Thursday 1 March 2012

Malam ku bermimpi.....

Sejak kebelakangan ini Myya suka tidur lambat...
puas dipujuk dan diajak tidur dengan pelbagai strategi tapi masih gagal...
Myya akan main games di tablet atau laptop...
Myya makin teruja bila menang games...
Mungkin itu puncanya..
Mak kena cari strategi baru ni....

Bila dah tidur, Myya mesti mengigau...
Aku gemar mengusik...
Sangat mengelikan hati.....

m: chicken jangan lari...
M: kenapa chicken nak lari....
m: sian dia penat la....
M: penat buat apa?
m: penat lari laaa....eh sapa dok cakap-cakap ni?
M: LOL

perbualan tersebut berlangsung ketika Myya mengigau...
Mata pejam tapi boleh pulak tu jawab soalan mak..
Tiba2 pelik ada suara bercakap dalam mimpi tu ya??? heheheh

Igauan lain...

m: Hahahahaha..
M: aik kenapa seronok ni? gelak pulak...
m: hmmmmm...> takde respon
M: cakaplah kenapa seronok sangat ni > aku tanya lagi
m: Myya nak tiup kek hepi besday besar...
M: alahai nak kek hepi besday rupanya >sian anak mak
m: hahahahahaha......

Aku diam je tak tanya lagi...
Biarkan Myya bahagia dalam kisah mimpinya!

No comments: