Intro..bla..bla..bla...
C: Kenapa lambat angkat telefon
A: Maaf encik. Hari ini kekurangan staff. Ramai yang masih bercuti Hari Raya.
C: Apa? Kalau you all tak laya pun boleh mati ka? Semua tak mau kelja ka?
A: Maaf encik. Kita mencuba sebaik mungkin untuk menjawab semua panggilan. Apa
yang boleh saya bantu encik.
C: Saya mau kelual luit hali ni boleh ka? Mau pakai luit...
A: Boleh. Encik boleh datang ofis sini atau pergi bank.
C: Takmau bank. Saya mau latang sini. Lu opis ada buka ka?
A: Buka. Kita tutup pukul 4 petang nanti.
C: Apa mau tutup? Mau laya lagi? Laya 3 hari tak cukup lagi ka?
A: Ada apa2 lagi yang boleh saya bantu? >aku cuba tak leretkan bebelan dia
C: Lu semua memang malas lah. Kalau semua sibuk mau cuti. ini Malaysia boleh
banklap takda olang kelja.
A: Maaf ya saya bertanya. Sudah berapa kali encik call hari ini? >aku dah hangin
sebab dari tadi angkat call. Ada la missed satu dua tak sempat pick-up.
C: Hali ni ini kali kedua call balu lu mau angkat.. Sulah lah...sulah malas mau
kelual. Esok balu latang lu punya opis. > laa..aku ingat dah patah jari dia mendail
A: Hari Sabtu dan Ahad cuti. encik datang hari isnin ya. ofis buka pukul 8am-4pm.
C: Apa? Cuti lagi? Lu olang memang butoi2 malas oooo...Haiyaaa...malas mau cakap
lagi...
Gagang diletak tanpa sempat aku buat ucapan penutup....
Nota : Apa korang tak pernah sambut raya juga ka? kan aku dah kerja hari ni?

Friday, 12 August 2011
Kalau tak tahu hargainya nyawa, tolong jangan susahkan orang lain!
Entri lepaskan tekanan...
Pengalaman sepanjang bertahun memandu di jalan raya....
Sekarang ni makin ramai manusia yang dah tak pandai menghargai nyawa..Nyawa ada satu je beb. Kalau dah melayang..takkan dapat balik..kecuali dengan izin-NYA.
Dahlah tak sayang nyawa sendiri, Nyawa orang lain pun dia tak peduli, cukup menyusahkan...
Antara mereka yang kini tak sedar diri ni...
Golongan pertama :Pejalan kaki
Aku tengok kalau pejalan kaki berjalan di tepi jalan raya...wah!! lenggang kangkung.. macam menyuruh2 je peragut tu mendekat .> ragut lah bang..i rela ... dah kena baru nak nangis2.... dah terlambat!
Kalau melintas jalan pulak....ada yang menonong je tak toleh kiri kanan...ada pulak yang mengacah-acah kat tepi jalan tu..kejap melangkah depan..kejap berundur balik....aku ni kenalah main brek ! Panas betul !
Ingatkan dah berundur tu tak jadilah melintas, tapi bila aku dah dekat..meloncat dia terus lintas...aku emergency break tuuuu.... nasib baik kereta belakang pun sempat break....kalau accident tadi?? Dia blah je macam takde apa-apa? Memang kasi panas!!!
Paling tak tahan bila melintas kat zebra cross tu... belum hijau lagi bunyi tet!tet!tet! suh ko melintas, yang ko melompat lintas jugak apehal??? kalau terlanggar nanti, pandai la ko report kata aku langgar kat laluan melintas...memang sah2 polis tu akan kata aku salah!
Lagi satu spesis, kalau kenderaan dah bagi laluan...boleh pulak dia melintas ala-ala miss universe...sambil gelak2...kibas2 rambut...bila aku hon...boleh pulak tunjuk penumbuk....Kasi panas lagi!!! aku langgar kang!!!
Eeeeiii..ko tak sekolah ye? Di sekolah bukan ada ajar ke cara nak melintas????
Golongan kedua : Pemandu bas/lori/trailer
Wahai pilot darat...tolonglah kesiankan nyawa orang lain jugak...Tahulah body ko tu besar...kalau lenyek keta aku yang comel tu... mau dengan aku sekali jadi rempeyek...
Adakah patut ko main cilok2, potong sana sini, himpit2 di laluan sempit....pernah kereta aku bergesel sebab ko himpit mengejut...sikit lagi nak melintang di lane bertentangan...nasib baik aku sempat pusing stereng masuk balik laluan...macam nak meletup jantung aku!!!
Bagi pemandu bas, cuba sesekali tengok cermin belakang tu...ramai nyawa tengah berhimpit2 dalam badan bas ko...dengan orang tuanya..anak kecilnya...masing2 nak balik jumpa orang tersayang...bukan ko sorang je tau ada orang tersayang!!
Golongan ketiga: Penunggang motorsikal
Penunggang yang berperangai macam pelesit ni lah yang suka bikin panas...cilok2 dan memotong tak bagi signal tu biasalah..yang tak tahan boleh ketuk cermin kereta aku minta bagi laluan sebab dia tak boleh cilok..halooo laluan sempit camtu pun ko nak cilok...dari 2 lane kereta berbaris jadi 3 lane..ko nak aku himpit mana lagi? Aku kasik can.. malas nak gaduh dan nak bagi ko puas hati, aku pun himpit kiri nak luaskan laluan ko, tapi sempit jugak...motor buruk ko tu tak leh lepas jugak...kalau lepas pun belum tentu kereta depan nak bagi laluan jugak...takkan ko nak ketuk cermin setiap kereta kan....
tapi apa yang buat aku panas..ko redah jugak sampai calar side mirror aku, siap angkat jari tengah kat aku...bengong! sekali kau sangkut jugak bila kereta depan tak bagi laluan...tunggu jugak ko kat situ..takde pulak ko ketuk atau angkat jari...takutlah tu sebab driver dia badan macam badak..sekali keluar hentak ko ...aku tepuk tangan kuat2....
Hari2 bikin panas!!!!!
Nota : Memang menyusahkan spesis2 ni semua. Sangat pentingkan diri. Kalau terkena batang hidung sendiri, baru padan muka.

Thursday, 4 August 2011
"Aku tahulah! B*d*h!"
9.10 am
Perbualan telefon......
Intro : Bla..bla..bla...
Caller : Bila akaun *** digantung?
Aku : 22hb Ogos.
Caller : Seminggu?
Aku : Sampai hujung bulan Ogos.
Caller : Bila dapat dividen?
Aku : Hari pertama bulan September. Transaksi keluar masuk akaun boleh buat
pada hari bekerja sahaja.
Caller : Tapi 1 September kan cuti?
Aku : Ya. Encik kena tunggu hari bekerja kalau nak buat transaksi. (Aku dah tahu
caller ni mesti nak keluar duit. Cara tanya dah tahu...)
Caller : Kalau macam tu tak boleh lah aku nak keluar duit.
Aku : (Haaa! Kan aku dah cakap!!) Maaf. Kalau nak keluar duit kena tunggu
esoknya. Hari bekerja.
Caller : Tapi aku nak pakai duit.
Aku : 1 September tu cuti ganti Hari Raya. Semua bank dan cawangan ofis kami
pun tutup. Encik datang 2 hb ya.
Caller : Eh! Kan dah cakap aku nak pakai duit.
Aku : Macam ni lah. Kalau dah emergency sangat, saya cadangkan encik keluar
duit sebelum 22 Ogos ni.
Caller : Kalau keluar sekarang tak dapatlah dividen.
Aku : Maaf encik. Tak ada pilihan lain lagi..
Caller : Tapi aku nak keluar 1hb juga..takde cara lain?
Aku : Bank semua tutup. Tak de operasi. Next day baru buka. Encik datang 2hb ya.
Caller : Aku tahulah! B*d*h!
Perbualan mati bila gagang dihempas oleh caller..
Bingit telinga aku!!!
Siapa yang budus sebenarnya ni???? Pagi-pagi sudah bikin panas!
Nota: Kepada manusia2 diluar sana...sila bertimbangrasa bila bercakap ya

Tuesday, 2 August 2011
Terima kasih wahai penyamun
Hari pertama Ramadhan 1432 H @ 5.30 pm
Panggilan telefon diterima…
Daddy : Yang.. tak boleh ambik anak petang ni…
Mommy : Aaa? Nape pulak? Kan dah janji…
Daddy : Keta tak boleh hidup..
Mommy : Bateri kong lagi? Kan baru servis…
Daddy : Bateri kong hapenya…Bateri seketul tu dah hilang…dah kena curi..
Mommy : Haaa?
Nota : Terima kasih wahai penyamun…sekurang2nya kau tak rosakkan atau pecahkan yang lain. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)