Thursday, 12 January 2012

Jelajah Utara Day 4

28 Jun 2011
7 am bertolak ke Penang Airport. Sampai 30 minit dah sampai. Nasib baik tak jam.
Parking kereta di kawasan luar (bukan dalam building) sebab airport sedang di renovate. Rate parking: 24 hour: RM20. Flight tiket pergi balik for 3 person: RM483.70 (fare RM173.70, Airport tax:RM54, Admin fee:RM216. Seat selection: 2xRM20)
7.40 am check in Firefly dan terus masuk perut kapal terbang. Terbang pukul 8.20 am. Myya sangat excited dan tak meragam langsung. Cuma mulut je bising bertanya. Dalam kapal terbang pun Myya yang lebih sibuk dari pramugari tu bagi arahan soh mak pakai tali pinggang….sampaikan dah terbang pun tak bagi bukak. Aduyai….mak soh bangun jenguk tingkap pun tak nak sebab tali pinggang tak bagi dibuka…taat giler!
Sampai Airport Langkawi dalam pukul 8.55am. Mak terus mandikan Myya di tandas, salin baju tidor yang dah masam tu. Myya bising ajak naik aeroplane lagi…..
Kereta sewa dah siap booked di Counter 8 may Star Holidays S/B. Booked MyVi Auto tapi dapat Nisan Sentra (RM200 @ 3 days). Contact No: Yuzaidi 012-4730848, 019-3088889
Breakfast dulu di kawasan Padang Mat Sirat. Pusing-pusing  Pantai Cenang kejap.
Kemudian kami singgah ke Laman Padi. 10 minit perjalanan dari airport. Dikatakan ada muzium yang mempamerkan gambar cara tanam padi steps by steps, alatan yang digunakan dan pengunjung juga boleh cuba tanam padi sendiri. Di buka setiap hari 10am-6pm.
Malangnya cuaca sangat panas terik dan kami hanya meninjau dari luar. Tak terkilan pun sebab dah biasa sangat tengok padi ni. Lagipun Myya sambung tido….kesian pulak….
Check in The Cabin Resort, Pantai Cenang awal dalam 12.30pm. Biar Myya rehat dulu…kesian dia tak cukup tido sebab main dengan nenek. Kenapa pilih resort ni? Sebab aku menang kuiz IKS RTM 1 (2 hari 1 malam). Lagi pun resort ni agak unik sebab biliknya dibuat dari kontena. Mesti cuba! RM150 pernight exclude RM9.90 for tax.

Dari luar resort ni Nampak tak menarik. Tapi bila dah masuk..memang TERBAEK! Cadarnya berwarna warni, setiap bilik kontena pun warna warni. Kontena diubahsuai hinggakan bila masuk bilik sejuknya macam di hotel biasa. Facility mencukupi. Puas hati! Milik Bumiputera! Tel: 012-4178499. Pekerjanya berbilang bangsa ada Melayu, Cina, India….
Lepas rehat kami jalan-jalan ke Oriental Village di kaki Gunung mat Chincang. Disini ada banyak rumah kebudayaan sedunia. Paling best rumah Jepun. Ada kolam ikan yang luas, bunga teratai dan jambatan lengkung. Tapi malangnya banyak kawasan yang sedang direnovate. Ada banyak juga kedai cendramata. Tapi agak mahal. Kat sini suasana lain sket rasa macam bukan di Malaysia. Melalui oriental village ini boleh masuk ke Geopark Gunung Mat Chincanguntuk berkhemah. Next time kita explore!
Ada jugak mini zoo yang menempatkan arnab dan rusa. Myya sungguh berani beri rusa2 ni makan di tapak tangan. 1 peket kecil=RM1. Arnab tak de ntah mana pergi ntah.
Telaga tujuh tak pergi kerana perlu naik tangga yang bertingkat2. Dinamakan telaga tujuh kerana air terjunnya yang mempunyai tujuh tingkat. Ramai pelancong Mat Saleh yang dilihat mendaki..So terus ke kaunter kereta kabel. Sekali tengok ada nota bagi rakyat Malaysia dapat 50% diskaun jika beli tiket dan naik antara pukul 5pm-7pm. Fuhhhh! jimat tu…so cancel. Kita jelajah kawasan lain pulak.

Perjalanan di teruskan ke Taman Buaya Langkawi.  Tiket masuk RM6 untuk seorang dewasa. Dibuka 9am-6am setiap hari. Kebetulan kami sampai bila dah dekat nak show dalam pukul 4.30pm. Wah! Best jugak tengok pertunjukkan ni. Ada aksi masuk kepala dalam mulut buaya, tidur dengan buaya, bagi makan buaya dan macam-macam lagi..
Kami berjalan di atas pelantar sempit dan panjang di atas kolam besar yang ada beribu ekor buaya. Tiap kali bunyi menapak buaya akan timbul perlahan dan usher….fuh ngeri jugak…tapi Myya rileks je…siap gelakkan muka mak yang dah cuak! Ada jugak kolam kecil yang menempatkan buaya yang cacat dan pelik. Tapi tak banyak la…Ada 3-4 ekor je…..
Peristiwa malang disini adalah takde gambar buaya sebab bateri kamera habis la pulak...lupa nak charge....
Teruskan pulak nak tengok Pantai Pasir Hitam. Dalam hati tertanya la jugak kenapa namanya begitu. Bila sampai kawasan agak lengang dan tidak terjaga. Tak ramai pengunjung walaupun banyak kedai cenderamata yang di buka. Pantai agak kotor dengan sampah. Tapi memang ajaib! Pasirnya memang hitam. Aku gali2 kedalam pun masih hitam. Kononnya kena sumpah tapi ada jugak mengatakan disebabkan tindakan kimia batu kapur dan air laut masin…tak pasti.
Cuaca masih terang. So kami ke Telaga Air Hangat. Masa ni dah pukul 5pm. Kawasan lengang tapi bangunan nampak baru. Masih banyak kerja renovate yang dilakukan dan kolam pun dah di tutup. Balik hampa je….
Kemudian kami ke Perdana Galleria nak tengok harta2 Che Det. Tengok jam pukul 5.30pm. Dah tutup la pulak.
Jumpa WildLife Park…tak masuk jugak sebab dah bawa Myya tengok segala binatang ni di Zoo Taiping. So tak terkilan sangat nak singgah.
Hmmm…masih awal, so jalan-jalan nak usha  barang dapur di Hj Ismail Group di Pekan Kuah. Bila sampai sini memang rambang mata tengok timbunan coklat yang murah giler dan himpunan pelbagai koleksi periuk, pinggan yang juga murah dari harga di KL…..

Che abang dan Myya ronda kawasan coklat. Aku ronda bahagian barang dapur. End up borong coklat je…Aku pulun beli coklat Whittaker. 1 bar = RM9.90 tuuuuu…..kalau kat KL RM29.90. Barang dapur nak kena pikir dulu mana nak beli.
Badan dah penat..perut dah lapar….Ronda2 nak makan seafood. Jumpa satu gerai tepi jalan. Gerai masakan Thai. Order nasi putih+siakap 3 rasa+ayam gorng kunyit+telur dadar+the tarik+milo ais=RM40.Memang sedap! Puas hati…
Nampaknya dah malam…jom bersihkan diri. Balik cabin dulu!
10pm- Ish! Bosan pulak lepak kontena je….so ronda sekitar cabin. Sepanjang jalan kiri dan kanan ada banyak kedai cenderamata, kedai makan, dll lebih kurang macam di Batu Feringhi. Lebih kurang 1km jugak la berjalan pi balik…penat! Sebenarnya nak cari pakej Island Hopping paling murah. End up kedai depan Cabin jugak yang murah giler dan still available. So booking kat situ je… RM25 satu tiket dewasa dan Myya free!

No comments: