Friday 10 May 2013

Explore the Seoul in Our Style # 23 : Tips : Lesson Learned



  • Tak perlu visa 
  •  Isi Arrival card dan Declaration form dan pastikan slipnya di simpan dalam passport. Jangan hilangkan! Imigresen akan ambil slip tu dan ambil cap jari telunjuk dan gambar wajah anda nanti.
  • Sistem pengangkutan amat teratur dan menepati masa. Anda boleh mengelilingi Seoul dengan pengangkutan subway je. Gerenti sampai.
  • Cari hotel yang berdekatan dengan subway station.
  • Tandas awam tiada air kecuali di singki. Anda perlu bawa botol air atau tisu basah untuk bersihkan diri selepas beristinjak. Sah je kalau lap dengan tisu kering. Tapi maklumlah, orang Malaysia dah biasa bersuci dengan air. Apa yang aku buat, aku bawa je plastic foldover bottle dan isi air di singki dan juga tisu basah sebagai persediaan. Tapi tandasnya sangat bersih dan merata-rata tempat. Bersih!
  •  Wanita Korea amat “malu” kalau kita tegur minta panduan tapi lelaki Korea samada buat bodo atau bantu berlebihan sampai kita rasa bersalah…
  •  Pakaian winter dan kosmetik sangat murah dan pelbagai berbanding di Malaysia
  • Kedai kosmetik dan Kedai kopi bersepah-sepah, selang seli, lain tokey tapi bersaing dengan aman.
  • Sila beli T-Money (macam Touch n Go) untuk keselesaan maksimum. Baki dalam T-Money tidak luput sampai bila-bila. 
  •  Memang sukar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris..guna segala isyarat dan tunjuk print out yang ada
  • Orang tua sangat suka kanak-kanak sebab katanya mereka dah jarang jumpa kanak-kanak sebab golongan muda dah tak mahu beranak..erk! 
  •  Orang tua terutama peniaga agak kasar sifatnya kerana masih dibelengu kisah silam perang mereka yang menderita
  • Seoul sangat cantik dan bersih
  • Orang muda suka buat hal masing-masing tapi lebih bertoleransi
  • Rakyat Korea menepati waktu dan tidak suka membazir masa…mereka akan berlari-lari mengejar train walaupun kekerapan train setiap 3 minit…huh…bas bergerak tepat pada waktunya
  • Mereka suka berfesyen dan seksi
  • Hampir tiada obesity malah tiada langsung berbadan besar…semuanya slim dan pipi
  • Stesen subway ada banyak tangga yang tinggi dan rakyat korea akan guna walaupun ada escalator atau lif
  • Peniaga gerai di insadong lebih bertoleransi dan berhemah berbanding di Nandaemun
  •  Teksi pun dah pakai Hyundai Sonata
  • Wanita yang suka seksi sanggup pakai terbuka walaupun sejuk menggigit tulang….peliknya…
  • Tak lama lagi boleh pergi Everland naik train..masih bikin der….
  • Dalam subway ada tempat duduk khas untuk orang tua, ibu mengandung, orang cacat, dan bawa troller anak…mereka yang bukan golongan tersebut tidak akan duduk….dan orang tua tak akan segan silu suruh anda bangun jika merasakan anda tak layak….
  • Ada orang berjualan dalam train
  • Ada pintu khas untuk laluan golongan tua atau orang yang mahu cepat di setiap stesen subway
  • Orang Korea gila pada gadjet yang mereka ada…dalam perjalanan mereka hanya pandang telefon atau tidur…langsung tak peduli orang lain
  • Setiap stesen ada kedai-kedai jualan yang harganya lebih murah dari tempat shoopng macan Nandaemun/Myeongdong
  • Pecahan wang kertas paling kecil KRW1000
  • Jaringan Internet dan Wifi percuma dimana-mana sahaja..the best
  • Iklan pembedahan plastic dimana-mana
  • Orang Korea bersifat keanak-anakan walaupun polis atau tentera…cute sangat lah tu…yang perempuan ok lah tapi kalau lelaki….alahai…tapi walaupun cute mereka tegas!
  • Iklan sangat berwarna warni dan kreatif
  • Makanan mereka sangat simple dan tidak memerlukan bahan rencah yang banyak
  • Cili sangat pedas dan hampir semua makanan sangat pedas
  • Penggunaan minyak sangat minimum
  • Banyak juga vegetarian, gemar seafood steamboat, dan banyak juga makan “khinzir”…hati-hati lah memilih
  • Peniaga makanan adalah ikhlas…mereka akan beritahu ada daging dan perkongsian bahan atau alatan masak…dengan syarat sila bertanya
  • Kalau ada orang tampat ikalan di tempat awam macam poster atau no telefon…esok pagi-pagi lagi tengok dah tak ada
  • Buahan2 sangat fresh, besar, murah, manis
  • Makanan mahal, pakaian murah
  •  Paling best….SEOUL TEMPAT PALING SELAMAT! Walaupun dah tengah malam wanitanya masih boleh bawa beg ala di pentas catwalk….
  • Sila rajin bertanya sebab pelancong boleh dapat banyak diskaun untuk tiket di kebanyakan tempat
  • Ada juga peniaga yang boleh berbahasa Melayu sikit-sikit sebab ramai orang Melayu melancong ke sana
  • Bila beri ucapan selamat atau terima kasih, sila tunduk sedikit teruta kepada orang tua sebab itu budaya mereka
  • Ada tempat meletak basikal khas dan berkunci berhampiran stesen subway
  • Rupa rakyat Korea sebenarnya biasa-biasa je tapi bersih dan mulus kulitnya baik lelaki mahupun perempuan….jarang jumpa cantik macam artis KPOP
  • Teknologi bergerak pantas di sana
  • Penggunaan teknologi sangat meluas dalam semua aspek kehidupan
  • Susah betul cari tong sampah…sampah kena bawa balik…hehehe
  • Orang Korea pelik kami bawa anak naik stroller ke hulu hilir naik subway dari pagi sampai petang…ada yang kata kesian anak baik naik teksi atau tinggal di rumah…ada pulak kata biar dia berjalan kasi kuat…hehehehe
  • Makanan yang di order akan dihidang dengan set sampingan- kimchi, sup, sayur
  • Makan nasi guna sudu…ambil lauk guna chopstick…sup itu wajib
  • Buat protes secara aman dan kerap….pernah terserempak  banyak kali tapi tak tahu sebab politik atau pengurusan tempat kerja atau apa
  • Banyak betul university di sini
  • Lotte adalah rangkaian kedai besar di sini….ada taman tema, supermarket, fast food
  • Boleh makan shrimp/fish burger sebab minyak guna untuk goreng berasingan dengan daging
  • Jarang jumpa peminta sedekah…tapi peminta sedekah sangat extreme kerna bersujud lama ketika meminta sedekah…hanya ada di subway stesen….
  • Mesti tengok drama dan cerita korea di saluran tv…walaupun tak paham bahasa pertuturan tapi sangat kelakar
  • Bukan orang luar je perlu merujuk cara guna subway…malah orang korea pun akan selalu rujuk gadjet dan download map subway 
  •  Banyak signboard untuk merujuk hala tuju…tak akan sesat……
  •  Line internet/wifi boleh disewa mengikut jam dan hari
  • Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia…sila adjust jam anda sebaik sampai
  • Kalau makan fast food, chili sauce kena bayar…tomato sauce is free
  • Insya Allah tak akan sesat sebab tourist guide bersepah
  • Memang menjaga diet…ada setengah kedai kopi akan pamerkan jumlah kalori setiap menu
  • Banyak statue
  • Sila ambil peluang untuk lihat the city - waktu malam dan siang adalah berbeza -patutnya ada entry pasal the city..tapi malas pulak nak buat ...maafkan saya.....

No comments: