Wednesday, 11 January 2012

Jelajah Utara Day 3

27 Jun 2011
Lepas breakfast di hotel, rancang nak jalan-jalan Taman Tasik Taiping, tapi hujan tak berhenti pulak…Hmmmm end up lepak bilik sampai tengah hari tunggu hujan berhenti….
Lepas check out pukul 12.00 hujan masih renyai. So pusing2 Taman Tasik taiping dalam kereta je. Tapi Alhamdulillah 30 minit kemudian, hujan berhenti tapi masih mendung…..
Lokasi utama dalam itenarary….Zoo Taiping….mesti Myya seronok!
Tiket masuk RM12 seorang dewasa. Mulanya nak naik je tram tapi selagi tak penuh tak berjalan pulak. So kami ambil keputusan berjalan kaki. Tapi aku dah standby payung….
Myya seronok sangat tengok orang utan, gajah, harimau, burung, ikan dan macam2 lagi….bising je mulut bertanya itu ini….Tapi kami tak boleh lama sebab hujan turun lebat semula….

Hmmmm perut lapar.
“Yang, jom makan sambal udang Mak Jah lagi..”
“Sekali lagi? *pause 30 saat* Okay set!”
“Laaaa…respon macam tak nak pi!”
“Hik!Hik!Hik!” > Myya yang gelak! “ Apalah mak ayah ni!”
Kali ni kami makan mee goreng udang spesel, repeat nasi putih+sambal udang+telur dadar, 3 gelas milo ais. Hmmm betul2 dahaga! RM28 je..
Berita baik : Mee Udang Mak Jah buka cawangan di Wangsa Walk bermula Julai 2011.
Pukul 3.00 pm kami bertolak ke Penang. Kali ni enche abang nak tidur. So aku drive la pulak. Kejap je…4.50pm dah sampai rumah nenek.
Enche abang lapar lagi…pekena mee mamak Pejabat Pos Jelutong. Nenek tak nak ikut, ajak Fahmie Aiman je. Kami makan mee goreng mamak, mee rebus mamak (1 lagi tapau), 2 milo ais, the tarik, 2 murtabak, 5 roti canai (habis dimakan Fahmie sorang..ish!ish! sian lapar sangat nampaknya). RM21.40.
Enche abang sengih je….murah giler katanya!
Mamak ni memang famous. Semua bangsa makan disini. Gerai roda tiga je dari dulu sejak lebih 20 tahun. Mak cakap style mamak tu maintain dari dulu tak pernah berubah….Hmmmm aku bet mamak ni kaya giler! Buka kedai pun lebih kurang 2 jam je…dah sold out…masak tak henti2. Yang menjadi speselnya, mamak ni akan goreng mee untuk seorang makan. Kalau dah ramai sangat dia akan masak untuk dua orang sekali. Tapi rasa tak ada yang kurang!

No comments: