Friday 13 January 2012

Jelajah Utara Day 5

29 Jun 2011
Sejak dari malam tadi hujan turun tak berhenti. Bangun pagi je tengok pasu-pasu besar di kawasan Cabin dah terbalik. Rupanya hujan bersama angin kuat….kami tidur lena tak sedar langsung! Nasib baik kontena tu tak terbang sekali…
Hujan masih tak berhenti…so banyak rancangan tergendala hari ni….
Nak pergi Island Hoping tapi macam bahaya je…lagi pun ada anak kecil…so kami call minta tangguh petang nanti….
Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti jugak…che abang buat keputusan untuk buat indoor activity je.
Pukul 11am kami keluar breakfast. Banyak kedai tutup….tapi jumpa la satu kedai yang belum buka sepenuhnya. Kami redah…rupa-rupanya tokey tengah masak lauk tengahari…kami order jelah…               Al hamdulillah kenyang…
Kami meronda lagi sampai Awana Resort yang cantik…tengok dari jauh je sebab hujan lagi…
Pukul 12.00 am kami melilau cari Underwater World. Sebelum ni dah pernah pergi tapi lawat la jugak sekali lagi sebab Myya kan belum pernah masuk..New experience for her la kann…. Rupa-rupanya lokasi underwater world ni betul2 di sebelah Cabin Resort….ntah hapa2…punyalah tak perasan…hehehe
Tiket RM28 untuk seorang dewasa…memang seronok dalam ni…Myya pun happy sebab dapat tengok penguin, burung cendarawasih > ni paling berharga dan segala macam hidupan laut…memang puas hati!

Dalam ni nanti akan ada 2 hentian untuk diambil gambar…biasanya cameraman atau camerawoman akan offer ambilkan gambar pakai kamera sendiri…kemudian baru dia orang ambil gambar kita untuk dijual kat luar nanti…..
Kami belilah jugak gambar dengan background penguin dan ice globe =RM60.

Lepas makan McD kami ronda2 lagi ke HIG...memang tak boleh lena...asyik teringat je...aku beli pressure cooker yang comel (RM145) dan borong coklat lagi....

Then cuci mata kat Idaman Suri pulak. Barang2 yang dijual sama je macam di HIG dan harganya pun lebih kurang jugak..Cuma kat sini ada jual key-chain dan fridge magnet yang murah dari luar. Kat sini aku beli periuk vision 1 set 3 pcs…RM219..dapat free satu pinggan pyrex yang harganya RM115. Kenapa beli kat sini? Sebab kat HIG tak dapat benda free ni….so jangan lepaskan peluang! Tapi aku dah tabor RM lagi banyak di HIG berbanding IS….HIG kenalah buat promosi lebih sket...

Pukul 4.30 kami bertolak semula ke Berinchang untuk naik Cable Car. Dengan diskaun 50% tiket berharga RM15 untuk seorang dewasa dan RM10 untuk seorang kanak-kanak.
Sekali tengok ramai giler dah beratur… dapat naik dalam pukul 5.40pm.
Sebelum masuk kami kena beratur 5 orang satu row. Gondola akan sentiasa bergerak perlahan dan perlu cepat-cepat melompat masuk. Kalau ada orang tua bertongkat memang payah sket la….
Orang awal yang melompat masuk kena terus duduk supaya orang seterusnya boleh melompat masuk pulak..Ada satu kes makwe pakwe bangang mana tah dah melompat buleh pulak tak sabar2 nak berposing kat pintu gondola tu….akibatnya orang yang keempat dan kelima (ibu ayah) tak sempat melompat masuk…selfish betul! Hangin je aku tengok…Yang kesiannya anak dia yang umur 5 tahun berjaya lompat masuk dengan menyelit celah couple tu…. Kitaorang cepat2 suruh ibu ayah tu masuk dalam gondola seterusnya…nasib baik yang menunggu pun bagi peluang…..Myya pun panic tengok kekecohan tu….
Dalam gondola kami boleh Nampak budak kecil tu dah nangis gila…dan ibu ayahnya tengah pujuk dengan macam-macam isyarat….aduyai kesian….

Suasana atas gunung ni sejuk je….hijau…dan boleh Nampak sebahagian kawasan langkawi….
Peluang yang tak boleh dilepaskan!
Puas kami melepak atas gunung…kami turun ke bawah dalam pukul 6.30pm…
On the way nak balik The Cabin, kami melepak pulak di Langkawi Yacht Club/Telaga Harbour Park. Ini merupakan my favourite spot…..the best! Di sini ada sebuah rumah kelab dan marina yang lengkap untuk pelayar seluruh dunia. Suasana amat tenang dan damai! Like it soooooo much!

Hajat hati nak melepak di The Loaf. Kedai roti istimewa Che Det, mantan Perdana Menteri . Tapi tak kesampaian sebab tutup hari tu…
Bila hari dah beransur gelap..kami melilau cari tempat makan pulak…konon nak cari pasar malam tapi malangnya hujan turun dengan lebat…so pulang ke The Cabin, makan coklat dan buah rambutan je!

No comments: