Tuesday, 18 October 2011

Kenapa tamak harta orang?

Today @ 1.45pm

Perbualan telefon dengan pemanggil...
Intro..bla..bla..
Situasi : Caller nak buat permohonan untuk keluarkan wang simpanan datuk saudaranya yang telah meninggal dunia.
Penerangan telah diberikan bahawa hanya waris terdekat seperti anak, adik beradik kepada datuk saudaranya sahaja yang boleh memohon. Surat kuasa juga diperlukan.
Caller mendesak dengan alasan anak-anak datuk saudaranya tidak peduli dan membenarkan dia membuat tuntutan...

C: Saya cucu saudara pun boleh dianggap waris.
A: Maaf encik. Waris yang terdekat masih hidup. Mereka lebih berhak...Kalau benar
     mereka mengizinkan pun, encik kena ada akuan sumpah atau sebarang dokumen
     yang sah seperti perlantikan pentadbir harta sebagai bukti...
C: Tak boleh..mereka semua tak boleh tahu arwah ada duit. Kalau saya tak tuntut
     rugilah... lagipun mereka tak jaga atok saya tu pun...
A: Kami tak boleh buat apa-apa pun...encik berbincanglah secara elok dengan
     mereka...
C: Kenapa saya tak boleh tuntut?

Aku diam je. Malas nak panjangkan lagi...Masuk ni dah 5 kali dia tanya kenapa tak boleh tuntut...dah 15 minit aku melayan dan menjawab soalan yang sama

C: Kenapa diam? Dah tak mahu layan saya?
A: Seperti yang telah diterangkan berkali-kali. Encik bukan waris berhak. Itu lah
     masalahnya.
C: Apa masalahnya? Bukan duit kau..duit atuk aku...
A: Saya rasa penerangan yang saya berikan dah lengkap. Ada apa2 persoalan lain
     yang boleh saya bantu?
C: Nak bantu apa lagi...aku nak buat tuntutan pun tak boleh...Oklah terima kasih..
A: Terima kasih kerana memanggil..
C: Tak guna pun..tak selesai masalah aku...

Caller matikan panggilan..

Note : Tuuu diaaa...sanggup tu nak bolot harta orang....Menurut citer caller, atuk dia yang kaya ni ada 5 anak lelaki (termasuk bapa dia). Tapi dia dah sembunyikan buku akaun atuk ni. sebab tu waris yang lain tak tahu...duit dalam akaun ni memang banyak..cecah ratus ribu...dunia..dunia....

No comments: