Friday 26 August 2011

Pertama kali menggunakan Kasturi Syifa

Pengalaman Mommy

Hari pertama terima Kasturi Syifa. Ketika ini sedang menerima ujian dari Allah. Rujuk tampalan Ujian Ramadhan.
Lepas solat Asar, buat cara seperti penggunaan untuk seharian.
Kebetulan kepala rasa berdenyut2 masa tu, so sapu sikit di kening....then hidu kewangian yang semerbak ni sedalam-dalamnya....

Result : Selepas 10 minit, denyutan di kepala semakin berkurangan. Hati terasa lapang. Alhamdulillah.

Hari Kedua : Selepas Subuh, buat cara penggunaan untuk seharian dan digabungkan dengan cara untuk aura protection.

Result : Selepas 30 minit, wajah, sendi dan kepala berasa bahang. Selepas solat dhuha (pukul 10 am), badan terasa ringan, sejuk, dan bertenaga. Ada rakan yang menegur wajah saya seperti berseri dan pink! Alhamdulillah

Pengalaman Daddy

Daddy selalu sukar tidur malam. Sentiasa gelisah semasa tidur. Dan tiba2 bangun tengah malam sambil duduk bersila seperti bertafakur sebentar then tidur semula. Kadang2 diganggu mimpi yang bukan2. Susah bangun pagi sebab mengantuk dan letih.

Hari Pertama :Selepas Isyak : Daddy follow cara penggunaan harian digabungkan dengan cara untuk aura protection.
Result : Daddy tidur sangat lena dan berasa segar bila bangun pagi.

Pengalaman Myya

Di pakai semasa sedang diuji di bulan Ramadhan.
Lemah semangat, tiada selera makan, pemarah, kuat mengamuk, tidak ceria. sukar tidur

Hari pertama
Cara penggunaan seharian dan digabungkan cara untuk aura protection

Result : Selepas 10 minit, sikap bertukar ceria, lebih tenang, tidur lena

Hari kedua
Cara penggunaan sama

Result : Sentiasa senyum, boleh bergurau senda, cergas, selera makan bertambah, lebih sihat, lebih berani dan bersemangat

Note : Penggunaan akan dilakukan setiap hari dan result akan di pantau. Will be updated soon

Cara penggunaan Minyak Kasturi Syifa

Untuk kegunaan seharian

1.  Berdiri mengadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang
2.  Beristighfar dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah
3.  Berselawat 3x dan niat atau Doa ketika menyapu minyak kasturi. Contoh niat
     seperti:  "Ya Allah, jadikanlah usaha ku yang sedikit ini penyebab kepada
     penyembuhan ke atas rohani dan jasmaniku"
4.  Hidu bau kasturi sedalam-dalamnya

Sebagai Perisai Diri (Aura Protection)

1. Beristighfar dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah
2. Berselawat 3x dan niat atau Doa ketika menyapu minyak kasturi. Contoh niat
    seperti: "Ya Allah, jadikanlah usha ku yang sedikit ini penyebab kepada
    perlindungan ke atas rohani dan jasmaniku dari kejahatan makhluk2 mu
    dan segala bala bencana"
3. Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan dibelakang telinga. Sapu
    dibahagian bahu kanan dan kiri
4. Sapu dibahagian urat nadi tangan kanan dan kiri
5. Sapu pada leher
6. Hidu bau kasturi sedalam-dalamnya
7. Kanak2 sering menangis di tengah malam: Sapukan pada ubun2, sendi tangan dan
    kaki, cuping telinga, leher, pakaian dan sebagainya

Sebagai Perlindungan di Tempat Kerja, Rumah, Tempat Perniagaan dan sebagainya (e.g. kereta atau menginap dihotel)

1.  Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat
     Al-Quran dan sebagainya
2.  Sediakan satu bekas berisi air, sapu Kasturi Syifa pada jari telunjuk
3.  Mulai dengan masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air tadi
     dengan jari telunjuk mengikut pusingan tawaf (lawan jam.anti clockwise)
4.  Niat, contoh: "Ya ALLAH, jadikanlah usahaku yang sedikit ini penyebab  kepada 
     terlindungnya diriku (dan keluarga/seisi rumah) dari kejahatan manusia dan jin"
5.  Baca 3 Qul dan hembus perlahan-lahan pada air
6.  Masukkan ke dalam botol spray kemudian spraylah di dinding rumah atau di ruang
     pejabat atau di tempat perniagaan. Pastikan permulaan semburan di titik A akan
     berakhir di titik A juga.

Nota :  Yakinlah kepada ALLAH

Kasturi Syifa - Ikhtiar Perubatan Islam



Minyak wangi kasturi syifa’ satu ikhtiar perubatan islam dimana ia merupakan salah satu kaedah perubatan tanpa menafikan kekuasaan Allah.

Kandungan Minyak wangi kasturi putih (Makkah) didoakan dengan:
    1.    30 Juzuk Al-Quran
    2.    Ayat-ayat Syifa'
    3.    Ayat-ayat Ruqyah
    4.    Al-Muawizat
    5.    Asmaul Husna
    6.    Doa-doa Syifa
    7.    Selawat Syifa
    8.    Selawat Tafrijiyah
    9.    Istihgfar
  10.    Solat Hajat

InsyaAllah boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

   1.   Perisai diri
   2.   Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
   3.   Memberi ketenangan jiwa
   4.   Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
   5.   Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
   6.   Menghindarkan gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya
   7.   Doa perlindungan untuk ke tempat2 keras seperti dalam hutan, lautan yang luas, tasik, sungai,bangunan tinggalan lama dan sebagainya
   8.   Doa perlindungan dari disihirkan orang, histeria, rasukan dan sebagainya

Produk ini dijamin bersih halal dan suci dan boleh dibawa solat.

Dilarang melangkah produk ini kerana telah didoakan atau didengarkan muzik atau percakapan yg tidak baik.

Note : Setelah berikhtiar maka bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya Allah. 

Ujian Ramadhan

1 Ramadhan - 23 Ramadhan 1432 

Opah renovate rumah. Bunyi ketukan keletung!keletung! non stop setiap hari selama hampir 2 minggu..
Hasilnya Myya terkena kejutan besar hingga melemahkan semangatnya..
Bunyi siraman air di bilik air, bulu yang melayang, langsir yang di tiup angin, bunyi air hujan yang menimpa bumbung....
Pasti akan membuatkan Myya terkejut dan menangis, berlari, melompat ketakutan minta dijauhkan dari apa yang dinampak dan didengar.
2 hari pertama , mak tak ambil serius... masih melayan dan memujuk Myya..

Hari ketiga, ketika jemput Myya di rumah Opah, keadaan Myya sangat lemah > tidak bermaya, hilang keceriaan, tiada selera makan dan minum, paling ketara mata Myya sentiasa waspada memandang keliling..

"Bunyi apa tu mak?" ..Soalan yang sentiasa ditanya jika terdengar sesuatu..seperti ketakutan..

Ini semua tidak berlaku di rumah kita dan ketika bersama mak. Di rumah, Myya masih lagi boleh makan minum dan bermain...

Hari ke 5, ayah telefon Ustaz Rahim.

"Tiada apa2. Dia cuma terkejut besar. Pulihkan semangat dia sahaja...", kata ustaz. Ustaz ajarkan beberapa petua dan ayat Allah untuk diamalkan.

Hari ke 6, Myya dibawa ke Darul Syifa. Air penawar diberi untuk diminum dan dimandikan antara selepas Asar dan sebelum Maghrib. Ustaz masih kata tiada apa2...
Selepas itu terus pulang ke kampung untuk sama2 berbuka puasa dengan Uwan. Di kampung Myya bagai terkena histeria....Myya jerit kuat sampai hilang suara sambil tunjuk arah bilik air diluar. Semua orang dah panik. Mak memujuk sambil bacakan kalam Allah, Uwan lumurkan bawang putih dikepala, Pak Ndak memperdengarkan azan melalui laptop hingga Myya tenang semula dan dapat tidur hingga pagi...

Hari 7-9, Myya sangat lemah lepas pulang dari rumah opah, jadi sangat pemarah, suka mengamuk, masih tiada selera makan. Myya sangat takut untuk mandi atau dengar bunyi air...

Hari 10-11, Myya menangis2 tak mahu di hantar ke rumah Opah..Mak amik cuti untuk bersama Myya. Myya happy bersama mak, makan dan main. Mak keliru...

Hari 11-15, keadaan Myya kembali lemah, masih mengamuk dan marah2. Enggan makan dan minum..Myya dah tak seperti Myya yang mak kenal...Myya seperti sangat takutkan air mandian. Mak ajak berenang di kolam pun Myya menangis enggan, sedangkan itu adalah hobi Myya. Pantang je mak ajak dulu...mak sangat keliru....

Hari 16 Myya mula demam panas...

Hari 17-19, Mak dan ayah bergilir amik cuti. Myya demam panas (38-39 degree) sekali sehari sahaja. Panas reda bila mak masukkan ubat melalui buntut tu. Myya mengamuk dan muntah teruk bila mak bagi ubat sirap paracetamol tu..Tak sanggup mak lihat Myya kesakitan..Bila panas reda, Myya ceria semula.

"Ayahhh..Myya mntaahhh..." adu Myya bila ayah telefon..Sambil nangis2 lemah

Hari 20, Ayah bawa Myya jumpa Ustaz Amir (kawan Pak Ndak) di Bentong. Ustaz bacakan doa, beri air penawar dan limau untuk dimandikan. Ustaz kata semangat Myya seperti dah hilang. Ustaz beri beberapa kalam Allah untuk diamalkan untuk pulihkan semangat Myya.. Ketika bersama Ustaz, Myya happy je main, tak macam sakit pun....

Petangnya, Myya demam semula. Mak bawa Myya jumpa doktor favorite, Dr Nazri di Poliklinik Annisa. So suprise, Myya boleh bersapa dan bagi respon yang baik dengan doktor. Doktor masukkan ubat melalui buntut sebab panas Myya dah lebih 39 degree. Doktor bekalkan juga antibiotik, dan ubatan lain. Doktor pesan lepas 2 hari jika masih belum reda kena datang semula untuk check darah. Takut ada jangkitan lain. 

Mak sangat risau, sejak awal Ramadhan lagi, mak solat Hajat dan Istikharah, tak putus2 berdoa memohon kepada Allah untuk sembuhkan Myya, beri petunjuk bagaimana nak kembalikan anak mak ...

Myya semakin pemarah, menjerit2, mengamuk, memukul dan menyepak tanpa sebab, berat menurun, badan Myya kurus seperti benar2 sakit...

Hari 23, Mak terbaca satu blog mengenai ikhtiar perubatan Islam dengan menggunakan minyak kasturi yang telah didoakan dengan kalam Allah. Mak surf lagi maklumat melalui internet. Terbuka hati mak untuk mencuba. Dengan izin Allah, pembekal produk terus respon sms mak dalam 5 minit (sangat jarang berlaku ketika berurusan dengan peniaga online). Mak bank in serta merta bayaran tanpa pikir panjang. (Biasanya mak akan interview macam2 peniaga online untuk meyakinkan urusan). Minta diposkan produk segera. Mak bertawakal.

Hari 24, produk diterima. Peliknya, peniaga tersebut terus tidak dapat dihubungi walau berkali2 mak contact untuk ucap terima kasih..sms pun tak dijawab...Lepas solat asar, mak cuba pakai dulu minyak wangi tersebut mengikut aturan yang diberi, dengan izin Allah, mak terus rasa ketenangan dan lapang dada.. Tak sabar mak nak balik jumpa Myya..

Alhamdulillah panas badan Myya dah berkurangan. Myya cuma amik antibiotik 4ml 2x sehari (selama 2 hari)tanpa ubat demam. Mak cuma lap2 badan Myya supaya tak panas.

Malamnya selepas solat Isyak, mak cuba sapukan minyak kasturi pada Myya, tapi Myya mengelak dan menjerit2 marah. Sayu hati mak..Mak pujuk dan curi2 sapukan minyak disendi2 badan Myya. Dengan izin Allah, 10 minit kemudian, Myya kelihatan semakin tenang dan terus datang peluk mak.. Suhu badan normal. Myya minta roti dan air coklat. Pukul 10.00pm, Myya ajak mak tidur. Myya cium mak sebelum baring dan terus lena dengan tenang. Tiada lagi kegelisahan dan hanya lena selepas pukul 12am seperti malam2 sebelumnya..  Mak hanya boleh bersyukur kepada Allah dan sujud syukur...

Hari 25, bangun pagi, Myya senyum sahaja dan minta dipeluk. Tiada lagi jeritan marah bila mak kejutkan. Suhu badan pun normal. Syukur Ya ALLAH...mak rasa sayu tapi mak tahan supaya ayah tak nampak..heheheh.. Sebelum kejutkan tadi, mak dah calitkan sedikit minyak kasturi di sendi, kening, belakang telinga, bahu, leher, perut dan belakang badan Myya...

Petang, masa mak jemput Myya di rumah Opah, dari jauh mak nampak Myya dah berlari ceria datang sambil panggil mak...Terus mak peluk dan cium Myya..Myya senyum saja...Opah kata Myya dah mula makan dan minum. Nak mandi pun dah tak takut lagi. Dengan bunyi air pun rilek je....

Dalam kereta, mak berbual dengan Myya tanpa ada lagi jeritan dan amukan...

Hari 26...Myya sembuh sepenuhnya...Myya mak dah kembali. Terima kasih ya RABBI...

Note: ALLAH sentiasa bersama dan mendengar doa hambanya.

Saturday 20 August 2011

Apam Pisang (No oil)

Serve : 12 biji
Preparation time : 1 jam
Sumber: staranisecafe.blogspot.com
Bahan A
1 biji telur
5 sudu besar gula perang

Bahan B -ramas
1 biji pisang berangan (XL)
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air/susu

Bahan C - ayak
3/4 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul bahan A hingga kembang dan kental
3. Campurkan bahan A, B dan C. Sebatikan
4. Isi acuan 3/4 penuh
5. Kukus 10 minit

Tips:> Boleh guna pisang emas. Kurangkan gula sebab pisang emas dah manis..
       > Boleh ganti serbuk koko dan air dengan susu coklat

Friday 19 August 2011

Telekung untuk Anak



Myya : 32 months old
Perfect!
Terima pada 5 Ramadhan lalu..
Myya so happy ada telekung sendiri dan dapat solat bersama mak dan ayah..
Few times join jemaah di Masjid, tapi Myya bertahan 4 raakat je..kemudian senyap2 tanggal telekung dan main dengan sopan di belakang..

Brought online from: itsybitsysecrets.blogspot.com (thanks Nani *hug*)
Size : M (Telekung 30" Sarong 28")
Price : RM35

Note : I'm so proud of you.. Sejuk hati mak....Doakan mak dan ayah selalu ya....

Monday 15 August 2011

Myya's Favorite Cartoons

Tempat Pertama


Tempat Kedua


Tempat Ketiga

Saguhati

Note: Myya boleh ulang tengok same cd cartoon/story non stop 4-5 jam. Fuhhh!!

Friday 12 August 2011

Kalau tak tahu hargainya nyawa, tolong jangan susahkan orang lain!

Entri lepaskan tekanan...

Pengalaman sepanjang bertahun memandu di jalan raya....

Sekarang ni makin ramai manusia yang dah tak pandai menghargai nyawa..Nyawa ada satu je beb. Kalau dah melayang..takkan dapat balik..kecuali dengan izin-NYA.

Dahlah tak sayang nyawa sendiri, Nyawa orang lain pun dia tak peduli, cukup menyusahkan...

Antara mereka yang kini tak sedar diri ni...

Golongan pertama :Pejalan kaki

Aku tengok kalau pejalan kaki berjalan di tepi jalan raya...wah!! lenggang kangkung.. macam menyuruh2 je peragut tu mendekat .> ragut lah bang..i rela ... dah kena baru nak nangis2.... dah terlambat!

Kalau  melintas jalan pulak....ada yang menonong je tak toleh kiri kanan...ada pulak yang mengacah-acah kat tepi jalan tu..kejap melangkah depan..kejap berundur balik....aku ni kenalah main brek ! Panas betul !
Ingatkan dah berundur tu tak jadilah melintas, tapi bila aku dah dekat..meloncat dia terus lintas...aku emergency break tuuuu.... nasib baik kereta belakang pun sempat break....kalau accident tadi?? Dia blah je macam takde apa-apa? Memang kasi panas!!!

Paling tak tahan bila melintas kat zebra cross tu... belum hijau lagi bunyi tet!tet!tet! suh ko melintas, yang ko melompat lintas jugak apehal??? kalau terlanggar nanti, pandai la ko report kata aku langgar kat laluan melintas...memang sah2 polis tu akan kata aku salah!  

Lagi satu spesis, kalau kenderaan dah bagi laluan...boleh pulak dia melintas ala-ala miss universe...sambil gelak2...kibas2 rambut...bila aku hon...boleh pulak tunjuk penumbuk....Kasi panas lagi!!! aku langgar kang!!!

Eeeeiii..ko tak sekolah ye? Di sekolah bukan ada ajar ke cara nak melintas????

Golongan kedua : Pemandu bas/lori/trailer

Wahai pilot darat...tolonglah kesiankan nyawa orang lain jugak...Tahulah body ko tu besar...kalau lenyek keta aku yang comel tu... mau dengan aku sekali jadi rempeyek...

Adakah patut ko main cilok2, potong sana sini, himpit2 di laluan sempit....pernah kereta aku bergesel sebab ko himpit mengejut...sikit lagi nak melintang di lane bertentangan...nasib baik aku sempat pusing stereng masuk balik laluan...macam nak meletup jantung aku!!!

Bagi pemandu bas, cuba sesekali tengok cermin belakang tu...ramai nyawa tengah berhimpit2 dalam badan bas ko...dengan orang tuanya..anak kecilnya...masing2 nak balik jumpa orang tersayang...bukan ko sorang je tau ada orang tersayang!!

Golongan ketiga: Penunggang motorsikal

Penunggang yang berperangai macam pelesit ni lah yang suka bikin panas...cilok2 dan memotong tak bagi signal tu biasalah..yang tak tahan boleh ketuk cermin kereta aku minta bagi laluan sebab dia tak boleh cilok..halooo laluan sempit camtu pun ko nak cilok...dari 2 lane kereta berbaris jadi 3 lane..ko nak aku himpit mana lagi? Aku kasik can.. malas nak gaduh dan nak bagi ko puas hati, aku pun himpit kiri nak luaskan laluan ko, tapi sempit jugak...motor buruk ko tu tak leh lepas jugak...kalau lepas pun belum tentu kereta depan nak bagi laluan jugak...takkan ko nak ketuk cermin setiap kereta kan....
tapi apa yang buat aku panas..ko redah jugak sampai calar side mirror aku, siap angkat jari tengah kat aku...bengong! sekali kau sangkut jugak bila kereta depan tak bagi laluan...tunggu jugak ko kat situ..takde pulak ko ketuk atau angkat jari...takutlah tu sebab driver dia badan macam badak..sekali keluar hentak ko ...aku tepuk tangan kuat2....

Hari2 bikin panas!!!!! 

Nota : Memang menyusahkan spesis2 ni semua. Sangat pentingkan diri. Kalau terkena batang hidung sendiri, baru padan muka.

Wednesday 10 August 2011

Nasi Goreng Telur Masin


Serve : 2-3 orang
Preparation time : 15 minit
Sumber: staranisecafe.blogspot.com


Bahan A
2 sudu besar minyak
1 biji bawang -hiris
1/2 cawan kubis- hiris

Bahan B
4 cawan nasi sejuk
1 paket serbuk nasi goreng kampung adabi
1/2 cawan ikan bilis goreng
2 biji telur masin - rebus & hancurkan

Cara
1. Tumis bahan A
2. Campurkan bahan B. Gaul sebati.

Tips: Tak perlu garam sebab telur masin mencukupi

Tuesday 9 August 2011

Nanti kita beli yaa.... :-)

9 Aug 2011

Ketika menjemput Myya dari rumah Opah

M  : Mmmm..sedapnya..
A  : Myya makan apa tu?
M  : Makan ceklat..tengok , aaaaa (sambil ngagakan mulut)
A  : Siapa bagi?
M  : Opah. Myya makan anyakkk...
A  : Amboi sedap sangat ke? Mak nak sikit?
M  : Takde..dah abhis..
A  : Alaaa.. mak nak jugak...
M  : Mak nak ke? Anti kita beli yee? (sambil telengkan kepala, mata dikelip2,
       senyum yang sangat manis)
A  : Myya nak beli ke? Terima kasih..Sayang Myya..
M  : Sayang mak...

Note : Hambek...itulah jawapan yang selalu aku bagi bila Myya minta sesuatu...

Sunday 7 August 2011

Siapa kena ikat di bulan Ramadhan???

Masa sekolah dulu, ustaz dan ustazah selalu pesan bulan Ramadhan ni iblis dan syaitan diikat. So kita boleh tahu samada perbuatan jahat kita disebabkan hasutan syaitan atau disebabkan nafsu sendiri yang berkeinginan untuk melakukan perkara batil..
So masing-masing pun cuba muhasabah diri....dan berasa malu nak buat jahat sebab nanti pasti kawan-kawan nampak yang diri sendiri yang sebenarnya jahat... tak boleh nak salahkan hasutan syaitan laknatullah hehehe...

Tapi pada suatu hari...jeng!jeng!jeng!

Alkisahnya aku terperangkap dalam satu upacara perubatan tradisional dimana seorang pakar perubatan tradional sedang mengubati seorang pesakit wanita yang begitu rakus meronta-ronta sambil dipegang oleh 3 orang lelaki yang berbadan  besar dan boroi..Sekali pesakit meraung dengan suara yang garau dan menendang-nendang hingga terjatuh salah seorang lelaki tersebut....

"Wow!!! Kuatnya!!!" aku melatah...

Tok dukun pun menekan sebiji limau di ibu jari kaki pesakit dan mula berdialog...Pesakit wanita tak bersuara perempuan pun....

Tok dukun  : Sapa hantar Ko???
Pesakit      : Tuan aku!
Tok dukun  : Sapa tuan kau?? Kenapa kau kacau dia??

Pesakit menjerit2 sakit mengaduh je tak jawap soalan tok dukun...

Tok dukun  : Kenapa kau kacau dia???
Pesakit      : Tuan aku suruh. Tuan benci dia.

Komunikasi berterusan dalam suasana tegang sebab yang menjawab soalan selalu berdolak dalik. Macam tak sekolah. Orang tanya lain jawab lain. Tak pun dia buat dhek je...aku pun hangin...

Tok dukun : Baik ko keluar. Tinggalkan minah ni >nama tak boleh sebut
Pesakit     : Tuan upah seekor kambing. Apa ko boleh bagi...>eh!eh!demand pulak 
Tok dukun: Aku bukan tuan ko. Kalau ko degil aku seksa ko > sambil menekan ibu jari dengan gaya pencak silat...

waaaahhh.....tuan dia bagi kambeng..ko ado?

Bualbicara diteruskan hinggalah pesakit kembali normal bila ada perjanjian yang dibuat....>panjang lagi citer ni..maleh aku nak taip. Sangat cliche citer ni..

Persoalannya siapa yang bercakap garau melalui pesakit wanita tadi ?
A: Hantu  B: Setan  C: Iblis  D: Suku sakat  E:semua diatas 

Jawapannya : JJJJJJIIIIIIIINNNNNNN. Tiada satu pun jawapan di atas.

Ya! rupanya jin masih bermaharajalela dan tak diikat. Yang diikat adalah tok gurunya yang terdiri dikalangan Iblis dan syaitan laknatullah.....

Note : baru aku tau.. Patutla kat sekolah aku ada kes histeria dan rasukan masa bulan posa dulu.. Apsal tak tanya ustaz dulu aaa? sekarang baru nak tau...eh kenapa ustaz tak cakap dulu aaa????

Saturday 6 August 2011

Maakk…meletuppp!!

Lokasi  : Pasar Ramadhan @ 4.30pm
Jalan2 lenggang kangkung sambil kendong anak dalam hujan renyai-renyai manja…
Tiba-tiba…

Myya     : Makkk! Meletuuppp!! Tengok!!!! (Sambil tunding2 jari menunjuk sesuatu…)
Mak       : Ha? Mana? Mana ? (Panik la sangat aksinya terpusing2 badan tapi pelik takde bunyi letupan pun)
Myya     : Tuuu? (muncung je mulut comel tu)
Mak       : Tu bukan meletup laa sayang… itu asap orang jual ayam golek..
Myya     : Ayam olek ye?
Mak       : Ya sayang intan payungg..buat terkejut mak je.
Myya     : Mak jut? Hehehe

Aktiviti menjamu mata diteruskan…tiba-tiba…

Myya     : Makkk! Tu ada meletup agiiii
Mak       : Mana? Mana? (terpusing2 badan mencari..)
Myya     : Tuuuu…banyaknye…
Mak       : Laaa…itu kan asap lagi…
Myya     : Asap ke?
Mak       : Ye la sayanggg. Dah jangan nak buat lawak lagi..
Myya     : Asap ye mak…
Mak       : Hmmmm…
Myya     : Banyakkknye asappp…
Mak       : Hmmmm…

Dua kali mak panik  tak tentu pasal… Ntah hape2….

Nota  : Mak pasti senyum tiap kali teringatkan peristiwa ni…

                                                            Baik punya berasap. Ihsan: Google

Friday 5 August 2011

Durian Musang King...Terbaek!

Ada banyak jenis durian di Malaysia...macam-macam nama, gred dan bentuk.....
Antara durian yang terbaik....Musang King...
Hubby beli sebijik je nak buat rasa..tu pun RM 30 sebijik...4 ulas je....
Nasib baik semua ulas elok dan tebal......


Macam makan aiskrim..Yum! Yum!


Ntah kenapa guna nama musang...siap bagi gelaran king...kenapa tak letak nama Singa...itu baru betul Jungle King...lagi pun bukan binatang tu semua yang tanam durian tu...patutnya letak lama nama Senah ka..lagi glemer eja la Xena ka ...tak pun Zmly (Ramli) ...barulah kenang jasa namanya...heheheh...

Note : Nyesal tak beli lebeh2...sekarang payah nak jumpa dah...

Thursday 4 August 2011

"Aku tahulah! B*d*h!"

9.10 am

Perbualan telefon......
Intro : Bla..bla..bla...

Caller  : Bila akaun ***  digantung?
Aku     : 22hb Ogos.
Caller  : Seminggu?
Aku     : Sampai hujung bulan Ogos.
Caller  : Bila dapat dividen?
Aku     : Hari pertama bulan September. Transaksi keluar masuk akaun boleh buat
            pada hari bekerja sahaja.
Caller  : Tapi 1 September kan cuti?
Aku     : Ya. Encik kena tunggu hari bekerja kalau nak buat transaksi. (Aku dah tahu
            caller ni mesti nak keluar duit. Cara tanya dah tahu...)
Caller  : Kalau macam tu tak boleh lah aku nak keluar duit.
Aku     : (Haaa! Kan aku dah cakap!!) Maaf. Kalau nak keluar duit kena tunggu
             esoknya. Hari bekerja.
Caller  : Tapi aku nak pakai duit.
Aku     : 1 September tu cuti ganti Hari Raya. Semua bank dan cawangan ofis kami
            pun tutup. Encik datang 2 hb ya.
Caller  : Eh! Kan dah cakap aku nak pakai duit.
Aku     : Macam ni lah. Kalau dah emergency sangat, saya cadangkan encik keluar
            duit sebelum 22 Ogos ni.
Caller  : Kalau keluar sekarang tak dapatlah dividen.
Aku     : Maaf encik. Tak ada pilihan lain lagi..
Caller  : Tapi aku nak keluar 1hb juga..takde cara lain?
Aku     : Bank semua tutup. Tak de operasi. Next day baru buka. Encik datang 2hb ya.
Caller  : Aku tahulah! B*d*h!

Perbualan mati bila gagang dihempas oleh caller..

Bingit telinga aku!!!

Siapa yang budus sebenarnya ni???? Pagi-pagi sudah bikin panas!

Nota: Kepada manusia2 diluar sana...sila bertimbangrasa bila bercakap ya

Tuesday 2 August 2011

Terima kasih wahai penyamun

Hari pertama Ramadhan 1432 H @ 5.30 pm

Panggilan telefon diterima…

Daddy    : Yang.. tak boleh ambik anak petang ni…
Mommy : Aaa? Nape pulak? Kan dah janji…
Daddy    : Keta tak boleh hidup..
Mommy : Bateri kong lagi? Kan baru servis…
Daddy    : Bateri kong hapenya…Bateri seketul tu dah hilang…dah kena curi..
Mommy : Haaa?

Nota :  Terima kasih wahai penyamun…sekurang2nya kau tak rosakkan atau pecahkan yang lain. Alhamdulillah.

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan 1432H


Semoga amalan ku dan keluarga diterima Allah..
Semoga kehidupan kami direhdai Allah...
Semoga kami sentiasa di beri petunjuk-Nya...
Semoga hamba Allah sekalian di beri hidayahNya....

Janganlah Engkau lupakan kami ya Allah....
Sesungguhnya kasih kami kepada Mu dan Nabi SAW tiada berbelah bagi....

Amin.....