Thursday 19 April 2012

Panggilan Pulau Pinang : Bukit Bendera

Day 3: 9 April 2012 : Bukit Bendera,Pulau Pinang

Petangnya kami pekena Mee Mamak Rashid dekat Pejabat Pos Jelutong. Ni aktiviti wajib setiap kali balik Penang. Memang terangkatlah makan disini. Sedap dan murah. Mamak Rashid ni dah lama berniaga dengan gerai roda tiga je. Pelanggan punyalah ramai dari pelbagai kaum. Mamak ni biasanya akan goreng mee sikit2 cukup untuk 2 -3 pinggan supaya rasanya tak lari. Kami makan mee goreng, mihun goreng, mee rebus.

Dah ketat perut, hantar Nenek Cun balik.

Terus gerak ke Bukit Bendera. Teringin nak merasa naik keretapi baru kat sana. Kakak Mida ikut, Nenek Cun malas, tapi Fahmi kena tinggal sebab dia tu suka sangat kalut nak ajak balik bila pi mana pun!Tak kuasa aku nak layan!

Parking di belakang stesen sangat luas dan percuma. Cuma kena berjalan lebih kurang 100 meter untuk ke kaunter.

Kami ambil family package (2 dewasa 2 kanak-kanak) dengan harga RM18 je.

Kakak Mida yang kecik molek terpaksa mengaku budak darjah lima...hahahaha jimat duit tiket! jangan marah aaa...heheheeh. Myya memang excited kalau dapat cuba benda baru..senyum je!

Wow! Memang dah berubah.

Keretapinya dah cantik dan laju!

Sebenarnya dah banyak kali datang kesini. Hiking dah 2 kali..melalui kereta kabel dah berkali-kali.. Tapi masih nak datang lagi!

Keretapi lama naik bukit dengan cara "pull cable". Terhegeh2 nak naik . Tapi keretapi baru pakai kabel elektrik...memang laju! Sekejap je dah sampai atas bukit tu....

Tapi kawasan atas bukit maintain sama. Tak berapa sejuk tapi tak berapa panas juga...sedap je rasa..
Antara view yang boleh lihat..
Kami naik tram khas dengan bayaran RM30 untuk pusing 4km. Hihi...sekali sekala... Tong pos tu dah lebih 100 tahun masih kukuh bertahan...Masa nak posing tu aku cakap kat Myya.."Jom pos kad hari raya untuk nenek!" Dia angguk2 sambil pura2 masukkan surat...Sekali balik dia tanya kat Nenek Cun "Suka tak Kad hari Raya Myya hantar tu?" Hahahahaha Nenek Cun main jawab dengan muka pelik "Mestilah suka..." hahahahaha aku tak explain pun...
Kami masuk juga Mini Bird Park ni dengan harga RM5 sekepala...Burung kat dalam ni punyalah jinak...di suanya kepala minta dibelai...Ada macam2 jenis kakaktoa yang cantik dan berwarna warni!
Plan nak masuk "Owl Art Museum" tapi dah tutup la pulak...kami singgah food court  yang baru dan luas...Pekena ais kacang spesel dan cendol..Marvelicious! Dalam RM3.50 je semangkuk. Mesti cuba!

 Keretapi beroperasi dari pukul 6.30am-9.30am. Sebab keadaan dah gelap, pukul 7.30pm kami dah beratur nak turun. Tapi peliknya masih ada ramai yang naik lagi..Nak tengok apa gelap2 ni...?

No comments: