Monday, 9 January 2012

Jelajah Utara Day 1

25 Jun 2011
Persediaan menjelajah bermula pada pukul 10.10 am. Breakfast di Q Bistro, isi minyak dan top up Touch n Go. Misi bermula pada pukul 11.10am menuju ke Teluk Intan. Perjalanan sejauh 126km mengambil masa selama 2 jam 35 minit. Sejak bermula perjalanan aku dah dodoikan Myya. Dia lena sampai kami tiba ke Menara Condong Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan ni terletak betul2 di tengah pekan dan agak ganjil persekitarannya. Menara Teluk intan ini dibina oleh seorang kontraktor berbangsa cina pada 1885. Menara setinggi 25.5meter ini pernah menjadi tempat takungan air bagi kegunaan penduduk berhampiran. Struktur binaan berbentuk pagoda dan terdapat jam besar yang masih lagi berfungsi dengan baik.  Struktur tanah yang kurang baik menyebabkan ia condong sedikit ala-ala Menara Pisa di Italy.
Tiada tiket untuk masuk kesini. Hanya tinggalkan jejak di buku yang disediakan. Pengunjung hanya boleh naik hingga tingkat ketiga.  Seronok juga dapat lihat binaan lama ni. Kagum beb!
Ada sebuah telaga besar di tengah-tengah bangunan dan seperti biasa ia di penuhi dengan duit-duit syiling yang di campak oleh pengunjung bagi tujuan yang tak pasti.
 
Nampak tembam sikit...I like it!


Misi seterusnya ke Pasir Salak Historical Complex.
Dalam perjalanan akan jumpa gerai-gerai kecil tepi jalan yang menjual makanan ringan. Kami beli keropok ubi kayu yang saiznya wow! Sangat besar. RM5 je untuk 2 keping. Sedap! Pelik juga macam mana boleh buat saiz macam tu..tuan kedai cakap ada mesin..
Perjalanan dari Teluk Intan mengambil masa selama 40 minit. Tiket masuk untuk dewasa RM4 seorang.
Kompleks ini terletak berhampiran sungai yang menjadi tempat pembunuhan Residen British Pertama, J.W.W Birch oleh Dato Maharajalela, Dato Sagor dan Si Puntum. Sebuah memorial telah didirikan bagi mengingati peristiwa ini. Kenapa dia di bunuh? Sila semak buku sejarah Malaysia…Sapa soh tak adil!

Dalam kompleks ini ada dibina rumah-rumah kayu berukiran tradisional. Dua rumah tradisional Perak “Kutai House” dibina bagi menjadi lokasi utama untuk melihat sejarah penduduk tempatan dan kraftangan Melayu. Di sini ada “Terowong Masa” yang sangat menarik dimana ia menunjukkan kronologi kehidupan manusia yang bermula di tepi sungai hingga kedatangan Parameswara, British, yang melakukan pelbagai perjanjian, peperangan, kisah kesultanan dan raja2. Apa yang menarik perjalanan sejarah ditunjukkan melalui patung-patung mini yang sangat cantik! Sayangnya tak boleh ambil gambar la pulak….
Myya nangis tak nak masuk terowong masa ni sebab gelap…padahal sejuk je dalam tu berbanding panas terik di luar. Seronok sebab tak ada orang selain kami…puas meninjau kawasan!

Kemudian bertolak pula ke Kellie’s Castle. Hanya 35 minit perjalanan. Tiket RM8 seorang dewasa.
Istana ini dibina oleh seorang Inggeris dimana kawasan asalnya terletak di ladang getah.. Kedua suami isteri meninggal kerana penyakit misteri. Istana ini hanya separuh jalan pembinaannya. Ada banyak bilik dan terowong rahsia menuju ke sebuah kuil. Di katakan istana ini berhantu dan ramai yang pernah melihat makhluk yang menyerupai tuan tanah..Hmmm entahlah!
Yang menariknya struktur binaan istana ini mempunyai unsur  binaan Islam. Mungkin kontraktornya dulu orang Islam.
Ramai yang datang untuk ambil gambar perkahwinan. Ada juga yang buat pengambaran filem. Ada sebatang pokok di tepi istana dimana terdapat ukiran berbentuk beruang di batangnya. Misteri sekali kerana penduduk mendakwa ia berlaku secara semula jadi…
Masa  ni dah mula tarik muka yang comel tu......tapi tak meragam pun...
Lepas penat berjalan, perut pun lapar…dalam perjalanan ke Hotel, kami singgah di Restoran Nasi Ayam Nusantara. Kami order nasi ayam, nasi tomato ayam merah, milo ais dan the tarik..Alhamdulillah.
Sampai Hotel Sun Inn di Sunway City Ipoh. Hotel budget RM85 per night. Ok lah buat tidor je.
Aktiviti malam adalah ke Pasar malam Ipoh. Lokasi belakang Kamdar. Dekat Dataran Ipoh. Seronok juga sebab ramai peniaga Melayu. Tak beli apa2 pun. Myya tido je..Letih agaknya. Lagi pun Myya macam nak demam je, batuk2, makan pun tak selera..Sian dia. Nasib baik mak ada bawa ubat.
Lepas balik hotel, Myya tak nak tidur pulak…Hmmmmm anak mak ni…layan je..

No comments: