Saturday 3 March 2012

Cracker Lapis Cheese Rossell


Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspired from: Mamazieza & Allahyarham Susan Jafri Tay (Al-Fatihah)
Preparation time: 30minit. Sejukkan lebih 4 jam
Serve : 10

Bahan A
1 cawan air suam (optional)
1 bungkus biskut mini krackers Hup Seng(perisa vege/plain)

Bahan B
250g cream cheese (brand Tatura)
50g mentega-cairkan
1/4 cawan gula ising
1/2 cawan jeruk rossell- cincang halus
4 sudu besar air suam

Cara
1. Lapikkan loyang dengan plastik
2. Kisar bahan B (kecuali roselle)hingga kembang. Gaulkan bersama roselle.
3.Celup biskut dalam air suam sekejap. Celup terus angkat. Bagi basah je. Jangan sampai hancur.Susun biskut dalam loyang. Tujuannya mudah nak potong dan ada tekstur kek.
4. Lapiskan dengan cheese.
5. Ulang melapis hingga 3 atau 4 lapisan. Lapisan paling atas biskut semula.
6. Sejukkan dalam peti sejuk.

Tips:
1. Boleh guna pelbagai jenis biskut untuk melapis.
2. Buat lebih bahan B untuk mendapat lapisan cheese yang tebal.
3. Jika tak celup biskut dalam air pun boleh, tapi susah sikit nak potong. Lebih rangup nanti bila makan.

No comments: