Tuesday, 31 January 2012

Syirik tu!

Waktu lunch tadi...
Aku keluar ofis.
Dengar bunyi berdentam dentum bunyi gendang.
Eh!Eh! Ada pertunjukkan tarian singa lah.
Enam ekor singa sedang melompat akrobatik.
Ekornya tergedik2, mata berkelip2, telinga bergoyang2.
Soooooo cute.
Aku berhenti. Berdiri tegak memandang.

Tiba2 ada mamat berkopiah bawa kerusi plastik lalu.
Dia senyum. Sinis.
Aku balas senyuman. Paksaan. Aku kenal mamat ni.

Dia berhenti disebelah dan bersuara..
"Buat po tengok benda syirik ni semua? Berdosa!"
Aku diam.
"Amboi kusyuk tengok. Tak sedar ore ghoyak ni."
Aku diam. Malas nak layan.
"Ni semua buang duit. Takde faedah! Ni bukan halau hantu, banyak hantu berdiri tengok adalah. Cuba mu pun join menari sama. Seronok sangat tengok dari tadi."
Kali ni aku berpaling pandang. Buntang mata aku.
"Blah lagi baik!"

Apa dengan tengok je aku dah ikut syirik?
Bercakap tak guna otak! Bangang!

Mereka berusaha berpeluh berkerja keras cari rezeki.
Engkau buat apa?
Setakat duduk tadah tabung meminta minta..
Setitik peluh usaha tak keluar.
Konon nak bina sekolah. Di Thailand pulak tu.
Dah 3 tahun bagi alasan sama.
Sampai sekarang tak bina lagi ke sekolah tu?
Menipu pun dah jadi kerja.
Double bangang!

No comments: