Thursday 26 December 2013

Myya's New Friend

cuba teka..



tadaaaa

perkenalkan landak mini@hedgehog

macam cantik je anak mak ni..
macam comel je landak ni..

hi LOMO..nama asal...
tapi Myya asyik tersasul panggil NEMO..

bukan main suka ye...
posted from Bloggeroid

Thursday 19 December 2013

Fun with Myya : Draw the people

It's Myya and friends
Playing happily under the sun
Lots of love
And flowers


posted from Bloggeroid

Saturday 14 December 2013

Princess Room

Tadaaaa...
Sudah tukar...
Princess bed only!


oh yaaa...cadar 370 threads ni sangatlah lembut..
Nyamannya tidur..
posted from Bloggeroid

Myya's Birthday Prize: Hello Kitty Bedroom

Mak dan Ayah rasa dah tiba masa untuk Myya tidur di katil sendiri..
Mak mahu Myya happy bila ada dalam bilik nanti..
So mak perlu tanya apa yang Myya mahu..
Mula mula Myya macam tak tahu..
Jadi mak google dan tunjukkan contoh design bedroom yang ada..
Myya terus angguk dan cakap..

"Cantiknya..Myya nakkk...warna pink...banyak Hello Kitty....mesti comelkan mak...Myya suka..Myya suka..." #sambil gengam dua tangan letak dipipi kepala lentok#

Amboi!

Kenapa hello kitty? Kenapa tak princess?

"Myya nak Hello Kitty macam kita tengok masa pi legoland tu...hmmmm princess pun nak jugaklah..dua dua boleh?"

Toooodiaaaa...tanya lagi banyak2..hehehe...

Seronok betul masa Myya main di Hello Kitty Sanrio kat Johor dulu..tu yang masih terkenang kot...hehehe...

Ayah mula ajak pergi kedai untuk cari katil almari segala design hello kitty...tapi harga yang kena bayar melampau bonar...sorry sayang mak rasa lebih baik duit tu mak belanja sekolah Myya nanti..

Jom kreatif inovatif and save the budget..baru bijak...hahaha...

Abraaaa ke dabraaaaa....pringgggg *ala ala mother fairy ketuk tongkat sakti**


tadaaaa.....siap sudah...


katil lama dibalut dengan wall paper 1 gulung * RM 17.90 @ DIY*
karpet pink *RM130 @ Nilai 3*


Cadar Hello Kitty *RM89 @ Jusco*
Bantal peluk Hello Kitty *RM50 @ Nilai 3*


Rak buku *RM36 per pcs @ Kedai Perabot*
Almari baju *RM700 @ Kedai Perabot*
Langsir Hello Kitty *RM50 @ Jusco*


accessories *beli bila jumpa* tisu@Guardian*Toys@McD*

Next design requested


Hmmm..
Mak tukar cadar je lah nak...

Myya loved it so much!
Keep smiling..and smiling...
Alhamdulillah
posted from Bloggeroid

Friday 13 December 2013

Patutlah Dia Kaya

M: Myya..kesian ayah..tadi ayah jumpa doktor sebab sakit gigi..doktor cabut gigi ayah...

Myya berlari cari ayah...

m: Ayah...mana gigi ayah..bagi Myya
A: Nak buat apa?
M: Nak letak bawah bantal...nanti kita tidur..esok pagi bangun bawah bantal ada duit ka emas ka...macam cerita oggy tuuu...
A: Ooooo....tapi takdela....doktor dah amik gigi tu..tak bagi ayah pun.

Myya berlari semula kat mak sambil buat muka sedih...

m: Mak..doktor tak bagi pun gigi ayah...tak boleh letak bawah bantal..rugi je...
M: Kalau tak minta memanglah doktor amik gigi tu..
m: Doktor amik semua gigi orang lain jugak ke
M: Aa..aahh
m: Patutlah dia kaya...semua gigi tu dia letak bawah bantal dapatlah duit banyak...

Muahahaha.....mak ngan ayah dah guling guling gelak....

posted from Bloggeroid

Sambal Bilis Staranisecafe



source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan A
1 cawan bawang kisar
1 cawan cili kisar
1 sudu teh belacan bakar (optional)
2 sudu makan sos tomato
2 keping asam keping
2 sudu makan gula melaka/secukupnya
1 kiub ikan bilis
Garam secukupnya
1 cawan minyak

Bahan B
Air secukupnya
1 biji bawang besar hiris kasar
1 cawan ikan bilis

Cara
1. Tumis bawang kisar hingga wangi
2. Masukkan cili kisar. Gaul sebati dan biarkan masak hingga pecah minyak (minyak timbul)
3. Masukkan bahan A yang lain. Tumis hingga masak.
4. Masukkan air mengikut kepekatan dikehendaki. Didihkan.
5. Masukkan ikan bilis. Didihkan hingga ikan bilis sedikit lembut dan masak.
6. Akhir sekali gaulkan bawang hiris.
7. Minyak berlebihan boleh dibuang sebelum dihidang.
posted from Bloggeroid

Bubur Nasi Pantas



source: staranisecafe.blogspot.com
serve: 2

Bahan
1 cawan beras
5 cawan air / secukupnya ikut kepekatan
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar bawang kisar
2 inci halia - ketuk
3 biji bawang putih-ketuk
1 sudu kecil garam

Cara
1. Tanak nasi dan semua bahan dengan 2 cawan air
2. Bila nasi dah kembang, lecek dengan senduk hingga hancur.
3. Tambah air dan kacau hingga mendidih. Pastikan api kecil.
4. Kalau tak cukup cair, tambah air lagi dan didihkan lagi.

Tips
1. Cara diatas membolehkan bubur siap dimasak lebih kurang 30 minit
2. Jika guna kaedah biasa, nasi ditanak dengan air banyak dan api perlahan. Kacau hingga jadi bubur.
3. Bubur lebih sedap jika ada sedikit kerak nasi
4. Gantikan kiub ayam dengan potongan ayam atau ikan
5. Jumlah air berbeza ikut jenis beras. Paling sedap guna beras siam.Wangi je..
6. Makan bubur dengan cili kicap atau sambal bilis atau taburan daun bawang atau bawang goreng atau telur masin atau ikan goreng atau suka suka hati sedap nak makan

Mmmmmm..dapppp baq hang!!!
posted from Bloggeroid

Saturday 7 December 2013

Tahi telinga anak keras

Petang tadi Myya mengadu sakit telinga
Cepat cepat aku amik torchlight
Sekali suluh belek punya belek tak nampak apa2 pelik
Kemudian che abang bagi torch light halogen pakai power bank
Tooodiaaaaa...baru nampak...
Ada benda berketul dalam telinga
Aku suspect Myya sumbat something
Tapi katanya takde dan aku percaya...i know her..
Aku amik twezzer dan cuba keluarkan..
Tapi benda tu pecah part yang aku sepit tu berderai berhabuk berkeping
Masih ada baki berketul...
Sekali Myya nangis ajak jumpa doktor..
Aku pun cuak apakebenda dalam telinga tu

Doktor teropong dan kata tu tahi telinga suda keras gitu..
Pelik jugak sebab selama ni aku cuci telinga idak le menyumbat ke dalam kan..
Cuci kat luar je pun
Doktor juga pesan dolu tak yah cuci dalam sbb nanti tahi telinga mencair dan keluar sendiri.
Tapi sekarang apa sudah jadi..
Doktor bagi soluwax..ubat titis utk cairkan yg keras
Then katanya akan keluar sendiri...

Lepas dua jam
Aku tak sabar dah..
Aku belek dan cuba tarik guna twezer..
Kali ni tak pecah tapi bertali dan akhir sekali seketul besar macam tali pusat kering dah..
Humang aih..
Geram pulak aku dengan kejadian ni!
Akhirnya Myya kata lega dan dapat dengar lebih jelas..
Now i know kenapa dia asyik cakap kuat..kurang dengar rupanya...
Alahai sian...sorry nak ya...

Tips dari google yang agak logik
1. Bawa anak mandi dan berendam...tahi telinga lebih lembut dan mudah cuci
2. Titiskan baby oil sehari dua unruk lembutkan..then pancut air guna picagari..senget kepala...keluar le ia...
3. Guna soluwax

Sekian....