Thursday 6 September 2012

Puasa Ganti atau Puasa Enam

Hari ini aku dah berpuasa 6 hari pada bulan syawal...
6 hari itu aku berniat untuk puasa ganti ramadhan
2 hari lagi berhutang

Dulu ustaz kat sekolah aku kata boleh je niatkan puasa ganti dan puasa enam serentak....
Kemudian ada yang kata pula tak boleh serentak......
Kena niat dan puasa ganti dulu sebab ianya hutang yang wajib dilangsaikan....
Bila dah selesai boleh sambung lagi 6 hari puasa sunat....
Yang wajib perlu di dahulukan berbanding sunat.....
Ada betulnya di situ.....

Jika di lihat dari sudut sains dan kesihatan....
Ada sebabnya kenapa puasa sunat syawal ini digalakkan...
Selepas sebulan puasa, perut dah selesa dan berada dalam mode rehat...
Tapi bila masuk syawal je, nafsu makan melampau hingga paksa perut kerja keras...
Ini membahayakan kesihatan dalam jangka panjang...
Puasa syawal bertujuan untuk mengawal nafsu makan....
Itu pendapat aku....

Oleh itu dahulukan mana yang perlu dulu!

No comments: