- Isi Disembarkation/Embarkation form dan pastikan slipnya di simpan dalam passport. Jangan hilangkan!
- Sistem pengangkutan amat teratur dan menepati masa. Anda boleh mengelilingi Singapura dengan pengangkutan awam je. Gerenti sampai.
- Cari hotel yang berdekatan dengan MRT/LRT station.
- Tandas awam tiada air kecuali di singki. Anda perlu bawa botol air atau tisu basah untuk bersihkan diri selepas beristinjak. Sah je kalau lap dengan tisu kering. Tapi maklumlah, orang Malaysia dah biasa bersuci dengan air. Apa yang aku buat, aku bawa je plastic foldover bottle dan isi air di singki dan juga tisu basah sebagai persediaan.
- Foreigner lebih berhemah dan membantu bila anda bertanya atau minta tunjukkan jalan.
- Barangan lebih kurang je di Malaysia. Tak perlu shopping lebih sangat melainkan barangan tu memang di perlukan dan lebih murah serta susah nak cari di Malaysia.
- Mustafa Centre memang wajib anda kunjungi untuk berjimat.
- Lebih ramai foreigner di sini di sebabkan dasar pintu terbuka dan plan meramaikan rakyat. Macam2 budaya dapat dilihat di sini. Lihat dan belajar yang elok je. Mana yang tak elok tu, pejam mata dan delete je dari ingatan.
- EZ Link Kad (macam Touch n Go) wajib dibeli jika anda bergerak menggunakan pengangkutan awam. Kalau beli tiket MRT, jangan lupa refund dan dapatkan semula $GD1 untuk setiap tiket
- Tripper Pass juga berbaloi jika anda pandai merancang masa. Mulakan berjalan selewat-lewatnya 10 pagi. Dan habiskan masa di luar hingga lewat malam pun tak pe sebab transport sentiasa ada
- Shopping buah tangan lebih seronok di ChinaTown. Lebih murah dan banyak pilihan.
- Kalau ke Sentosa, selain USS, habiskan masa anda di Imbiah point dan Siloso point je…kawasan lain tak de apa sangat pun
- Map Singapore penting untuk rujuk tempat. Paling penting Map MRT. Susun jadual anda dengan merujuk2 waktu2 show istimewa di setiap lokasi lawatan.
- Bawa bekal air sebab cuaca agak panas dan anda perlu berjalan banyak.
- Jarang dapat jumpa orang Melayu di town.
- Simple English dah memadai di sini.
- Lebih selesa jika berkunjung ke USS atau mana2 place of interest pada weekdays kerana akan lebih puas bermain dan meninjau sehabisnya.
Tuesday, 4 December 2012
Apa yang Aku Belajar di Singapura?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment