Showing posts with label New 2me. Show all posts
Showing posts with label New 2me. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Durian Fire Ball

Sekotak dalam RM7
Beli di Kedai Ayamas
Ada 9 biji bebola durian..
Inti durian tidak sekuning disangka..
Doh luar liat sebab guna tepung pulut...
Disalut breadcrumbs..
Perlu di frozenkan...atau inti durian akan masam..
Rasanya....bolehlah....


Wednesday, 29 February 2012

Rice Cracker aka Biskut Beras

Ada banyak jenis rice crackers dalam dunia
Ada yang dikeringkan, ada yang dikisar dan dibentuk semula, ada yang ditambah dengan bahan lain.
Paling popular adalah Rice crackers dari Jepun.
Ada yang dicampurkan dengan seaweed dan paling glamer iaitu mochi iaitu sejenis kuih yang kenyal dibuat dari tepung pulut dan digolek dan salut tepung halus.
Kadang tu diletak inti.
Bukan main bangga kalau dapat makan.

Padahal di Malaysia dah ada macam2 biskut beras yang sedap.
Kuih buah melaka pun salah satu mochi.
Cuma Malaysia punya belum boleh dikomersilkan sebab ia dibuat untuk dimakan segar.
Kuih buah rotan juga sejenis rice crackers.
Biskut beras/pulut puff kering pun ada. Nak makan cuma goreng hingga kembang je.
Jenis ini memang banyak dikomersilkan.
Orang India pula berbangga dengan idli.

Hmmmm...macam2 makanan sedunia ada di Malaysia!
TERBAEK!

My Fav. Puff rice crackers. Beli di Melaka. Terbaik!
 
Rice crackers Seaweed dari Jepun dan Puff Rice Ball dari Thailand. Sedap tapi senang masuk angin. Cepat Liat!

Thursday, 2 February 2012

Cendawan Shimeji

Baru-baru ni jalan-jalan di JUSCO..
Tertarik pada satu tawaran sempena CNY.
Sejenis cendawan yang unik dan comel rupanya.
Promoter ada buat demo masak yang sangat simple bahannya.
Wow...sangat sedap.
Dan tak perlu basuh. Hanya potong akarnya dan terus masuk periuk....
Perlu di cuba!
3 pokok = RM13.90

Cendawan Shimeji ini sangat popular dalam masakan Jepun.
Ada dua jenis iaitu :

Buna-shimeji : Warna perang dan berbau wangi seperti kacang
Bunapi-shimeji : Warna putih dan kenyal

Comel sangat!

Sesuai dimasak secara stir fry bersama seafood
atau buat sup yang mudah...

Resepi pertama yang dicuba.
Sup Miso Buna-shimeji
Oishi!!!
Resepi di sini

Thursday, 19 January 2012

Udang Lipan aka Ketak


Baru baru ini ada kenduri kawin rakan sekerja enche abang....
Di Sabak Bernam...Kampung Peket 100...
Huih...nama kampung yang unik....
Berdekatan dengan kilang kerepek....
Hmmmm mungkin dari situ tercipta nama..

Lepas makan kenduri...ronda-ronda kawasan sekitar...
Ada pasar petang yang bermula tengahari...
Banyak jual sayuran kampung..Best!
Tiba-tiba....
"Yang...ni udang apa? Jom try..."
"Itu udang lipan...belilah boleh cuba...i pun tak pernah makan.."

Sepinggan RM5..adalah dalam 700gram....
Tapi dah tak berapa fresh...belilah jugak sebab payah nak jumpa!

Udang Lipan aka Udang Ketak...
Berbentuk alien dan banyak kaki macam lipan...
Emak cakap dulu orang tak makan...cuma rebus untuk buat kuah mee udang...
Hmmm takpalah mari kita cuba...
Nak goreng...enche abang kata tak lalu tengok rupanya nanti...
So nak masak sos thai lah....
Proses menyiang bermula....
Mula-mula gunting kepala dan ekor....
Then selitkan gunting celah kaki dan kulit...potong....
Siat kulit dan isi....ish...lembut sangat isinya...hampir hancur!
Lama jugak nak siap...
Mungkin rebus boleh keraskan isi...
Tapi emak dah pesan...nanti isi hancur...
Hmmm takpelah...kita cuba lah 3 ekor...
Sekali betul daa ... memang lebur isinya...
Terpaksa siang manual balik...
Alahai dapat la semangkuk kecil....

Gaul kunyit dan garam...
Goreng dengan sedikit minyak....
Alamak...isinya hancur dan lebur....
Macam mana ni?
Mungkin sebab dah tak fresh...
Hmmm tapi is hancur tu sedap jugak...manis!
Dapat la 2 sudu makan....
Tak berbaloi!

Hmmmm...takde rezekilah bang...
Kita cuba lagi lain kali...

Kulit udang yang disiang tu aku tak buang...
Rebus > kisar halus > tapis
Aku frozenkan untuk di jadikan bahan perasa masak mee/bihun nanti!

Wednesday, 21 December 2011

Kuih Kekara

Buah tangan rakan sekerja yang outstation ke Sarawak....
Namanya Kuih Kekara..
Manis Lemak Rapuh...
Sedap...
Dah makan tak boleh berhenti...


Bahan yang digunakan adalah tepung beras, santan, kelapa, marjerin, garam dan gula..
Resepi lengkap belum jumpa

Monday, 5 December 2011

Roti Massimo

Semalam ronda2 di Bandar Baru Sri Petaling
Jumpa roti baru...
Mula di pasarkan pada July 2011..
Keluaran Malaysia...ada tanda Halal..
Milik usahawan Robert Kwok..
Harga tag RM3.50 tapi kedai jual RM1.90..
Ada roti putih ada roti gandum..
Tekstur roti sangat lembut dan tebal..
Rasanya?  Sedap!
Ada juga roti krim...tapi masih belum cuba...
Dengarnya menggunakan resepi dari Itali..
Sebab tu ada warna bendera Itali (Hijau putih merah) di bungkusan..
Massimo (bahasa Itali) juga bermaksud maximum


Oh! Semalam ada jumpa juga dijual di Kedai Ayamas!
Roti ini juga sangat sesuai dan cantik untuk dibuat roti sandwich sebab lebih tebal

Sunday, 30 October 2011

Baklava

Bos pergi kursus ke Dubai...
Aku sibuk kirim baklava....
Al-Hamdulillah....dia tak lupa...atau kedekut...:-P
Sekali 10 bijik aku rembat.....
Memang manis giler....
Tapi aku suka sebab ada kacang!
My SIL pun pernah bawa balik kg dulu..dari Dubai juga..
Thanks to both of you!


Baklava adalah sejenis manisan yang diperbuat dari pastri Filo yang intinya di perbuat dari kacang cicang dan disiram dengan sirap gula atau madu.
Ia dikatakan berasal dari Turki dan banyak di dapati di Asia Barat.
Ini ada resepi kalau nak cuba....


Sumber : Deena Ibrahim @ myresepi.com

Bahan-bahan ( sedulang bakar )

  • Satu peket doh Pilo (mcm doh kulit popia) - boleh dibeli di kedai runcit Middle East.
  • 1 buku butter manis - Cairkan atas api
  • 1 1/2 cawan kacang dicincang/kisar halus - saya guna walnut dan pistachio
  • 1/8 cawan gula
  • 1/8 sudu teh serbuk bunga cengkih
  • 1/8 sudu teh serbuk buah pala
  • Kekacang Pistachio cincang warna hijau untuk ditabur hiasan
  • Sirap gula timur tengah : -2 cawan gula -1 cawan air -2 sudu besar jus lemon -1 sudu besar "rosewater" -1 sudu besar "orange blossom water" = masak atas api perlahan sampai jadi sirap pekat

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar sepanas-panasnya
  2. Campurkan kekacang, serbuka bunga cengkih, serbuk buah pala, serbuk kulit kayu manis dan gula dalam mangkuk - gaulkan rata2 serasi bersama
  3. PENTING !
  4. **Doh Pilo nipis sangat dan jgn kasar2 nnt koyak.
  5. **Letak loyang/dulang pembakar DIATAS Doh Pilo untuk ukur, lepastu potong ikut kebesaran bekas anda
  6. **Sebelum tu, oleskan loyang/dulang pembakar anda dgn butter manis yg telah di cairkan itu guna berus pastry. Kalau takde berus pastry guna jari pun bolehhh asalkan rata
  7. Takde or tak jumpe mana nk cari butter manis? Guna butter biasa dan letak setengah cawan gula. - cairkan
  8. Layer paling bawah letak la dalam 10 helai Pilo Doh, lepas tu oleskan butter manis cair tadi atas pilo doh tu guna brush rata dan letak kekacang anda
  9. pastu the next2 layer, guna dalam 4 keping sahaja sebab tengah2 tu takmo tebal2. Letak lagi ramuan kekacang tadi, letak Pilo Doh (4keping) dan oles butter tadi rata2
  10. **Repeat aktiviti tadi sampai nak hampir2 penuh loyang anda ya.
  11. **Bila dah sampai layer yg paling atas sekali tu, Oleskan butter manis cair tadi rata2 dan tabur sebanyak mana anda suka kacang pistachio mcm cantik la nampak dan tuang je la semua butter cair manis tu kalau ada baki lagi. tuang rata2 ya
  12. Last step, tuangkan Sirap Pekat yg kita dah buat awal2 tadi ke atas Baklava yg dah siap tu (ye mmg manis gile!)
  13. Bakar dalam oven dalam 30 - 45 minit cek cek la tgk.
  14. Dah masak, dia jadi golden2 sikit, potong bentuk diamond mcm gambar atas ni. SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 25 October 2011

Lavish Sambal Belacan

Daddy balik dari Melaka...
Bawa buah tangan....

M: Aik...bawa balik ni je? Lain takde?
D: Okay lah tu.....mahal ni....mesti spesel....
M: Macam ni pun mahal?
D: Iyaaa....sepuluh hinggit sebotol!
M: Biar betul! Sedap sangat ke? Pakai barang import ka?
D: Ntah lah...tu yang beli...kita cuba lah...

Dah cuba....

M: Wow! Ntah hapa yang buat jadi mahal....
D: Hmmm....sedap lagi G-Tra punya!
M: Boleh lah....buat pakai time terdesak....

Hmmmm.....apa yang lavish sangat tu?
Sambal Belacan made from Melaka!


Sunday, 23 October 2011

Ultimate Cheesy Pizza

Our lunch today...
Love it so much..
Will i eat it again?
Yes!Yes!Yes!

Thursday, 20 October 2011

Kuih Tradisional : Tepung Sema/Slemang

Member baru pulang dari Kota Bharu....
Bawa pulang buah tangan...
Aku tertarik dengan sejenis kuih tradisional ni.....
Sangat cantik dan unik...
Katanya sangat popular di Trengganu dan Kelantan..
Di Kelantan dipanggil Sema (say-ma)..
Di Trengganu di panggil Slemang...
Tekstur seperti gula tarik yang membalut tepung...
Rasa tak la manis....gula tu mencair di mulut...
Tapi kena makan dengan sopan dan mulut bertutup...
Kalau tak memang bersembur...hehehe

Kalau sesiapa nak cuba..ni ada resepi....
Harap kuih unik ini tak dilupakan....

Sema Tarik Kelantan
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan:
2 keping gula manisan (gula melaka)
1kg tepung gandum
250ml air
1 botol kecil minyak jagung
2 batang buluh | sederhana panjang dan leper
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk kecil
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu

Cara memasak:
1. Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.
2. Masukkan air ke dalam periuk kecil dan masak dengan gula melaka sehingga gula cair dan berbuih.
3. Selepas itu ambil sebatang buluh dan celup pada gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, jadi boleh sedia diangkat.
4. Kecilkan api, masukkan satu atau dua titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga. Sapu sehingga rata.
5. Kemudian tuang adunan didih tadi.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku.
6. Sapu minyak pada dua batang buluh tadi, angkat dengan menggunakan dua batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan.
7. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit.
8. Kemudian ayak di atas kertas minyak. Ambil gula yang ditarik-tarik tadi dan diletakkan di atas tepung.
9. Selepas itu tarik- tarik gula tadi di atas tepung dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan.
10. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti mihun.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Note : Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.

Thursday, 13 October 2011

Biskut Pulut

Kuih tradisional dibeli di Trengganu..
Rasa kenyal dan manis...
Sedap dimakan bersama minuman panas...
Dibawah resepi yang boleh dicuba...

Bahan
500 g tepung pulut - di goreng
500g gula
1/2 cawan air

Cara:
1. Cairkan gula. Biar suam.
2. Masukkan tepung pulut. Gaul peroi.
3. Mampatkan dalam acuan. Keluarkan & jemur kering.



Note: Boleh juga tambah perisa strawberry, pandan, rempah dll untuk rasa & warna berbeza. Lebih sedap dimakan segera. Kalau simpan lama sangat nanti ada bau hapak..tak sedap lagi...

Sunday, 25 September 2011

Gardenia Delicia Waffle

keluaran baru gardenia
ada 2 jenis > maple wholemeal & banana
dua2 sedap..manis sedang2 je
tapi lagi sseeddaapp jika dibakar garing dulu
kena makan panas2 la..
boleh sapu butter atau makan dengan aiskrim
tambah manis kalau siram dengan susu pekat...
boleh juga buat bekal anak

2pcs@ RM1.403

Thursday, 15 September 2011

Macaroon

Awal tahun 2011, kaki masak bagai dilanda tsunami macaroon....
Apo bondo makaroon tu?

Macaroon @ Amaretti adalah sejenis biskut rangup, ringan dan kenyal yang dibakar. Ia dibentuk bulat atau kecil. Kerak luarnya amat rapuh dan garing tapi di bahagian dalam agak lembut dan kenyal.

Catatan awal direkodkan resepinya menggunakan putih telur dan pes badam yang dipukul kuat hingga menjadi ringan dan kental atau pekat (meringue). Walaubagaimanapun kini telah wujud pelbagai versi resepi dari pelbagai negara dengan menambah gula atau digantikan badam dengan serbuk cashewnut/hazelnut/kentang atau kelapa parut. Versi popular hanya menggunakan gula, putih telur dan serbuk badam/kelapa parut. Ada yang letak inti seperti pes coklat, blueberry, strawberry, teh tarik, coffee, green tea, dan segala macam filling yang ada...

Asalnya dari Itali dan dibawa berhijrah Perancis dan ke seluruh dunia melalui penjelajahan dan penaklukan. Orang Yahudi Itali gemar membakar resepi ini ketika merayakan 8 hari "Passover" kerana tidak menggunakan tepung.

Aku pun dah terkena pukulan gelombang macaroon. Macam2 versi resepi dan cara aku kumpul konon2nya nak buat sendiri...tapi hareeemmmmm....takde masa laaaa.....lagipun aku takut tak jadi sebab tak cukup alatan la....> baeekkk punya alasan.....dasar pemalas nak mampus

Maka aku ambil keputusan untuk minta orang buatkan....chef berbakat dan terkenal....confirm jadi punyalah....tapi kena hulurlah sket.....

Tadaaaa......


Bagi aku biskut ni macam kuih bangkit....cair di mulut >>>Sedap lagi kuih bangkit mak aku
Intinya manis sangat lah.....
Not my taste...bolehlahhh....
Cukuplah buat lepas kempunan....
Cara terbaik menikmati macaroon adalah dengan secawan coklat 'O' panas....

Note : Nasib baik tak pulun buat sendiri...kalau tak membazir jee..tapi kalau ada orang bagi...aku makan lah jugak...rezeki jangan ditolak....hehehehe
P/S : Thanks Kak DYA..

Saturday, 3 September 2011