Saturday 12 May 2012

Agar-Agar Lumut


source: staranisecafe.blogspot.com
preparation time: 2 hours
Serve: 10

Bahan A
18 gram agar-agar tali
4 cawan air
1/2 cawan gula putih
Sedikit pandan coconut emulco
1 helai daun pandan (simpul)

Bahan B
2 cawan santan pekat 
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu teh serbuk/esen vanila

Cara
1. Didihkan bahan A hingga sebati (hingga gula dan agar2 hancur)
2. Kocok Bahan B dengan garfu. Masukkan Bahan B kedalam Bahan A. Terus kacau perlahan hingga mendidih/mengelegak sebentar dengan api sederhana hingga santan timbul dan berbintil halus. Jaga2 jangan sampai meruap keluar periuk.
3. Tapis ke dalam acuan. Sejukkan dan keraskan dalam peti sejuk

Nota:
1. Jika agar-agar terlebih air, selepas hidang dan berada di suhu bilik akan ada cecair bertakung. Agar2 pula masih keras tapi sedikit lembut.
2. Lepas masuk santan, biar gelegak dan santan timbul dalam 1 minit then terus tutup api. Jika terlalu lama bila dah keras layer tak licin sebab santan pecah. Tapi masih sedap!
3. Boleh juga kurangkan santan pekat dari 2 cawan kepada 1 cawan santan+1 cawan air

No comments: