Wednesday, 18 January 2012

Telinga Tersumbat

Cuti new year haritu balik kampung...
Melantak buah manggis berbiji-biji tak hengat.
Balik je hari Isnin dah mula sakit tekak..nak menelan pun payah.
Hari Selasa mula demam...aku makan panadol je.
Hari Khamis dah rasa macam selsema tapi jenis pekat.
Menyumbat je dalam hidung dan tekak. Batuk pun dah datang.
Perit je menelan. Macam dihiris pisau.
Hari Jumaat pula telinga dah rasa sakit. Dua2 pulak tu.
Tengah malam bertambah sakit. Ada dengar bunyi buih2 meletup.
Bila baring terasa seperti ada cecair mengalir perlahan.
Tapi bila di sapu takde apa pun.
Malam tu langsung tak boleh tidur.
Kedua telinga sangat sakit, berdengung dan badan semakin panas.

Sabtu pagi bangun awal terus ajak che abang ke ER.
Doctor kata sebab selsema. Perkara biasa.
Bagi Telfast D (makan 1 biji 2 kali untuk 5 hari) dan antibiotik Augmentin (1 biji 2 kali sehari untuk 7 hari)
Hari Ahad makin perit, telinga makin sakit, berdengung...
Dang! Langsung tak dengar! Tersumbat!
Aku titiskan Soluwax...takde kesan.

Esok pergi kerja sangat stress.
Kena layan hotline non stop. Telinga pulak sumbat.
Sayup je bunyi caller bercakap. Mencik!

Hari Selasa pergi klinik sekali lagi.
Doktor kata macam bengak dan merah.
Bagi ubat selsema warna pink (2 biji sehari-gilir dengan Telfast D), pil bengkak (3 biji sehari) dan ubat titis neo deca (3 titis setiap 3 jam)
Memang terasa macam ada bengkak dan menyumbat telinga bila dah petang.
Tapi lepas 2 hari makan ubat langsung takdak kesan.
Telinga kanan langsung tak dengar. Telinga kiri pulak sayup je.
Berdegung kepala.
Hari Khamis pergi klinik lagi, jumpa doktor lain.
Doktor kata air block sebab selsema je.
Ubat trip kedua tak perlu pun.
Ceh! aku dah habis titis ear drop tu!
Hati dah panas. Paksa doktor keluarkan reference letter to Pakar ENT.

Hari Jumaat ke Pakar ENT Hospital Gleneagles.
Jumpa Dr Koh Tat Ngee.
Dr jolok camera dalam telinga.
Aduh! Ngilu. Oh nampak apa dalam telinga dalam skrin tv.
Doktor kata lendir hingus dah sumbat dan mendap di sekeliling belakang gegendang.
Tengok anak panah dalam gambar.
Memang nampak hingus kuning dah melekat di dinding telinga.
Doktor kata lagi, selsema aku tak keluar.
Dok berkumpul dalam area sinus. So dah berjangkit kuman.
Doktor berkata2 lagi, dia akan bagi ubat untuk cairkan hingus dan antibiotik lain.
Binoclar (2 biji sehari untuk 5 hari), Cetyrol (1 biji sehari (malam) untuk 14 hari)
Both sangat pahit hinggakan air liur pun berasa pahit sepanjang hari.
Dahaganya tekak sampaikan aku minum 5 liter air kosong sepanjang hari.
Dapat juga ubat sembur Illadin untuk legakan hidung sumbat.
Doktor suruh datang check lagi hari Isnin.
Kalau tak ok dia kena buat minor surgery to clean up the ear.
Ohhhh....bergetar hati dengar.
Ear block konon. Cheh!


Aku dah susah hati.
Hari Ahad, masih tak dengar.
Aku google cari panduan.
Dapat tips...
Tutup mulut dan hidung, hembus hingga angin keluar dari telinga.
Cubaan pertama amat menakutkan. Ada bunyi cecair bergerak.
Cubaan kedua angin berjaya keluar dari telinga kiri. Lega!
Cubaan ketiga. Gagal. Telinga kanan masih tak dengar dan dengar bunyian menakutkan dari dalam telinga.
Hembus kuat lagi....aduh! sakit pulak...kang pecah pulak gegendang.
Cuba lagi..cuba lagi..cuba lagi...hembusan dikawal kekuatannya...
Akhirnya! Berjaya. Telinga kanan keluar angin perlahan dan boleh dengar sedikit.
Lepas seketika tersumbat balik.
Hembus lagi dan lagi dan lagi setiap kali sumbat...terasa ada cecair bergerak.
Malam itu berjaya dengar sepenuhnya! Alhamdulillah.

Hari Isnin ke pakar ENT.
Teropong lagi.
Lendir hingus dah takde. Terus makan ubat lagi. Tak perlu bedah.
Masih lagi kejap2 berdengung dan sumbat.
Terus menghembus dan pulih sepenuhnya pada hari Rabu.

Terima kasih Allah.
Begitu seksa salah satu nikmatmu di tarik...
Maafkan hamba Mu ini.....

Terima kasih blogger Matahari kerana tips yang dikongsikan.

24 comments:

muhd rifdi said...

boleh pecah ker gegendang...sbb sy mengalami masalah sama, so nk try..

Star Anise said...

muhd rifdi > hembus perlahan2 dulu...buat banyak kali hingga boleh rasa ada udara atau pendengaran lebih jelas....jangan hembus kuat-kuat ya....

maaf lambat reply...harap dah semakin sembuh

purplepinklicious said...

mcm mana angin nak keluaq dr telinga? nak try tips nih, tp x tahu pulak mcm mane nk kluaq kan angin tu...

Star Anise said...

purplepinklicious
picit hidung dengan dua jari, then hembus.
hembus perlahan berterusan. jangan buka picitan hidung tu. tekanan hembusan akan keluar melalui saluran telinga...
hati hati ya....

eima said...

my dotter alami ni ... worried about her ... cam ne la ku nk apply tips ni kat kat my dear tu .. umur br setahun 3 bulan....

Sufi Imaan said...

da lebih 2 minggu selsema teruk ...da memang ada rsa telinga belah kanan tak selesa sgt... berdengung pun ada...

Muhammad Amin Arshad said...

mengalami masalah same . selsema teryx , malam tu telinga rase macam ade org tgh doreng :popcorn: , terus xleh tidur malam tu , pagi tu telinga kiri dah xleh dgr sngt . takuttt ..

zeckhazreen said...

TQ sangat2.ia bekesan.dah 5 hari kena.

ramlah ujang said...

terimakasih akhirnya telinga saya dah baik...Alhamdulillah..

Ali Temirin Jubli said...

Baru je coba ...alhamdulillah berkesan...

Ali Temirin Jubli said...

Baru je coba ...alhamdulillah berkesan...

Pika Nie said...

Ubat nak kena makan jugak ke?

A Colorful Life said...

Sy prgnt..then sama situasi dgn anda..try perlahan2 coz bimbang tekanan dr perut.. Masih mencuba n berharap akn pulih secepat yg mungkin..

annur safiyyah said...

Telinga kiri yg sumbat..kanan OK..bila try angin keluar kat telinga kanan..kiri still sumbat..seksanya...pls help me

Kakilepaq Pax said...

Dah seminggu try hembus ke telinga.. x menjadi.. demam pun dah baik.. telinga masih tersumbat.. hu..hu.. ade yang bleh suggest klinik pakar ent area cheras?

KR 31 A.K.A Zabri said...

alhamdulillah sangat membantu.... saya selesema pastu trevel naik flight telinga tersumbat...

nuras said...

Berapa cost ye ke gleneagles aritu

Azizul Hakiem said...

tq ...nasib baik jumpe ni klau x ....masih x boleh dgr lah telinga ni...pegi doktor dia kata ubat telinga dh ckup ...ingatkan air .....

Alvian Firmanshah said...

saya dah try buat tapi kat mata pula keluar air sakit woo bru dua hari kena macam ni risau lah...ada tips2 lain tak?

Unknown said...

Sy sakit kt dlm telinga. Bila cek ngan lampu ade benda warna putih. Then, gunalah cotton bud. Lama tu, cek smula dh takde. Pstu dlm telinga rasa geli². Tpi bukan serangga

Unknown said...

Sy sakit kt dlm telinga. Bila cek ngan lampu ade benda warna putih. Then, gunalah cotton bud. Lama tu, cek smula dh takde. Pstu dlm telinga rasa geli². Tpi bukan serangga

Linie Adeq said...

sy preggy bila try sakit pulak kat perut .. ada sesiapa boleh bantu sy da tak taham da nie

El zaray said...

Sy menguap tdi lepastu tiba2 telinga kiri sy jdi berdengung dn terus jdi x dengar.. mcm2 benda dh sy try tpi x jdi..apa patut sy buat ni��..btw sy mmg tgh alami selesema dan batuk

Milben Kunan said...

Memang berkesan lah. Dua minggu kedua-dua telinga sy tersumbat tak jelas pendengaran disebabkn naik flight dan selesema. Try buat tadi telinga kanan clear suda pendengaran. Anyway terima kasih tips yg berkesan ya