Wednesday 7 March 2012

Santai di Kuching Sarawak- Day 1: Waterfront & Rivercruise

Jam dah 5.30pm. Kami berjalan ke Waterfront. Plan utama hari ni nak Rivercruise.

On the way, kami jumpa 2 tugu kucing. Pertama hampir dengan Planet Sambal tapi tak menarik. Kedua di bulatan ke Waterfront. Yang ini cantik. Perkara wajib sebagai tanda pernah sampai ke Kuching. Pose!Pose!Pose!
Wajib! We were here!
Tengah cari kaunter tiket kapal untuk Rivercruise, tiba2 kami di sapa oleh pengusaha perahu tambang untuk rivercruise selama 1 jam untuk RM14 sekepala.

“Bang…murah je ni…boleh lah….sama je…rivercruise jugak….”
“Ayah! Myya nak naik bot..”
“Ok jom.”

Jalan-jalan di waterfront. Myya penat nak berjalan dah...
Perahu tambang yang kami naik untuk rivercruise
Seronok juga sebab hanya kami bertiga dalam perahu ni. Perahu menyelusuri sungai perlahan-lahan sambil tekong bercerita tentang bangunan dan sejarah serba sedikit.  Juga alkisah James Brooke. Dari sini boleh nampak Astana, Brooke Dockyard, kuching State Mosque, Cat Museum, Old Court House, Square Tower, Fort  Margherita, kg Boyan, mount Santubong, Rumah tinggi Melayu, etc.



Antara view yang boleh nampak : Square House, Jetty, Fort Margherita,
Aktiviti penduduk memancing udang, Muzium Kucing, Gunung Santubong,
Kg Boyan, Masjid & Brooke Dockyard, etc
Myya yang happy sangat!

Kami berselisih dengan Taxi Sg Sarawak yang klasik sampannya dan juga Kapal Rivercruise yang besar.

Menurut tekong, Mail Boyan, sampan dan kapal ni berbeza tambangnya dari RM25 hingga RM60 sekepala.  Aku rasa dah berbaloi naik perahu tambang ni.
Rivercruise ship. RM60 sekepala...Dapat makan kek sepotong.
Tunggu jugak permandangan matahari terbenam tapi awan tebal sangat. Tapi kami sempat cruise hingga malam dan nampaklah bangunan dilimpahi cahaya lampu yang menarik sekali.
Pemandangan senja yang kelam
Myya sangat seronok hingga nak terjun mandi…hahahha

Tiba-tiba…

“Mail, di sungai ni ada buaya tak?”
che abang saja buat aku terkejut…
Di hulu ada tapi kadang2 terlepas jugak di sini.”
Aku dah telan air liur.
“Bujang Senang pernah jumpa?”
“Di sini tak ada bujang senang. Paling besar pun panjang perahu ni saja. Ada orang kata Bujang Senang itu sebesar bas. Tapi itu semua lagenda saja…..”

“Oh ok. Di sini ada nelayan juga kah?”
Aku tukar topik. Seram beb. Bukan boleh buat main pasal buaya ni.
Ternampak ada beberapa perahu menjala dan penduduk di tebing memancing.
“Tangkap udang. Ada ikan Patin tapi kami orang Sarawak pantang makan. Jika tangkap pun kami lepas atau beri orang Semenanjung.”
“Kenapa?”
“Memang kami tak makan dari dahulu lagi”
“Orang Semenanjung pantang jugak….pantang nampak nak telan je” hahahahahahaa

Blalalalalalalalallaaa…….kami berborak.

Myya dah lena dibuai bayu....
View Astana
Dah patah balik kami minta di turunkan di Kg Gersik untuk berjalan-jalan.Singgah sebentar di Kedai Kek dayang Salhah. Hmmmm….macam2 jenis dan nama kek lapis ada. Hampir 50 jenis. Boleh rasa sample sampai kenyang. Tapi aku beli perencah laksa Sarawak 3pcs=RM10 je. Kalau nak beli kek, belilah pada hari terakhir.
Jalan-jalan di Kg Gersik & Kg Boyan

Kemudian kami basahkan tekak di Astaka Makanan Kg Boyan. Sebenarnya di seberang sg sini ada 2 astaka; di Kg Gersik dan Kg Boyan yang jaraknya hanya sepelaung. Disini ada lebih kurang 17 gerai dengan specialty menu masing2. Ada lot nasi tsunami, laksa Sarawak, nasi campur, western, jus buah, etc Restoran MY Kg Village pun ada untuk makan seafood.  Sebab masih kenyang kami cuma makan cucur campur yang unik sebab campuran cucur udang, keladi, keledek, fish ball dan sausage dicicah dengan sos. Minum jus apple dan teh tarik =RM7.10

Badan dah letih, kami naik semula perahu tambang 50sen sekepala.
Perahu tambang 50 sen yang kami naik...perahu kayuh..

Singgah 7 eleven beli air mineral berbotol sebab rasa dehydrated sangat.

End of Day 1

No comments: