Sunday, 2 October 2011

Power of Word & Water

Perkataan baik yang diucapkan mampu memberi kesan mendalam dan semangat untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kebahagiaan dan ketenangan.
Perkataan yang buruk yang diucapkan juga mampu memberi kesan mendalam tetapi lebih "membunuh" kehidupan...
Doa merupakan contoh perkataan dan pengucapan yang baik dan mampu memberi penyembuhan pada kesakitan dengan izin-NYA...
Tiada doa yang menggunakan perkataan buruk akan dimakbulkan Allah...
Anak-anak yang selalu mendengar perkataan yang baik dari ibu bapa dan orang sekeliling pasti mempunyai akhlak yang beradap, sopan dan menyejukkan hati....
Anak-anak yang selalu mendengar makian dan cacian akan membesar dengan tingkahlaku yang menyakitkan hati...

Perkataan yang baik juga perlulah dituturkan secara lemah-lembut untuk memikat pendengar ke arah kebenaran...
Perkataan yang baik tetapi diucapkan dengan kasar atau perlian sama saja seperti menuturkan perkataan buruk dan menimbulkan kemarahan....

Firman Allah berbunyi :  “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” (Surah al-Furqan, ayat 63)


Selain menyebut dan mendoakan perkataan baik secara langsung, elemen kebaikan ini boleh juga dipindahkan melalui air atau sebarang bentuk cecair (termasuk minyak)..


Sifat cecair adalah menyerap....


Kajian saintifik oleh makhluk Allah dari Jepun; Massaro Emoto (semoga Allah memberi hidayah kepadanya) telah membuktikan bagaimana air boleh dijadikan kaedah penyembuhan...


Kristal-kristal yang indah akan terbentuk dalam molekul air yang telah didoakan atau dibacakan dengan perkataan serta muzik yang baik...Subhanallah..
Ia mampu menjadi ejen penyembuhan kerana penyerapan molekulnya secara langsung kepada tubuh peminum..Insya Allah...
Air zam-zam antara bukti terhebat kurniaan Allah yang begitu bersinar kristalnya dan telah terbukti berjaya menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin-NYA..Al-hamdulillah
Perkara sebaliknya berlaku jika air terdedah kepada bunyian yang tidak elok dan merosakkan.....terasa payau dan pahit!

Walaupun kajian saintifik ini masih menjadi pertikaian, anda boleh mencuba sendiri dan merasai sendiri perbezaannya..



Nota : Pengalaman saya : Air yang telah didoakan dengan Surah Yassin (dibacakan oleh jemaah di surau setiap malam Jumaat) terasa lebih manis dan pure...seakan-akan air zam-zam...
 

No comments: