Thursday 17 May 2012

Sahabat Selamanya (UPIN IPIN)

Myya memang suka sangat lagu ni..
Biasanya kami dengar dalam kereta sahaja..
Berulang 2 dengar berjam2..
Sampaikan che abang padam lagu tu dari playlist..

Apa yang aku nak cerita adalah bagaimana Myya nyanyikan lagu ni

Minggu pertama : Lebih banyak bunyi hmmmm....hmmmm...je
Minggu kedua: Masih bunyi hmmm...hmmmm....tapi dah boleh sebut perkataan sahabat...
Minggu keempat: Dah ada bunyi perkataan pertama dan terakhir di setiap baris lagu, dan nyanyi korus dengan baik..

Lepas tu ayah buang lagu tu dari playlist...
Semalam tiba2 terdengar lagu tu di Hot FM

Walaupun dah lama tak dengar..
Myya menyanyi dengan baik dan sebut semua patah perkataan...

Syabas! 

Sahabat Selamanya oleh Kumpulan Padi 
Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

 
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

No comments: