Friday, 7 December 2012

Tips naik MRT/LRT Singapore

Mula-mula dulu rasa was-was juga sebab dengar banyak cerita yang bermacam-macam . Tapi bila dah dapat naik sekali...terus keluar.."WOW! SENANG GILER!!!!" dan mula lah berharap Malaysia juga akan ada sistem seperti ini suatu hari nanti. Insya Allah.


Sistem MRT/LRT si Singapore sangat tersusun dan menepati masa. Semuanya beroperasi underground dan stesen/hentiannya dalam bangunan tertutup. Setiap stesen interchange juga akan dihubungan melalui laluan yang tertutup, juga dalam bangunan. Contoh terdekat seperti di stesen KLCC.

Setiap kawasan telah ada laluan MRT/LRT yang akan di tanda dengan warna dan di sebut sebagai LINE. Ada LINE MERAH, LINE HIJAU,LINE UNGU dan LINE KUNING

Jika anda ingin ke destinasi yang tidak di lalui oleh Line yang anda naiki, anda boleh tukar Line di Interchange station iaitu di tempat pertembungan LINE.

Contohnya.

  • Anda berada di Mustafa Centre dan ingin pergi ke Sentosa Island.
Caranya: Naik MRT di LINE PURPLE sahaja. Stesen Ferrer Park - Stesen Harbourfront

  • Anda berada di Orchard Road dan mahu ke Jurong Bird Park
Caranya: Stesen Orchard terletak di Line Merah dan uuStesen Boon Lay (terdekat dengan Jurong Bird Park) terletak di Line Hijau. Bagi menukar Line anda perlu melakukannya di Interchange Station.

Disini terdapat banyak Interchange Stesen yang boleh anda guna. Di Line Merah ada stesen City Hall dan Raffles Park. Di Line Ungu ada Stesen dhoby Ghout dan Outram Park. Di Line Kuning ada stesen Bishan dan Bouna Vista.

Anda boleh pilih banyak laluan sebenarnya, cuma bezanya dari segi masa dan kos. Antaranya :
  1. Stesen Orchard (Line Merah) - Stesen City Hall atau Raffles Place (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
  2. Stesen Orchad (Line Merah) - Stesen Bishan (Interchage Line Kuning) - Stesen Bouna Vista (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
  3. Stesen Orchard (Line Merah) - Stesen Dhoby Ghaut (Interchange Line Ungu) - Stesen Outram Park (Interchange Line Hijau) - Stesen Boon Lay (Line Hijau)
Di sini boleh nampak laluan no 1 lebih jimat tenaga, masa dan kos.

Memang senang sangat. Cara beli tiket dan rupa MRT/LRT tu lebih kurang di Malaysia jugak. Cuma kalau di Singapura lebih mudah anda bergerak jika beli kad EZ LINK yang valid selama 5 tahun dan minima kena amount kena ada dalam kad hanya $GD3. Kad tu sama seperti Touch n Go. Boleh di beli dimana2 kedai 24 jam dan top di stesen MRT/LRT.

Jika anda beli tiket secara manual (hanya di mesin tiket), anda perlu pulangkan semula tiket tu di mana-mana mesin tiket dalam tempoh sebulan. Dan setiap tiket manual yang dipulangkan akan mendapat semula $GD1. Sebabnya anda telah di charge extra $GD1 semasa beli dan bila tiket dipulangkan maka dikembalikanlah bayaran extra tu.Kiranya beli tiket manual harganya lebih mahal gitu.

Sebenarnya ini salah satu cara yang diguna pakai untuk mendidik pengguna MRT guna kad EZ LINK. Apa tidaknya, mesin tiket hanya ada 1-3 biji di setiap stesen dan harga tiket manual pun lebih mahal. Bila nak beli tiket kena beratur panjang buang masa. Bila nak pulang tiket pun kena beratur panjang buang masa lagi. Petugas kaunter pun lyan acuh tak acuh je kalau anda pemegang tiket manual.

Adalah diingatkan kebiasaanya petugas di kaunter tidak jual tiket atau top up kerana mesin layan diri telah di sediakan. Mereka hanya akan bantu jika kad ada masalah je atau pecah nilai wang.


1 comment:

Fza said...

ez link card tu nak beli kat mane ye?