Friday, 30 March 2012

30 minit Ustaz Don: Jenis Air

Rumusan yang difahami...

Manusia diwajibkan bersuci dari najis dan hadas bagi melakukan ibadah kepada Allah.
Cara bersuci yang mudah diamalkan adalah dengan menggunakan air.

Ada 4 jenis air :

1. Air mutlak - Air yang suci dan mensucikan dan tidak makruh menggunakannya
  • Air yang kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah SWT 
  • Air hujan, air sungai, air perigi, air mata air, air embun, air laut, air salji
  • Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.
  • Apabila cukup sukatan atau timbangan air sebanyak 2 qullah, maka air tersebut tidak dikira najis yang disebabkan oleh benda lain melainkan beubah dari segi warna, bau dan rasa.
  • Air yang kurang dari sukatan tersebut akan dikira najis apabila jatuh najis ke dalamnya tidak kira berubah sama ada bau, warna ataupun rasa.
  • 2 qullah : 234 liter = 500 kati baghdad = 317 kati Malaysia = 192.88 kg
  • Ada macam2 perbezaan pendapat tentang kuantiti air dlm pelbagai kitab, paling minima iaitu 234 liter
  • Jika bekar berbentuk 4 segi sama, ukuran panjang, lebar, tinggi mestilah 1 1/4 hasta = 22.5 inci
  • Jika bekas berbentuk silinder, ukuran tinggi 25 inci dan lebar 18 inci
  • Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq yang mensucikan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan" .

2. Air Musyammas - Air yang suci dan mensucikan tetapi makruh menggunakannya
  • Air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri2 beriklim panas.
  • Hanya pada air yang bertakung dalam bekas selain emas dan perak seperti tong2 besi (boleh karat)
  • Dikatakan air panas dan bertakung ini boleh menyebabkan penyakit sopak.
  • Makruh digunakan bersuci anggota badan ketika bersuhu panas tetapi boleh digunakan untuk membasuh
  • Air tersebut jika telah sejuk atau bersuhu normal boleh digunakan untuk bersuci anggota badan. Jika digunakan semasa terlampau panas atau sejuk dikhuatiri tidak dapat meratakankannya ke anggota badan.

3. Air Musta'mal - Air yang suci tapi tidak mensucikan
  • Dari perkataan "amal"
  • Air basuhan pertama untuk bersuci (hadas besar atau kecil) yang sudah terkena anggota badan.
  • Boleh diminum atau mencuci pakaian, tapi tak boleh diulang guna untuk bersuci.
  • Basuhan pertama hukumnya wajib tapi basuhan kedua dan ketiga adalah sunat hanya untuk memastikan air sampai/rata ke anggota badan
  • Titisan dari basuhan pertama tidak boleh masuk ke air basuhan kedua sebab akan menjadikan ia air mustaqmal(telah digunakan). Tapi air basuhan kedua tidak mengapa.
  • Tutup takungan/tadahan air di bilik air semasa mandi wajib supaya air tadahan itu tidak menjadi air mustaqmal sebab tak cukup 2 qullah. Jika air mandian sunat tidak mengapa diulang guna.
4. Air Mutanajjis - Air yang tidak suci
  • Air yang telah dimasukki atau bercampur dengan najis hingga berubah warna, rasa dan bau walaupun jumlahnya hingga kadar 2 qullah. Kalu kurang dari 2 qullah pun bukan boleh guna untuk bersuci
  • Air yang bercampur dengan najis (haiwan/bangkai haiwan) yang tidak berdarah tidak di kira sebagai bernajis dengan syarat tidak sengaja dicampak masuk. Cth haiwan tersebut: semut, cicak, lalat, kumbang, kala jengking, lipas, dll
  • Air yang bercampur najis berbentuk halus (tidak dapat dilihat dengan mata kasar) boleh digunakan untuk bersuci
  • Air melebihi 2 qullah dan najis yang masuk tidak merubah sifat air tersebut boleh digunakan untuk bersuci

Soalan : Ada bangkai anjing di pantai, bolehkan air laut digunakan untuk bersuci? Bolehkah guna air zam-zam untuk bersuci?
Jawapan : Air laut adalah sangat luas dan tidak akan boleh dinajiskan dengan apa2 pun. Boleh guna air laut untuk bersuci tapi jangan guna air yang berhampiran bangkai(najis) tersebut. Air perigi yang mempunyai keladak boleh digunakan untuk bersuci (pastikan keladak dah tenggelam kebawah untuk faktor kebersihan. Air hujan yang jatuh atas bumbung jika sudah terkena najis (atas bumbung) tidak boleh digunakan untuk bersuci. Air salji pastikan telah dicairkan dengan suhu normal sebelum digunakan untuk bersuci. Konsep air sungai sama seprti air laut. Jika guna air embun pastikan setiap tekapan di rimbunan dedaun yang berbeza untuk sekali penggunaan.
Air zam2 adalah air terbaik di muka bumi. Rasulullah SAW pernah berwuduk dengan air zam2.

2 comments:

muhamad aniq said...
This comment has been removed by the author.
muhamad aniq said...

Saya nk bertnya saya adakah sah saya mandi wajib dengan air yang sedikit karat ??