Sunday 28 April 2013

Explore the Seoul in Our Style #11 : Gyeongbokgung Palace



Seoul ada banyak warisan zaman silam yang boleh dilawat. Ada 5 istana besar yang masih dikekalkan di kota Seoul ni. Dan lokasi setiap satunya berdekatan je pun…boleh je jalan kaki kalau nak…hehehe

Kami pilih untuk melihat Gyeongbokgung Palace kerana ia dikatakan istana yang paling besar dan cantik antara kelimanya .

Gyeongbokgung Palace @ Palace of Shining Happiness ini juga dikenali sebagai “Northern Palace” kerana lokasinya yang terletak jauh ke utara berbanding Changdeokgung (Eastern Palace) dan Gyeongheegung (Western Palace). Istana ini telah pun musnah dalam kebakaran besar ketika pendudukan tentera Jepun (1592-1598) dan telah di bina semula oleh Heungseondaewongun semasa pemerintahan King Gojong. Ada 7700 bilik dan dikelilingi taman dan tasik yang luas. Ada banyak pintu gate di sekeliling istana. Boleh masuk ke dalam istana melalui mana-mana gate bergantung dari mana lokasi anda.

Semasa kami ke sana, pemandangannya tak berapa cantik pun sebab pokok togel, rumput kering atau bertutup dengan jerami berkait dan tasiknya beku….

Usah mengharapkan suasana zaman silam di sini sebab struktur binaan istana telah pun banyak kali dibina semula dan diubahsuai hingga nampak macam “fake”…ala-ala rumah contoh je…

Walaubagaimanapun, pintu gate yang besar tu masih nampak tulen….

Jika ke sini sila susun waktu anda agar dapat menyaksikan change guard ceremony yang berwarna warni…

Boleh juga ke National Palace museum yang terletak di selatan istana (masuk ikut Heungnyemun Gate) dan National Folk Museum yang terletak di timur istana (dalam kawasan Hyangwonjeong).

Jika dapat berkunjung semula ke Seoul, kami mesti akan singgah juga ke mana-mana istana untuk menikmati pemandangan yang pasti berbeza mengikut musim…










Admission Fees
Adults (ages 19-64) 3,000 won / Group 2,400 won (10 or more people)
Youths (ages 7-18) 1,500 won / Group 1,200 won (10 or more people)
Age 6 and under – FREE.

Opening Hours
March to October 09:00-18:00 / November to February 09:00-17:00.
Closed on Tuesday

Getting there: By Subway
Exit 5 – Gyeongbokgung Station Line 3

No comments: