Wednesday, 21 May 2014

Talam berlauk




Source: staranisecafe.blogspot.com
Inspired from: chahaya shiela

Bahan kuih (base)
3 cawan tepung gandum
5 cawan air
1 paket santan serbuk (50g)
2 sb minyak sapi
1 biji telur
2 st garam

Bahan lauk
400g daging cincang
2 biji ubi kentang-potong dadu
1 biji bawang besar - hiris
1 sb perencah tumix
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili
1 ts garam
2 sb minyak
Sedikit air

Bahan hiasan
Daun sup -cincang
Cili merah -cincang

Cara
1. Masak bahan lauk dahulu. Tumis bawang dan kentang hingga bawang layu. Masukkan bahan lain dan biar empuk dan kering dengan api sederhana.
2. Blend semua bahan kuih hingga sebati.
3. Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan minyak. Asingkan 1/2 cawan bahan kuih dan ketepikan
4. Kukus bahan kuih 20 minit.
5. Cakar bahagian atas kuih dan tabur bahan lauk dan bahan hiasan.
6. Tuang baki 1/2 cawan bahan kuih yang diketepikan tadi rata rata.
7. Kukus semula 30 minit.
8. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan dan potong.
9. Jika guna acuan kecil. Kukus bahan kuih dan lauk sekali gus lebih kurang 10-15 minit. Cucuk dengan lidi utk test. Kalau lidi bersih dah masak le tu.

Yummeh! Recomended!
posted from Bloggeroid

No comments: