Friday 20 April 2012

Panggilan Pulau Aman

 Day 3: 10 April 2012 : Pulau Aman

Sampai dari Pulau Jerejak, hari masih awal…

"Ntah hape2 la Pulau Jerejak tu…awal lagi ni, mak nak pi mana2 tak?," aku merungut sket
"Hang la gatai nak buang duit pi sana…semua orang cakap tak best!," nenek cun menyahut
"Lain orang lain rasanya…kalau tak cuba sendiri mana tau?," aku menjawab sopan
"Ha! Dah pi ni seronok sangatlah..," ish..nenek cun naik hangin pulak dah!

Hmmmm…bertabahlah melayan karenah orang tua…

"Ada pulau lain tak boleh pi?," che abang cuba 'coolkan' situasi
"Kat Pulau Aman boleh cari remis," nenek cun beri pendapat.
"Boleh makan mee udang atas restoran terapung!," kakak Mida menyampuk
"Jom balik!," Fahmi pulak tiba2 bersuara...

Aku dengar je boleh cari remis…terus gedik nak pi….aku suka cari remis! Sorry Fahmi! Suara panggilan pula dah bergema...hehehe

Google lebih kurang…maka terus gerak ke Jeti Batu Musang di Batu Kawan….

Kami sampai pukul 2.30pm..malangnya bot dah berlepas dan trip berikutnya pukul 4.00 petang.

Jadual dari Jeti batu Musang: 10am,1.00pm, 4.00pm, 7.00pm
Jadual dari Jeti Pulau Aman : 8.00am, 12.00noon, 3.00pm, 6.00pm

Hajat tak kesampaian.....esok datang lagi!
 
Day 4: 10 April 2012 : Pulau Aman

Nenek Cun sekarang ni selalu dapat tempahan buat karipap untuk di jual. Karipap Nenek Cun memang marvelous dan bersaiz gergasi. Saya suka! Saya suka!

Tak pernah aku jumpa karipap sesedap ni dimana2 seumur hidup! Serius! Rapuh..rangup..inti cukup rasa..puas makan! Sebijik dah kenyang sebab nenek buat saiz gergasi...lebih kurang saiz tapak tangan aku...6 inci kot...

Lepas lunch dengan air tangan nenek cun yang mervelicious..kami gerak ke Pulau Aman.

Perjalanan ke Jeti Batu Musang,Batu Kawan cuma ambil masa lebih kurang 1 jam. Sangat senang je nak kesana. Dari Penang naik Jambatan, ambil jalan ke KL, masuk simpang ke Bukit tambun seterusnya Batu Kawan dan follow sign board ke Jeti Pulau Aman.

Kami parking di kawasan yang disediakan dengan rate RM2. Agak sunyi. Takde orang. Kami naik bot pukul 4.00pm dengan 4 orang pelajar sekolah dan 3 lagi penduduk kampong. Perjalanan ke sana cuma ambil masa 10-15 minit je. Tambang bot  RM6 sekepala untuk pergi balik..

"Seronoknya...naik bot lagi! Tapi Myya nak tidur la mak.." Alahai kesian tuan puteri ni...Itulah..tidur lambat lagi...

Pulau Aman ialah pintu masuk untuk mengecapi ketenteraman dan kedamaian. Seluas 288 ekar dan terletak 2.5 batu nautika dari tanah besar kawasan pantai daerah Seberang Perai Selatan. Lebihkurang 250 orang penduduk menetap disini. Terdapat calet dengan harga sanagat murah untuk bermalam. Aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah menangkap ikan, sukan air dan jelajah hutan.
Kalau nak tempah chalet boleh call Hamidah/Sarina : 019-5681250. Rate antara RM70 - RM300 mengikut saiz chalet dan jumlah orang.

Sampai je kami menyelusuri lorong kecil yang dikelilingi rumah kayu. Memang tenang!
 

Seterusnya kami pekena mee goreng udang dan nasi goreng udang di Restoran Terapung. Niat nak makan udang ketak/mantis tapi tak ada tangkapan la pulak. Yang ada Cuma belangkas…

Nasi goreng dan mee udang tu biasa2 je...Katanya ramai chinese yang suka datang so tastenya sesuai untuk merekalah. Tapi air limau asam tu memang marvelicious. Ada campuran limau kasturi, hirisan lemon dan asam boi a.k.a asam ko

Lepas dah teduh sikit aku dah gedik ajak Myya pergi cari remis…Tapi hampeh…apa pun tarak….

Myya excited nak tengok remis....Aduyai...bukan musim kot!

Kemudian nak pi cari emas dekat Telaga Emas….sekerat jalan je patah balik…Myya dah ajak baling batu kat tepi pantai tadi…hahahahaha…layan je! Sebenarnya boleh sewa basikal disini dengan rate RM10 sehari kalau tak silap....

Pukul 6.30pm kami naik bot balik.

Seronok ke? Ntahlah sebab tak jelajah pun pulau ni…lagi pun hanya kami bertiga pelancong yang datang…takde lah meriah sangat….dan hanya ada masa lebih kurang 1 ½ jam…lenggang kangkung dengan anak comel…kemudian terkejar ke jeti takut bot tinggal…hahahaha…sekali bot tunggu orang…30 minit jugak la kami menunggu…

Bagi yang gemar dengan cabaran boleh datang awal pagi untuk jelajah seluruh Pulau ni..

Tapi rasanya nak datang lagi lah…..aman tau!

No comments: