Monday 3 December 2012

Kota Singa: Dah! Jom Balik Malaysia



Masa nak balik ni kami kena tipu!

Lepas penat berjalan kami buat keputusan untuk ke melepak di Airport. Setelah ambil beg, kami menunggu teksi di hadapan hotel. Aku berkali-kali pesan supaya che abang tahan Blue atau Yellow Cab je. Tapi mungkin penat, che abang tahan teksi buruk!
Aku dah baca banyak komen buruk mengenai teksi sebegini. Tapi tawakal je lah sebab dia guna meter dan meter tu bergerak stabil. Sampai je di airport, aku lihat meter hanya $GD16. Hati dah lega sebab tambangnya lebih kurang macam hari pertama. Tapi sekelip mata ia bertukar $GD27. Che abang membantah dan driver tu kata teksi jenis yang dia bawa ada sort of tax yang di kenakan. So mahu tak mahu kenalah jugak bayar! Sakit betul hati. Kalau ada tax pun tak kan lah sampai 50%? Dasar penipu!

Changi Airport Singapore

Lepas check-in dan register bagasi, aku minta che abang hand-carry je stroller. Boleh pulak. Kami di beri pesan untuk tinggalkan stroller di pintu pesawat nanti. Masa kat KL, tak boleh pulak…ntahlah tak paham aku….
Show lampu ni memang menarik sebab naik turun ikut lagu yang di mainkan.
Deco di Changi Airport ni sangat cantik. Dikatakan anda perlu masukkan Changi Airport sebagai salah satu lokasi wajib dikunjungi jika datang ke Singapore. Banyak yang boleh dilihat di sini!
Sementara menunggu kami makan KFC. Di sini pun saiz hidangan lebih besar dari Malaysia. Aku terkilan sebab tak boleh makan McD Singapore lagi sebab hanya ada di Terminal 2. Malas pulak nak ke sana..bukan rezekilah tu….

Tak jumpa McD, makan KFC pun bolehlah....tengok tu burgernya double saiz di sini
Flight ke KL delay sekejap sebab hujan lebat. Tapi Alhamdulillah kami selamat sampai di LCCT,KL pada pukul 11.50pm.

LCCT Kuala Lumpur

Dah sampai KL...Myya suka sangat M&M ni
Sampai KL je kami terus book teksi dan bayar lebih kurang RM70 untuk ke Kajang. Teksi yang kami dapat sungguh buruk dan drivernya yang berketayap mengeluh bila di beritahu alamat. Katanya susah dan tak tahu jalan. Bila che abang kata akan tunjukkan jalannya..muka masih masam dan terus angkat bagasi macam terpaksa.

Dalam teksi, semua tingkat di tutup dan air-cond tidak di buka. Aku dah berpeluh panas, Myya dah merengek tak selesa. Che abang minta driver kuatkan aircond tapi dia buat tak dengar je. Che abang terus buka sedikit tingkap sebab kami dah rasa lemas. Sebenarnya aircond ada tapi driver slowkan. Awal2 tadi terasa jugak sejuknya.

Driver ni tak kata apa2 tapi aku rasa dia marah sebab lepas tu dia terus pecut teksi sampai kecut perut aku. Aku peluk je Myya. Bila che abang cuba tunjukkan jalan dia macam bengang je dan berlagak pandai…mungkin dia dah tahu jalan.

Sampai je tempat di tuju, driver ni berhentikan teksi, buka but, keluarkan beg kami, letak tepi jalan, masuk teksi, terus pecut! Sepatah haram tak bercakap, senyum jauh sekali. Kami ditinggalkan di tepi jalan macam tu je….memang kurang ajar! Langsung tak bersyukur dengan rezeki yang diberi!! Mahu je aku menyumpah terus-terusan! Hmmm aku tahan je….hanya sedikit dugaan yang Allah beri….

Lepas berterima kasih dengan pak Poji…kami terus gerak dan sampai rumah dalam pukul 1.30pagi.

Terima kasih Ya Allah kerana kegembiraan yang Kau berikan kepada kami.
Macam-macam pengalaman yang aku belajar di sini.

No comments: