Tuesday 25 March 2014

MH370....officially ended :-(

8 Mac 2013
Kau hilang tiba tiba
Kami termanggu
Kami tertanya tanya
Kami mencari
Pelbagai kisah kami dengari
Kami terus berdoa kepada yang Esa
Kau akan kembali

Kenapa...kemana...bagaimana...
Persoalan tetap persoalan
Penantian demi penantian
Harapan terus harapan

24 Mac 2014
Kami menerima kejutan
Kau tiba tiba dikatakan telah tiada
Menghilang di telan lautan
Jauh dari asalmu...

Titisan air mata mengalir
Sanubari terasa pedih
Kau jauh tapi dekat dihati
Kami redha segala kemungkinan
Namun masih ada kesekelumit harapan yang dikekalkan
Walau perlu lama menunggu
Ooo Allah...
Tempatkan mereka di syurgaMu




posted from Bloggeroid

No comments: