Thursday 2 August 2012

Kerapu Kukus Sempoi


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 25 minit
serve : 2 orang

Bahan
1 ekor ikan kerapu (M)
2 inci halia - hiris kasar
2 batang serai - hiris kasar
3 ulas bawang putih - cincang
4 biji cili padi - ketuk
2 sudu kecil madu epal
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos nampla
1-2 cawan air
1 sudu besar minyak

Cara
1. Tumis halia, serai, bawang putih, cili padi hingga wangi
2. Masukkan madu epal, pati ayam, sos nampla, air secukupnya. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan. Tutup periuk. Perlahankan api. Masak dalam 15-20 minit.

Nota:
1. Kaedah di atas adalah paling mudah dan banyak di pakai di gerai iaitu rebus kukus.
2. Boleh juga guna kaedah kukus sepenuhnya iaitu tuangkan kuah atas ikan dan kukus hingga masak.
3. Atau kukus ikan terlebih dahulu dan curahkan kuah kemudian.

No comments: