Showing posts with label Menu Sambal. Show all posts
Showing posts with label Menu Sambal. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

Sambal ketuk ikan bilis goreng



1 mangkuk ikan bilis
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 gengam/lebih cili padi
Sedikit gula/stevia secukupnya
1/2 cawan minyak/secukupnya

Cara
1. Blend/tumbuk kasar semua bahan
2. Goreng hingga garing dengan api perlahan
3. Masukkan gula secukupnya
4. Tapis minyak
5. Simpan dalam bekas kedap udara
posted from Bloggeroid

Friday, 2 October 2015

Sambal Hebi Garing

Source: staranisecafe.blogspot.com



Bahan
2 biji bawang besar - potong dadu
1 mangkuk udang kering - kisar
1 mangkuk cili kering - kisar kering menjadi flakes
1 kiub pati ayam (optional)
5 sudu kecil gula (atau secukupnya) - saya guna stevia
Garam jika perlu
1 cawan minyak atau secukupnya
1 cawan bawang goreng

Cara
1. Rendam udang kering dengan air panas dalam 30 minit. Toskan. Goreng tanpa minyak dlm kuali untuk keringkan minyak. Kisar guna blender kering.
2. Cili kering dilap bersih dengan kain basah. Gunting untuk keluarkan biji. Tak perlu keluarkan semua biji. Biar terdedah sebentar untuk keringkan air. Kisar kasar guna blender kering. Flakes.
3. Tumis bawang hingga rangup. Kacau selalu.
4. Masukkan udang kisar. Goreng hingga rangup. Tambah minyak jika perlu. Kacau selalu. Boleh masukkan kuib pati ayam.
5. Padamkan api biarkan bahan dalam kuali sejuk dalam 2 minit.
6. Pasang kan semula api sangat perlahan pada kuali sama. Masukkan cili flakes. Kacau pantas dalam 1 hingga 2 minit..Perhatikan. Pastikan cili tidak hangus. Tujuan perlahan api kerana cili cepat hangus. Kacau lebih seminit dua lagi jika perlu.
7. Pindah kan ke bekas lain. Ini untuk kurangkan kepanasan dan elakkan cili flakes terus masak dan hangus.
8. Masukkan gula dan garam secukupnya.
9. Biarkan sejuk. Boleh simpan dlm bekas kedap udara bersama minyak. Atau tapis keluar minyak.
10. Gaulkan dengan bawang goreng.





Gaulkan bersama ikan bilis dan kacang goreng rangup

Tips
1. Boleh makan dengan nasi. Mee. Sup. Roti
2. Boleh jadi kan perencah.
3. Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
4. Boleh tahan lama jika di simpan dengan baik dan bersih.
posted from Bloggeroid