Tuesday, 8 October 2013

Apam Beras


source: staranisecafe.blogspot.com

Bahan
2 cawan nasi sejuk
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 paket yis mauripan (11g)
3 cawan air
1 sudu kecil garam
Pewarna makanan
Kelapa parut + sedikit garam

Cara
1. Gaulkan tepung, gula, garam, yis. Ketepikan.
2. Kisar nasi hingga halus. Sebatikan dengan campuran tepung.
3. Biarkan 1 jam hingga adunan kembang. Pastikan guna bekas besar sebab adunan akan kembang dua kali ganda.
4. Bila dah kembang, gaulkan semula adunan hingga kental.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Panaskan kukusan.
7. Masukkan dalam acuan yang telah disapu minyak.
8. Kukuskan selama 15-20 minit (jika acuan kecil) atau 30-40 minit (jika acuan besar).
9. Kukuskan kelapa parut sebentar sebelum dimakan dengan apam.

Tips
1. Jika adunan kembang semula sebelum dikukus. Gaulkan semula hingga kental sebelum masuk dlm kukusan.
2. Jika nak buat layer, pastikan ia dilakukan dengan cepat dan terus masuk dlm kukusan. Jika tidak adunan warna akan bercampur hingga tiada layer lagi.
3. Tepung gandum digunakan supaya apam tidak terlalu lembut.
posted from Bloggeroid

No comments: