Saturday, 14 January 2012

Jelajah Utara Day 6

30 Jun 2011
Kami bangun awal…hujan renyai je tapi keadaan mendung….
Hmmmm terpaksa teruskan dengan aktiviti yang tergendala semalam….
Island Hoping! Kami sepatutnya dijemput dengan van ejen di depan The Cabin pukul 8.00 am. Tapi tunggu punya tunggu pukul 8.45am baru bertolak. Sementara menunggu tu kami inform The Cabin untuk lambat check out…dalam pukul 3.00 pm camtu…nasib baik boleh sebab takde customer lain.. kami makan nasi lemak bungkus RM1 je buat alas perut…
Van akan singgah di pelbagai rumah tumpangan sepanjang perjalanan untuk ambil lagi customer lain. Hari tu ada 3 couple mat saleh join kami…seksi maut….Myya pulak tak bangun2…ngantuk jer…..
Sampai di jeti kumpulan kami naik sebuah bot laju…seronok Myya dapat pakai jaket keselamatan. Kami bertolak dah dekat pukul 10am…dah panas terik!
Lokasi pertama Tasik Dayang Bunting; tasik semulajadi terbesar di langkawi! Asalnya ia merupakan sebuah gua batu kapur yang runtuh hingga membentuk takungan tasik ini.  Sebelum sampai kami dibawa ke laluan yang boleh nampak gunung/bukit yang mengelilingi tasik ini berbentuk wanita mengandung yang sedang berbaring. Dari sinilah ia mendapat nama. Ada juga kisah lain disebaliknya. Seorang puteri raja berkahwin dengan rakyat biasa. Anak pertama meninggal sejurus selepas lahir. Sebab terlampau sedih sip uteri mengebumikan anak dalam tasik dan bersumpah siapa yang mandi di tasik ini akan mengandung selepas itu…ntah apa kuasa dia nak menyumpah….
Sampai je tasik ni kami di sambut oleh monyet2 liar…mula tu seronok la ambil gambar…lepas tu monyet2 ni bertindak agresif sampaikan atas kepala aku dia bertenggek…terjerit mak! Tapi yang ajaibnya..Myya begitu berani menjerit dan menghalau monyet tu..
“Hei Monyet! Jangan kacau mak Myya! Pi sana!” berulang-ulang Myya jerit…
Nak ke tasik ni kena panjat bukit sket….sekali lagi aku diserang monyet…sibuk betul monyet ni nakkan beg yang aku galas…terus aku campak beg tu…pandai pulak monyet ni buka zip dan punggah semua barang dalam tu…lepas tu dia boleh campak balik beg kosong kat aku…memang mencabar kesabaran aku!
Di tasik tu Myya sibuk nak mandi…sampai tak mahu balik…air Nampak hijau tapi sebenarnya jernih…tapi tak hingin aku bunting minum air ni…tak selera…hehehehe
Kami diberi masa 1 jam je…bila nak ke bot tu kami ikut satu group budak2 muda…kami sibuk menyelit ke tengah…budak2 ni rajin betul halau monyet2 liar ni…hehehe nasib baik tak kena serang lagi….
Malangnya bot kami ni rosak 1 enjin….so perjalanan kami sangat perlahan untuk ke lokasi seterusnya.
Sampai dekat Pulau Singa Besar kami berhenti tengok burung helang di tengah laut….tukang bawa bot ni campak roti je dan punyalah banyak burung helang ni turun makan dan terbang berlegar2…Myya punyalah excited..tapi kami tak boleh lama sebab dah ketinggalan masa…sepatutnya kami boleh singgah ke Pulau Singa Besar tu, tapi dah tak sempat…
Di sana kami kena tukar bot lain…kali ni bot memang betul2 laju….kami berpiknik pulak di Pulau Beras Basah…biasa je pulau ni..apa yang menarik ada air telaga yang sejuk sangat…..lagi pun panas dah terik sangat…tak boleh mandi pun….
Sepatutnya kami dibawa mengelilingi beberapa pulau kecil tapi terpaksa batal sebab dah cukup masa…ni pasal bot rosak tu lah!

Kami sampai semula di jeti pukul 2.00pm dan van hantar kami ke The cabin sampai pukul 2.30pm…kelam kabut kami mandi bersiap…
Check out pukul 3.30 pm dan kami kena tambah RM50 extra…okaylah berbaloi!

Perut pun dah lapar…kami meronda cari Laksa Power. Lokasinya dekat dengan airport. Laksanya biasa je tapi disebabkan kuahnya yang pekat tu yang dipanggil power kot….Penjualnya hanya berniaga dengan sebuah van…pilihan menu memang terhad….seronok la jugak melepak di situ…redup dan sibuk melihat kapal terbang….
Lalu di Morac International Go-Kart tapi tak singgah pun sebab panas terik….tak syok!
Memandangkan ada masa lagi kami pergi ke HIG sekali lagi….pilih punya pilih aku beli sebuah kuali non stick brang Endo harga dalam RM38 je (di KL aku usha di Jusco RM89). Sekali bila keluar baru aku perasan salah masuk kedai…kedai HIG rupanya disebelah…kedai yang aku masuk tu kedai cino….hahahaha….
Masuk pulak ke kedai HIG yang betul, aku beli coklat lagi!
Lalu di Dataran Lang, Chogm Park, dan Lang Square tapi tak singgah juga sebab factor cuaca terik dan pernah pergi…sian Myya…hmmm
Kemudian kami pergi Padang Mat Sirat untuk beli kain batik untuk emak dan omak….aku beli la jugak 2 helai (tapi bila balik emak berkenan pulak, aku buat gentleman bagi semua….hehehe ). Ada banyak kedai di situ dan harganya adalah sama saja…pilih je design mana suka terus beli…kat situ pun ada jual kekacang, minyak gamat, minyak kayu, air gamat dan macam-macam lagi…aku beli minyak gamat cap pakcik tua 12 botol RM10 je…sangat murah!
Di sini juga ada kawasan Beras Terbakar. Kenapa beras terbakar sila tengok buku sejarah Malaysia sekali lagi…tak singgah pun sebab dah pernah pergi sebelum ni termasuklah Makam Mahsuri…
Keluar je kedai kami beli goreng pisang…dan cari port kedai makan…Myya lapar dan minta mee…nasib gerai makan tu ada jual mihun sup…tapi Myya makan main-main je….
Pukul 6 kami kembali ke airport…pulangkan kereta…dan check in…malangnya diberitahu flight FireFly delay 1 jam…sepatutnya flight pukul 7.55pm tapi kena tunggu 8.55pm…lama tu…melilau2 kat airport. Tolak troli dengan Myya, main kejar2, naik kerusi urut RM3 untuk 5 minit tapi ada abang polis tu di ketuk2 mesin tu jamnya terus bertambah…maka dapat naik free…tuan punya pulak ntah pergi mana…maka lama lah jugak duduk atas kerusi tu…
Dah masuk ruangan menunggu kami diberitahu delay lagi…ada masalah di Subang…tunggu la lagi..tiba2 pihak Firefly buat announcement untuk penumpang ambil kupon untuk snack…tapi kami dapat sekeping je walaupun bertiga….katanya kupon dicetak ikut jumlah tiket…memanglah tiket kami sekeping je sebab booked online…hmmm dapatlah air milo secawan kecik dan roti croissant comel 2 ketul….hangin aku…takpe2…coklat banyak…Myya habiskan Kit Kat 5 bungkus (10 bar)….Bosan giler menunggu…
Flight terbang dari Langkawi pukul 10.30pm. kami keluar dari Airport Penang pukul 11.30pm. Nasib baik kereta ok dan selamat…Cuma berhabuk sebab kami parking di tepi jalan.
Che abang cakap lapar pulak…so kami pekena Nasi Kandar Beratur….memang sedap tapi sebab dah letih sangat selera tu tak berapa nak ada….

Sampai rumah pukul 12.30am….Mak ajak sembang pulak….tak nyempat tunggu esok bercerita….
Pukul 3.00am baru tido!

No comments: