Tuesday 11 December 2012

Myya tahu Kualiti?

Sekarang ni Myya memang rajin bertanya dan bercerita....
Mula2 dulu dia tanya semuanya tentang "Siapa"?
Then tanya pulak "Kenapa"?
Sekarang ni dah bertambah-tambah lagi soalannya....

m: Mak! Bunyi apa tu?
M: Bunyi kerusi jatuh...
m: Siapa buat mak?
M: Abang kat rumah atas tu la...
m: Macam mana kerusi tu jatuh mak?
M: Abang terlanggar kot?
m: Kenapa abang langgar kerusi tu mak?
M: Abang tak nampak lah tu.
m: Kenapa abang tak nampak?
M: Abang pandang ke lain kot
m: Abang pandang apa mak?
M: ntah lah..mak tak tahu
m: Kerusi tu kat mana mak?
M: Dalam bilik
m: Kerusi tu warna apa?
M: Ntah...mak tak tahu
m: Hitam ka Putih ka Brown ka?
M: Hitam
m: Kerusi makan lah tu...

Haa! Kan dah guna Quality Tools tu .... 5W1H dan Why,why,why.... Siap bagi jawapan objektif pulak!
Aduyai anak ku!

No comments: