Thursday 20 October 2011

Kuih Tradisional : Tepung Sema/Slemang

Member baru pulang dari Kota Bharu....
Bawa pulang buah tangan...
Aku tertarik dengan sejenis kuih tradisional ni.....
Sangat cantik dan unik...
Katanya sangat popular di Trengganu dan Kelantan..
Di Kelantan dipanggil Sema (say-ma)..
Di Trengganu di panggil Slemang...
Tekstur seperti gula tarik yang membalut tepung...
Rasa tak la manis....gula tu mencair di mulut...
Tapi kena makan dengan sopan dan mulut bertutup...
Kalau tak memang bersembur...hehehe

Kalau sesiapa nak cuba..ni ada resepi....
Harap kuih unik ini tak dilupakan....

Sema Tarik Kelantan
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahan:
2 keping gula manisan (gula melaka)
1kg tepung gandum
250ml air
1 botol kecil minyak jagung
2 batang buluh | sederhana panjang dan leper
1 biji biji periuk tembaga
1 periuk kecil
1 biji pengayak
1 biji besen sederhana diisi air
1 helai kertas minyak
1 biji kuali
1 senduk kayu

Cara memasak:
1. Goreng tepung gandum sehingga naik bau harum kekuningan, angkat dan ayak ke dalam bekas.
2. Masukkan air ke dalam periuk kecil dan masak dengan gula melaka sehingga gula cair dan berbuih.
3. Selepas itu ambil sebatang buluh dan celup pada gula yang mendidih, angkat dan lihat sama ada gula agak bersarang apabila terkena udara, jadi boleh sedia diangkat.
4. Kecilkan api, masukkan satu atau dua titik minyak jagung ke dalam periuk tembaga. Sapu sehingga rata.
5. Kemudian tuang adunan didih tadi.Biar dan lenggang sehingga agak kelihatan beku.
6. Sapu minyak pada dua batang buluh tadi, angkat dengan menggunakan dua batang buluh, kemudian tarik gula sehingga kelihatan keemasan.
7. Panaskan tepung yang telah digoreng jangan sampai hangit.
8. Kemudian ayak di atas kertas minyak. Ambil gula yang ditarik-tarik tadi dan diletakkan di atas tepung.
9. Selepas itu tarik- tarik gula tadi di atas tepung dan selang seli ditabur tepung gandum panas seperti cara membuat mi wantan.
10. Tarik gula sehingga kelihatan teksturnya halus dan kelihatan seperti mihun.
11. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Note : Cara membuat memerlukan masa yang tepat,tangan yang tahan panas dan pantas supaya gula tidak cepat sejuk dan berketul.

No comments: